Ramadan Review : Selera Kampung di Ancasa Royale,Pekan Pahang

ANCASA ROYALE,PEKAN MEMPERKENALKAN LEBIH DARI 100 SAJIAN MASAKAN TRADISIONAL KAMPUNG SEMPENA RAMADAN 2018 | Tidak lama lagi,kita bakal menyambut bulan ramadhan al-mubarak..Bermulanya pelbagai juadah dan menu iftar bakal kita bersua.Haihh..rindu betul masakan dari air tangan bonda.Lebih-lebih lagi masakan kampung.

Di dalam fikiran,sudah berfikir bermacam menu untuk berbuka.Tetapi,bagi korang yang berada jauh dari bonda dan rindukan masakan kampung.Boleh lah mencuba di Ancasa Royale,Pekan.


'KAMPONG BOY' TEMA KALI INI DI ANCASA ROYALE,PEKAN

Pada 10 April 2018 yang lepas, Ancasa Royale,Pekan Pahang tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan menu-menu istimewa  yang akan disajikan sepanjang bulan Ramadan yang akan kunjung tiba tidak lama lagi.

Bertemakan 'Kampung Boy',gabungan idea  chef-chef dari AnCasa Royale,Pekan yang berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu khususnya masakan  tradisional negeri Pahang yang bakal menampilkan kelainan dalam setiap resipi dan menu yang disajikan pada kali ini.

Lebih dari 120 menu sajian masakan Melayu diperkenalkan antaranya adalah 'Seafood Kandar' ala AnCasa Royale,Ikan Patin Masak Tempoyak,Gulai Kawah,Daging Opor Pahang,Kambing Golek Chef Pak Tam,Satay,pelbagai jenis kerabu,Daging Salai Masak Lemak,Ayam Panggang Madu,Ikan Bawal Berlada,Lala Masak Daun Selasih,Sambal Tumis Ikan Bilis Terong Pipit,Kailan Goreng Ikan Masin dan pelbagai lagi menu.



Ini antara lauk kegemaran ina.Best sangat opor daging.Cukup rasa..rempah pun terasa.Sehingga sekarang,teringat-ingat lagi rasa opor daging ni.


Daging Salai Masak Lemak

PELBAGAI KUIH MUIH DI ANCASA ROYALE,PEKAN


Pelbagai aneka kuih muih tradisional turut disediakan di AnCasa Royale,antaranya ialah  Sagu Gula Melaka,Kuih Bakar,Kuih Talam,Puding Raja,Lepat Pisang dan Bingka Ubi.

Juga turut menyediakan gerai Murtabak,Roti Canai,Pisang Goreng,Cucur serta Churros bersama sos coklat,dan juga pelbagai manisan seperti Ais Kacang,Aneka Bubur serta puding yang pastinya mengubat rindu anda pada masakan bonda di kampung halaman.

buffet ramadan,tempah buffet ramadan ancasa hotel



ancasa hotel




coklat,dessert di buffet ramadan




KONSEP GERAI DAN LIVE COOKING


Mempunyai 8 gerai berhias bertemakan 'Kampong Boy' dengan harapan agar pelanggan dapat merasai 'homely dining experience' semasa berbuka puasa di sini.

Best tau,konsep begini. Dapat makan masakan betul-betul yang baru siap masak.Ooohhh..Syok weii.



tempahan buffet ramdahan ancasa hotel
Murtabak di Ancasa Royale,pekan

Paling rekomen murtabak.Sangat sedap..antara makanan wajib di cuba jika berada di sini.Tebal sangat murtabak kat sini..memang berpuashati dapat makan.



pita ancasa hotel




Mengetengahkan sajian masakan istimewa kampung hasil air tangan Chef yang berpengalaman di tambah pula dengan dekorasi ala kampung,pastinya korang akan menggamit nostalgia di zaman kanak-kanak di kampung halaman serta keenakan berbuka dengan masakan bonda.



kearabu mangga ancasa hotel,pencuci mulut di buffet ramadahan


Kat sini ada pelbagai jenis kerabu.Antaranya,Kerabu kerang,Kerabu kaki Ayam dan Kerabu betik..Piihan ina ialah Kerabu Betik .Em,sedap tau.Memang sedap dimakan sewaktu berbuka.Masam-masam sedikit rasanya.Sangat kena dengan selera ina ni...



Tauhu sumbat




HARGA BUFFET RAMADAN DI ANCASA ROYALE,PEKAN


DEWASA RM 68 
KANAK - KANAK RM 40

Jika korang nak dapatkan harga potongan,bolehlah dengan membeli baucar sebelum 12 Mei 2018 dengan harga murah sebanyak RM 58.


Staff yang mesra Ancasa Royale


Keseluruhannya,Ina sangat berpuashati dengan layanan yang di berikan oleh Staff Ancasa Royale,Pekan.Dari Awal masuk dari pintu utama Hotel sehinggalah bahagian makan.Jadi,tak lah terasa blur apabila kita mahukan sesuatu.Staff juga memang tak lekang dari mengukir senyuman.

Gambar di atas itu pula,staff memakai pakaian mengikut tema iaitu 'Kampong Boy'.

MENGENAI ANCASA HOTEL DAN RESORTS


Ancasa Hotels dan Resorts merupakan rangkaian hotel milik UDA Holdings Berhad (UDA) yang terletak di Kuala Lumpur,Pahang,Kuala Terengganu dan juga Seremban.

Di antara hotel-hotel tersebut adalah Ancasa Hotel dan Spa dan Ancasa Express @ Pudu di Kuala Lumpur,Ancasa Residences Port Dickson,Kuala Terengganu Golf Resort (KTGR) dan Ancasa Royale Pekan,Pahang.


CARA HUBUNGI ANCASA ROYALE,PEKAN PAHANG


Alamat Ancasa Royale Pekan :

No 2670, Jalan Pekan-Kuantan,26600 Pekan Pahang.
Tel: 609-424 6600

Website : www.ancasahotels.com
Instagram : @ancasahotels

type='text/javascript'>