Pengalaman belajar memandu kereta

Pengalaman belajar kereta di pusat memandu |  Sebenarnya,kisah ni sudah lama. Sekitar tahun 2014. Ada baiknya juga,eloklah Ina menaip di blog mengenai pengalaman ina sewaktu belajar memandu di pusat memandu bertauliah.


belajar memandu,pertama kali belajar kereta,kereta,lesen P,ujian memandu,pengalaman




Di paksa oleh rakan sekerja Supaya mengambil lesen kereta


Masa ini,Ina masih bekerja lagi.Kerja sebagai kerani bengkel kereta.Teman sekerja ina,Sarah.Kerap membebel,bila la awak nak ada lesen kereta.Payah takde lesen kereta ni.Nak ke mana-mana susah nak bergerak.Katanya lagi,takkan ingin bergantung harap kepada suami sepenuhnya.

Respon Ina? waktu ni,ada aku kisah?? ehehehe.Teruk kan Ina.Iya,memang Ina jenis suka bergantung harap kepada suami.Kiranya manja la sangat.Teehehehe.. Lagipun, Ina  pergi kerja pun dengan berjalan kaki.Terlalu dekat pejabat dengan rumah,jalan kaki 3 minit pun boleh sampai.Ini lah antara faktor utama juga,Ina malas untuk belajar memandu.



Artikel lain : Memandu Kancil 660 Modified




Selepas bersalin anak pertama



Sewaktu ini Ina sangat aktif berbisnes seperti aurawhite dan SNE produk.Jual pun ikut suka,tetapi hasilnya memang memberangsangkan.Memang masa ni,terlalu sibuk.Selepas habis waktu bekerja,pada malam hari,pergi COD pula barangan pelanggan Ina.Lagi lah,langsung Ina tiada masa untuk pergi belajar memandu.Banyak komitmen.. Dan suami lah,teman ina COD (cash on delivery).. memang kena paksa oleh ina ni haa.. ekekeke.



AMBIL LESEN MEMANDU TAHUN 2014


Pasrah akhirnya ina ni,setelah sekian lama.Mungkin suami bosan dan mungkin juga fikir,tiada life jika selalu berlarutan sebegini.Setiap malam akan pergi COD barangan pelanggan.

Akhirnya,Ina menerima pelawaan suami.Sanggup bayarkan kos belajar memandu kereta.Untuk pengetahuan korang,suami memang tak izinkan jika bawa motor.Risau jatuh katanya.. hurmmm.



GAGAL UJIAN BERKOMPUTER JPJ


Cuba korang di tempat ina.Apa perasaan jika korang di paksa belajar memandu? Tiada persediaan fizikal dan mental? Dengan masalah di tempat kerja lagi.Huishhh,stress betul masa ni tau.

Setiap minggu,hari dan masa.Ina di push.Bila nak bawa kereta? Bila nak pandai belajar kereta? (bukan suami yang push..hahaha) Di tempat kerja pula.. sukar nak dapatkan cuti.Faham-faham lah,tugas ina sebagai kerani di bengkel kena buka bil pelanggan,kira stok sparepart keluar masuk dan juga uruskan hal-hal admin.

Akhirnya? Ina terkandas di ujian komputer.Hahahaha,,,buat malu jer kan? Tetapi itu lah,mungkin juga faktor masa.Itu pun,masa ina ingin menduduki ujian komputer,ina di benarkan masuk lambat sahaja.Jadinya,kepala otak asyik duk fikir pejabat.Tak boleh fokus langsung.



HATI TISU,KAYA DENGAN DRAMA AIRMATA


Selepas gagal dalam ujian tersebut. Setiap petang suami ajarkan bagaimana ingin memandu di kawasan belakang perumahan ina. Masa ni,Ina masih menyewa di bandar indera mahkota kuantan. Ada kawasan perindustrian kilang yang baru ingin di buka. Best lah,lapang jer jalan.

Alam perkahwinan..biasa lah kan? masa bujang sweet jer bersemut. Tetapi selepas berkahwin. Macam singa..huhuhu. Ina? menangis lah belajar kereta dengan suami.Huhuhuhu.. Ina ni pula,hati tisu. Tegur sikit jer,terus merajuk. Taknak dah bawa kereta lagi.Huhuhuhu. Tisu betul kan hati ina ni? anak nombor 3 kot,memang manja agaknya.



KEMBALI BANGKIT SELEPAS GAGAL DALAM UJIAN 



Setelah jarak beberapa bulan dari kegagalan belajar memandu.Ina kembali bangkit,dengan semangat baru.Yeahh! kali ini,Ina betul-betul bersedia. Dengan hasil jualan bisnes Ina.Ina gunakan untuk membayar kos bagi memiliki lesen memandu.



KETURUNAN BUGIS PANTANG DI CABAR


Suami? Siap perli lagi tau.Jangan gagal lagi sudah lah.Ina?? Humm, mungkin darah bugis mengalir di dalam badan Ina.Apalagi..Ina sahut cabaran abang tu.Kita tengok nanti.

Syukur,kali ini.Dapat cikgu memandu yang sporting.Tapi jika ada kesalahan,memang kena maki.Ehehehe..tetapi ina? Apa ada hal.. Dah jadi biasa je.Maklumlah,cikgu yang ajar ina tu.Ina kenal dia.Orang kampung keluarga ina juga.Cakap-cakap dia memang style begitu.So,langsung tak makan hati..



MUDAH JER BAWA KERETA 

Setelah lulus ujian berkomputer.Ina sudah di ajar bagaimana memandu dengan betul.Sekejap jer cikgu ni latih ina.Terus sudah boleh memandu.Ehehehe..Janji kena pandai kawal stereng.Jaga blind spot tu semua. 

Sepanjang 4 hari,belajar di litar.Berdebar juga pada mulanya.Tetapi seronok sangat.Macam terapi gitu..rasa macam boleh terbang pun iya juga ni..ehehe.



PENGALAMAN LUCU SEMASA DI LITAR



Paling menyampah bila nak ingat.Tetapi,memang wajib kena taip juga ni.Tetapi korang jangan duk gelakkan pula yer? Heee.. Korang tau kan, ada ujian peringkat naik bukit tu? ehehehe. 


belajar memandu,pertama kali belajar kereta,kereta,lesen P,ujian memandu,pengalaman


Okay,gambar kat atas tu. Semasa di atas ni kan,perlu berhenti kan? Kali ini kali ke 3,kali pertama dan kedua tu..Ina ada berhenti kat tengah tu.Entah bagaimana,Ina ni ha..pergi straight jer.Kelakar tau.Semua kereta yang belakang belakang ina tu semua pakat gelakkan ina.Hadoiii... malu weii.

Mujurlah zaman ni takde lagi Viral.Jika tak,,sedunia pakat duk viral kisah ina ni ha.. 7 keturunan malu.



TEST MEMANDU  BERSAMA JPJ DI BULAN RAMADHAN



Ujian penentuan samada layak atau tidak mendapatkan lesen P.Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba.Dengan harapan sebesar gunung,niat ina untuk memudahkan ina bergerak bersama anak-anak kelak jika sudah memiliki lesen kereta.

Mujurlah ujian bersama JPJ jalan area beserah.Mudah sangat ni.Tetapi,Jpj pula nampak garang.Tau lah kan..Ina ni hati tisu dan lemah semangat sikit.Tak boleh kena tegur,walau sedikit.Tetapi,alhamdulillah.Tiada apa-apa yang berlaku sepanjang ujian bersama jpj.



MENGANTUK SEWAKTU TEST BERSAMA JPJ


Apalah nasib ina.Sedang memandu,kebetulan hujan panas.Mata ina waktu memandu mengantuk secara tiba-tiba.Walaupun mata ina ni terbuka,tetapi ina terlelap selama 2 minit.Bayangkan macam mana.. Alhamdulilah,ina tersedar semasa masuk simpang..nasib tidak terbabas. JPJ di sebelah catat di kertas catatan.SAmbil sembang  sembang dengan ina berkenaan raya.Hihihihi..



BERJAYA MENDAPATKAN LESEN P TAHUN 2014


Yahooo,kali ini ina sudah berjaya memiliki lesen P. Rezeki anak mungkin.. mungkin juga rezeki nak beraya..kikiki. Lagi satu, sebab abah temankan haritu. Kasih seorang abah, yang banyak bantu ketika itu. Eh,takde kena mengena lah.. Apapun ina sudah boleh memandu dengan sendirinya. 


Pesan ina kepada korang kat luar sana tu. Hati mesti kental,jangan lembik macam ina. Ina ni dahulu lemah semangat. Nak sentuh stereng kereta pun ketakutan. Sampai berpeluh peluh setiap kali ingin memandu. Yang penting,korang jangan dengar orang-orang yang suka mematahkan semangat kita. Pekak kan telinga untuk mara ke depan ya..


type='text/javascript'>