Sakitnya..Ya Allah,Kenapa niiii??? Eyebrow bermasalah

Kali ini Ina hanya ingin berkongsi pengalaman sendiri mengenai penggunaan make-up.Huuuhhhh..Menangis bila kena macam ni tau..


kening

"Sebenarnya kan,kalau korang tak mekap pun cantik.Tetapi hanya ukir kening jer.Nampak cantik,natural gitu". Jika Ina malas nak bersiap,memang Ina ukir kening sahaja.Cukuplah..



Yang Ina maksudkan di sini ialah eyebrow atau celak mata.Kebetulan hendak terkena kan? Macam mana nak buat,hihihihi.I is redha.. redha sambil menangis lagi bertaubat dalam hati.Cakap tak mau gunakan lagi.


EYEBROW SILKYGIRL


Sebelum kejadian ini,Ina gunakan eyelbrow jenis Silkygirl jer tau.Yang jenis stick.Oleh sebab,Ina tidak berapa mahir atau pendek kata..memang tidak pandai gunakan jenis ini.  Guna jer patah,guna jer patah.Alaaa,,,bila lah nak siap mekap ni kan? Hilang mood nanti nak ukir kening.



MEMBELI EYEBROW MURAH


So,Ina mengambil langkah tidak berapa cerdik dengan membeli eyebrow di Car booth.Pertama kali ina gunakan, dalam hati.Ermmm,boleh tahan juga cantik warna kening aku ni erkkk.Nak lukis pun mudah,smooth jer.Sebab ia sejenis celak kayu.Ina memang dari  dulu lagi minat eyebrow jenis kayu.

Beli pun,disebabkan kebetulan urgent nak guna.Rasa tak selesa jika tak ukir kening Ina ni haa.Kening pun berceracak ha.Itu lah,titik tolak ina membeli eyebrow di sana.



SELEPAS SEMINGGU PENGGUNAAN



Secara tiba-tiba..entah kenapa,kening ina sakit sangat.Sakit nya..ya Allah.Senak kening tu.Korang pernah rasa senak atau berdenyut tak dekat mana-mana pada bahagian anggota badan? Macam tu lah.

korang boleh zoom gambar kening ina kat atas itu.Tak bengkak,tapi sakit..sampai hijau kawasan kening.

Pada mulanya,Ina biarkan sahaja.Kemungkinan sakit kening tu di sebabkan anak bujang Ina buat smackdown atas muka ina.Huhuhuu...anak nak membesar.



SAKIT DI SEBABKAN 



Untuk pengetahuan korang,Ina seorang pengguna cermin mata.Seperti ina katakan tadi.Anak dah buat smackdown atas muka,bingkai cermin mata ni.Kemungkinan terperosok ke mata ina.TApi itu terkena pada bahagian mata.Apa kena mengena pula dengan kening kan?? Musykil tak di situ? 


MASALAH SELESAI,TELAH JUMPA APA SILAPNYA



Akhirnya,selepas hari ke 8 atau 9 macam tu.Ina ada nak ootd dengan family.Macam biasa,Ina gunakan lagi eyebrow tersebut.Sebab memang tidak mengesyaki langsung ia berpunca dari situ.

Hampir 30 minit menggunakan,Ina dapat rasakan kembali.Bahawa kening Ina ni sakit lagI.Berdenyut..sakittt. Sakit dia tangkap ke kepala.

Wallahualam,adakah ini disebabkan penggunaan eyebrow yang murah atau sebaliknya.Langkah seterusnya,Ina tinggalkan terus eyebrow tersebut.Ina sudah buang.

Nasihat Ina kepada korang,beli lah barangan mekap yang mempunyai jenama.Atau tempat-tempat mudah didapati di watson dan guardian,disitu..semuanya mempunyai kelulusan sebelum memasuki jualan disana.




type='text/javascript'>