Thalia Mermaid SofeaRose buatku tampak Ekslusif!

SOFFEAROSE,MERMAID,THALIA,Shawl
Ina sedang menggayakan Thalia Mermaid dari SofeaRose


Cantik tak Shawl yang Ina gayakan tu? Ehehehe.. Shawl jenis printed dari Sofea Rose. Pattern kali ini dari Sofea Rose ialah bertemakan Mermaid.Ha.. bermotifkan hidupan laut gitu.Shawl ini juga mudah di gayakan serta labuh dan  material kain yang di gunakan adalah sejuk.Warna-warna yang di gunakan juga tidak terlalu terang..soft jer. Suka!


'Oh,ada yang dah mula bertanya kan Ina Shawl yang gunakan ni..Thalia Mermaid jenis material Chiffon Crepe..

 Kerjasama dengan SEATRU


Populasi penyu semakin menurun dan ini menunjukkan bahawa kepupusan penyu bukan perkara mustahil. Bagi meningkatkan kesedaran dalam ancaman yang dihadapi penyu,SofeaRose telah berkerjasama dengan SEATRU (Unit Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu) dalam kempen memulih dan memelihara penyu. 

SEATRU bermula pada tahun 1984 apabila penyelidikan Penyu Belimbing di Rantau Abang dimulakan. “Jika kami tidak melakukan sesuatu untuk memelihara penyu, pada masa hadapan kita hanya dapat melihat penyu hanya di muzium-muzium.



SOFEAROSE TURLE MERMAID,



Cerita di sebalik Penyu,Ikan Duyung dan SofeaRose


Secara purata, hanya 1 dari 5000 anak penyu akan hidup sehingga ke peringkat dewasa kerana ancaman dari pencemaran laut, pemburu penyu, haiwan pemangsa, dan lain-lain. 

Memasuki tahun keempat di dalam industry, SofeaRose mengambil inisiatif dengan menghasilkan koleksi pakaian bertemakan Puteri Duyung (Mermaid) bagi mengumpul dana program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’.

 Dengan mengambil penyu sebagai anak angkat, wang akan digunakan untuk prosess pemuliharaan penyu seperti memantau pergerakan penyu, melindungi habitat, membeli peralatan veterinary dan banyak lagi.

Material Tudung Sofea Rose





Salah satu dari tudung adalah Diona, diperbuat daripada Satin Matte berteknologi tinggi. Tudung bercetak ini boleh didapati dari RM79 dan dilengkapi dengan charm dan kotak yang dibuat khas bagi koleksi ini.



kotak hadiah SOFEAROSE,Shawl cantik,shawl kain sejuk


Setiap pembelian Shawl dari SofeaRose di datangkan sekali bersama kotak yang comel ini.Jadi kepada korang nak hadiahkan kepada Isteri,kawan-kawan ataupun Ibu sangatlah sesuai.Dah tak payah pening kepala nak membungkus hadiah.Kan?  




Wowww! Lebih tampak ekslusif shawl mermaid ini dengan adanya Charm.Ina pun suka sangat..menepati selera wanita yang inginkan kelainan.



Video Puteri Duyung Memakai Tudung Diona SofeaRose


Mencuba sesuatu yang luarbiasa, SofeaRose merakamkan video seorang Puteri Duyung memakai tudung Diona berenang di dalam air: https://www.youtube.com/watch?v=543SV9nKLIk.


Koleksi Ready To Wear di SofeaRose










Selain koleksi tudung, SofeaRose juga mengeluarkan koleksi Ready To Wear (RTW) dan 13 Baju Raya Mermaid. Antaranya Baju Mini Kurung, Baju Kurung Moden, Jubah, Baju Kurung Kedah dan beberapa lagi. 

Koleksi Mermaid SofeaRose ini  berharga dari RM59 hingga RM419 dan sebahagian dari duit korang  akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan penyu.




Potongan 20% untuk setiap Koleksi SofeaRose


 Dengan setiap pembelian RM100 keatas, pelanggan secara langsung akan
didaftarkan sebagai Ahli SofeaRose dengan PERCUMA seumur hidup dan mendapat potongan 20% untuk setiap koleksi SofeaRose.

Macam mana nak buat Pembelian di SofeaRose?

Okay,korang jangan risau yer.Sangat mudah bagi membuat urusan bersama SofeaRose.Mereka sediakan melalui 3 cara pembelian.Korang pilih saja nak macam mana.Sama ada terus datang ke butik di Bangi Sentral,secara pembelian atas talian ataupun hubungi terus perunding Imej SofeaRose.

Walk In butik : 


Jln Medan Pusat Bandar 8A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.


Atau jika korang dapatkan khidmat perunding Imej SofeaRose

Hubungi Terus Penasihat Imej :019 – 6350313 (Teha) 


Atau jika korang ingin lihat dengan lebih mudah pelbagai pilihan di Sofea Rose melalui laman sesawang mereka di www.sofearose.com.


Dan jangan lupa untuk ikuti perkembangan terkini serta produk baru SofeaRose di laman Sosial Media mereka..




type='text/javascript'>