4 Pilihan Blogger Malaysia Yang Mempunyai Niche Beauty

Hai..assalamualaikum.Entri hari ini,Ina nak share dengan korang 4 Blog yang mempunyai Niche Beauty. 

Dekat sini ina bantu korang cari blog yang mempunyai tentang penulisan mengenai kecantikan ia bukan setakat me'Review produk kecantikan sahaja,malahan turut juga memberi tips kecantikan.




1. Ehbelogaku.com


Blogger yang berasal dari Kuantan,Pahang.Ehbelogaku.com atau nama blog beliau ialah Aura Blogger. Sering memberikan pelbagai tips kecantikan bukan hanya dari penjagaan wajah sahaja sebaliknya seluruh badan.

Malahan  turut memberikan tips cara urutan juga.Tips memperlambatkan  kedutan di wajah.Beliau juga menerima review tentang produk kecantikan dan kesihatan.Dan blog ini juga,sebuah blog yang aktif. 


2. ruby.my

Juga seorang blogger dan youtuber. Ruby seorang blogger yang menetap di Kuala Lumpur.Banyak menerima jemputan event dan juga review produk kecantikan.Ina pun suka singgah ke blog beliau.Menarik untuk di baca dan friendly user.Mudah nak cari apa-apa maklumat.


3.  syafierayamin.com

Antara yang Ina suka sangat Follow.Sangat menarik pengisian setiap produk yang di review.Boleh bagi berbintang - bintang.Bukanlah Ina membodek ke apa.Tetapi,memang betul.Kalau korang tak percaya,pergilah blog walking ke blog beliau.

Juga merupakan youtuber.Banyak video yang di hasilkan menarik.First video yang ina terpegun ialah,iklan syampu Follow Me.Ehehehe.. 


4. coklateyes.my

Blog ini pun,tak kurang hebatnya juga.Sebuah blog yang berkongsi pelbagai tips dan petua kecantikan seperti dari cara pemilihan foundation dan peralatan mekap lain.

BAGAIMANA PEMILIHAN DI BUAT UNTUK TOP 4 BLOGGER NICHE BEAUTY


Okay,baiklah.Bagi mereka  yang terpilih dalam list ini adalah dari pemilihan ina sendiri.Dari bacaan ke blog mereka.Content blog mereka yang berjaya buat hati ina tertarik untuk baca.Blog mereka bukan lah seperti kita membaca buku.Ala-ala buku kan? Tak syok baca.. tak menusuk di kalbu.Ececececeh .. tetapi,ini dari kacamata Ina sahaja.Pendapat lain,mungkin berlainan.


Pssst! Eh,,untuk pengetahuan korang,ehbelogaku.com ialah blog ina sendiri. Tak salah kan masukkan sekali dalam list ni?? eheheh..janji ada niche beauty kan?

Baiklah,korang sila-sila Follow blog diatas untuk lebih info mengenai kecantikan..



type='text/javascript'>