Cara Hilangkan Perut Buncit dan Keras



3 Strategi hilangkan perut buncit | Masalah perut buncit  sering menjadi musuh utama wanita. Ingin dapatkan perut kempis dan ramping itu, agak menguji kesabaran. Tambahan lagi, dengan kedatangan makanan hipster sekarang. Yang mampu mengundang pelbagai penyakit. Kesannya,pasti akan menjadikan perut keras.

 
Artikel  kali ini, rahsia dan strategi untuk hilangkan perut buncit perempuan atau wanita. Dengan cara semulajadi tanpa mengamalkan segala jamu. Hasilnya perut jadi kurus, sesuai dengan tubuh badan. Perut apabila tidak lama membuang air besar, juga boleh menjadikan keras.
 

BAHAN-BAHAN


1 Kilo halia Muda (dikupas kulitnya)
1 Botol Cuka masakan 


CARA-CARA MENGHASILKAN BAHAN SEMULAJADI UNTUK HILANGKAN  PERUT BUNCIT DAN KERAS

 

1. Setelah halia di buang kulit,blender halus halia tersebut.
2. Panaskan periuk dan masukkan halia yang telah di kisar halus itu ke dalam periuk.
3. Tuangkan kesemua cuka masakan kedalam periuk tadi.
4.Biarkan ia menggelegak.
5. Biarkan sedikit sejuk,dan sedia di gunakan.
 
 
 
CARA PENGGUNAAN
 
 
1. Biarkan agak suam. Tetapi,kalau korang jenis sukakan panas-panas.Lagi mujarab..rasa lega jer kat perut tu..ehehe. Dan terus sapukan pada permukaan perut.
2. Balut perut  dengan bengkung.(Pastikan di ikat kemas)
3. Sedap di pakai sewaktu masih panas.


Info tambahan:

  • Jika anda konsisten lakukannya, boleh hilang masalah perut buncit dan keras. Insyallah..,angin memang cepat keluar.

  • Resipi ini mampu bertahan selama sebulan.

  • Panaskan setiap kali ingin menggunakan.

 

Lagi satu, memang pantang sejak bersalin dari anak pertama lagi. Memang terbukti berkesan.

  • Tak minum ais (Ais ni buat badan kita jadi lemah dan berat)
  • Air kelapa pun Ina pantang (Orang tua-tua cakap, boleh membuka saiz badan. Mungkinlah kot,mungkin juga atas tindak balas seseorang)
  • Waktu makan jangan bersulamkan air. Ini pun penting juga..hihihi.Ina selalu minum air,apabila nasi sepinggan habis.Barulah minum air suam.
Mungkin juga dari faktor keturunan kot. Eh,entahlah.  Jika tekak terasa nak minum air manis. Ina buatkan jus sahaja. Tanpa campuran air atau gula.. 100% dari pati buah.
 
 
 
perut buncit 5 rahsia hilangkan perut buncit[/caption]
Carrot juice      
 
 
Mengancam tak carrot juice ni? minum pagi dan pernah juga waktu tengahari dan malam. Hihihi.. Daripada minum air manis kan,baiklah Cari juice buah macam ni. 2 batang carrot juga untuk hasilkan air juice yang betul-betul kaw.
 
 
 
 
Nak dapatkan perut kempis, bukan sahaja perlu mengawal pengambilan gula setiap hari. Tetapi, juga perlu bersenam. Mungkin anda tercari-cari senaman apa yang sesuai dan terbukti berkesan. Betul?
 
 
 

CARA LAIN, HILANGKAN MASALAH PERUT BUNCIT:

 

 

Senaman

 

Cari senaman yang fokus di bahagian perut dan sekitar pinggang. Senaman yang dicadangkan adalah jenis :

 

squat, crunch, plank, berjoging dan berbasikal.

 

Atau anda boleh rujuk youtube senaman ini yang gerenti menjadi : Senaman BodyFit 

Aku berani cadangkan, sebab pernah mempunyai masalah buncit perut dan berjaya menggunakan kembali seluar bersaiz 27. Apa yang aku lakukan adalah konsisten dengan senaman iaitu setiap hari.

 

Tidak perlu paksa diri untuk bersenam, sebaliknya mengikut keperluan tubuh badan.

 
 
 
Kesimpulannya, ingin  kembalikan perut menjadi kurus dan hilangkan buncit perlu konsisten dengan mengamalkan rahsia diatas. Jaga perut, bererti jaga kesihatan secara langsung. Dengan bersenam secara konsisten, perut dapat menjadi kempis dan mampu menghilangkan rasa untuk memakan makanan yang manis dan tidak berkhasiat. Semoga dengan strategi diatas, anda dapat menikmati gaya hidup sihat  dengan memiliki perut rata.
 
 
 
Facebook :  Nor Azlina Mohd Ali
 
 
Linkedin   : Nor Azlina Mohd Ali
type='text/javascript'>