10 Blogger pilihan media cetak dan digital sepanjang 2018

10 Blog terbaik 2018 |  Tengok tajuk pun sudah berdebar kan? Ehehehe.Macam nak umum award macam ni kan?.. Bukan mudah nak memberi kepercayaan kepada orang lain tau.Hihihi..terutamanya kepada pembaca.Macam blog,kita tidak tahu siapa pembaca kita.Dari segi julat umur dan jenis pekerjaan.Tetapi mungkin kita boleh trace melalui analytic google. Dari situ,sedikit sebanyak boleh selidik.




Blogger



10 Blog Terbaik 2018




Blog yang bagus.Blog yang aktif,di update setiap hari blog.Sebuah blog mengenai lifestyle.Ina suka jenguk blog ini,sebab ia menampilkan isu-isu semasa dunia dan personal.Hahh..tudiaa. Owner dia seorang ayah yang mempunyai 3 orang cahaya mata yang comel-comel.Semuanya pandai bergaya di depan kamera tau! Owner dia iaitu ben seorang yang aktif bersenam di gym.Kalau korang berminat dengan topik-topik hangat semasa bolehlah follow di blog beliau.Ben ashaari juga merupakan seorang duta seperti Cosmoderm dan yang terkini adalah Lazz susu kambing.



Seorang ibu muda yang mempunyai seorang anak lelaki.Sebuah blog lifestyle.Antara blog yang ina singgah selalu.Blog mesra pengguna.Tak serabut.Banyak kata-kata puitis di blog beliau.Kata-kata semangat dan memiliki aura positif.



Empunya blog dari kelantan,iaitu ciknor.Suka baca celoteh beliau.Seronok sangat.. rasa macam betul-betul bersembang dengan empunya blog.Oh,lupa nak bagitau.Blog ciknor berkisarkan lifestyle.Dan banyak juga beliau review produk-produk kesihatan serta kecantikan.Juga blog yang aktif.



Blogger hebat! Seorang ibu yang tabah dan cekal dalam mengharungi liku-liku hidup.Ehh,percaya ker cakap ina? Hahaha.. taklah.Seorang blogger yang mempunyai 2 cahaya mata menetap di kuala lumpur. Setiap coretan beliau,membuatkan ina  menjiwai setiap nukilannya.Lagi-lagi mengenai entri legoland..Ina dapat rasakan,seolah ina baca kisah ina.Ehh.. perasan. Kalau korang tak percaya.Singgahlah ke blog beliau. 



Jatuh cinta selepas baca entri kashmir jika tak silap.terus melekat.Blogger ni berasal dari utara baq hang.Kecekalan hati seorang ibu dalam melayan anak anak.Ina nak follow rapat-rapatlah.Nak minta perturunkan sedikit ilmu SABAR dalam mendidik anak-anak.Eh,korang,salah satunya juga,ina suka singgah blog Yb shehan ini,sebab gambar-gambar yang diambil cukup cantik.Berseni sungguh lahh.Ohh,lupa Sony user.Ehehehe. 



Sebuah blog lifestyle.Dan empunya blog (kakmin) yang aktif travel dan review makanan.Ina paling suka bab dia review makanan.Setiap apa yang di tulis betul-betul jujur.Dan baru-baru ini,beliau travel ke pulau kapas,Terengganu.Haaa,cantik jer  view dia snap.Beliau juga seorang aktif di media sosial.Dan ina suka baca entri personal beliau yang sukakan bunga orkid.Cantik sangat koleksi orkid beliau.



Blog berkisarkan personal dan parenting.Blogger yang mempunyai 2 cahaya mata.Banyak juga tips yang ina dapat dalam tips kekeluargaan.Entri yang buat ina melekat,adalah entri pengalaman sewaktu Nadia mengandung anak ke-2 beliau. Tak bosan lah untuk mengikuti nadia,ada banyak tips yang dikongsi.



Ini orang pertama,sepanjang ina kenal blog.Tiffun biru yang menjadi blog utama yang ina mula follow.Segala resipi masakan semuanya ada disini.Alhamdulillah! Selepas berkahwin,ina mencuba pelbagai resipi di sini.Dari seorang yang tak pandai memasak,dah mahir ina ni..ececeh.Semoga murah rezeki Che mat gebu dan sihat sentiasa.Dan paling best,blog che mat gebu,resipi memang tidak tipu..Insyallah,semuanya menjadi setiap resipi masakan yang di ambil dari blog beliau.



Niche blog lifestyle.Boleh di panggil sebagai sifu SEO.Pertama kali masuk ke blog Hafiz,sedap mata memandang.Tema warna blog pun menarik.Tidak serabut,mudah scroll.Mudah nak cari entri-entri terkini. Beliau mempunyai anak yang mesra kamera.Suka tengok anaknya, dalam klip video review Lazz susu kambing.Celoteh dia,memang geram lah.Walaupun,Ina sudah mempunyai anak lelaki..hihihi.Petah mulut berkata-kata.



Okay,ini blogger pun tak kurang hebatnya.Blogger kaki jalan..ehehehe.Suka tengok julia pergi travel.Banyak betul pengalaman beliau yang boleh di baca blog.Antara blogger pilihan media juga.


Diharap sedikit info yang ina berikan diatas.Dapatlah korang follow 10 blogger yang dikatakan hangat masakini.Antara pilihan media cetak sepanjang 2018. Mereka merupakan blogger dari pelbagai niche blog dan merupakan ahli Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9)



type='text/javascript'>