Baru-baru ini,di gemparkan dengan status meroyan seorang netizen yang juga bergelar suami.Yang takmahu beri potongan 2% KWSP kepada isterinya.Aduhhh!! Kenapa lah macam ni kan? Sepatutnya,cuba lah sambut dengan baik.








Letih bila tajuk ni boleh jadi isu semasa yang hot di laman laman sosial sekarang tau.Sebenarnya,ada kebaikan kerajaan mengeluarkan macam ni. Antara kebaikan caruman diberikan kepada suri rumah ,nasib seorang isteri terbela.

Iyalah,sebelum-sebelum ni pun.Ada jer wanita kat luar sana,mungkin yang tak diberikan nafkah bulanan oleh sang suami.Jadinya,dengan cara pemotongan 2% dari gaji suami.Dapatlah kepada isteri digunakan di waktu kecemasan kelak.



Memetik dari bharian.com


Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata sebaliknya dua peratus daripada 11 peratus gaji suami yang dicarumkan kepada KWSP dicadang dipotong untuk tujuan itu.


"Kita tidak ambil tambahan, hanya ambil daripada 11 peratus. Bagilah pengiktirafan kepada wanita," katanya selepas membuat lawatan ke Rumah Ehsan untuk warga emas di Kuala Kubu Bharu dekat sini, hari ini.



Pandangan mengenai 2% potongan KWSP dari gaji Suami



Ina sangat bersetuju,berkenaan isu pemotongan 2% potongan KWSP ini dari gaji suami.Sebenarnya ramai para suami yang telah salah anggap.Apa salah kan? 2% jer yang di potong setiap bulan.Berapa lah sangat jika nak dibandingkan dengan pengorbanan seorang isteri yang bersusah payah melahirkan zuriat,menjaga anak-anak,memasak,membasuh pakaian dan juga menjaga makan minum suami.

Jadi,para suami sekalian.Tolonglah memahami isteri korang tu.Kesian sangat.. Janganlah berkira dengan isteri.Sempit rezeki kang,mulalah duk fikir.Rezeki payahlah,dah tu.Mula lah,cakap..di buat orang dek kesukaran rezeki masuk.Walhal,korang terlalu berkira dengan isteri sendiri kan?

Lagipun,korang tu.Time takda duit,isteri juga yang tolong hulur kan? Tehehehe..

Ina? alhamdulillah.Suami memahami dengan isu 2% pemotongan KWSP dari gaji suami.