Rumah Transit Bagi Pasangan Muda Yang Baru Berkahwin

Tahniah diucapkan kepada golongan muda yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.Ha,jika dah berkahwin,mesti pasangan pengantin sudah memikirkan perancangan masa depan bagi memiliki kediaman sendiri.Betul tak? Okay, sekarang Kementerian Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menawarkan Program Rumah Transit 1Malaysia (RT1M)




rumah transit,rumah wilayah


gambar : sumber google



Inisiatif Pogram Rumah Transit 1 Malaysia

 Program ini bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan kepada pasangan muda yang berkahwin dan berumur 30 tahun dan ke bawah. Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkeluarga.



Syarat Kelayakan Rumah Transit 1 Malaysia


Syarat kelayakan bagi mendapatkan Rumah Transit ialah isi pendapatan rumah mestilah RM 5000.00 dan ke bawah.Pemohon hendaklah bekerja di kawasan / negeri rumah transit yang dipohon,keutamaan akan di berikan  kepada pemohon dan pasangan warganegara malaysia,berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun semasa memohon.Dan paling penting pemohon tidak pernah memiliki kediaman di kawasan mahupun negeri yang dipohon itu.


Petikan dari Utusan..

“Rumah transit dengan kos pembinaan sebanyak RM300 juta melibatkan kawasan seluas lebih dua hektar kini 30 peratus dalam proses pembinaan dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti dewan, surau, parkir dan gelanggang futsal.


Kadar Sewaan Bulanan Rumah Transit 


Penyewa hanya perlu membayar kadar sewa RM800 selama lima tahun kepada DBKL iaitu RM300 daripada jumlah itu akan simpan untuk mereka dan akan dipulangkan semula sebagai deposit apabila mereka sudah mampu beli kediaman sendiri melalui Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) kelak.


Jenis Rumah Transit






jenis rumah transit


Buat masa sekarang, Rumah Transit yang ditawarkan adalah  berbentuk rumah apartment ataupun Flat.

Luas kediaman pula terhad namun dapat menampung keluarga yang kurang berkemampuan untuk memiliki sebuah rumah di bandar ataupun dimana-mana tempat yang besesuaian dengan konsep Rumah Transit.


Pandangan


Pada pandangan saya, jika Rumah Transit dapat diperluaskan juga di tempat yang lain yang bukan hanya bertumpu pada kawasan bandar/ malah ditempat yang mempunyai penempatan yang ramai atau berpusat seperti kawasan perindustrian, kampung dan lain-lain tempat yang dianggap bersesuaian. 


Rumah Transit juga diharapkan mempunyai rekabentuk yang lebih moden dan juga berkonsepkan rumah jenis Teres berkos rendah mahupun sederhana dimana golongan berkeluarga dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa berbanding rumah jenis Flat atau Apartmen. 


Disamping itu juga, diharapkan pihak pemaju dapat membina mini taman permainan untuk kanak-kanak dan juga court bola tampar atau bola keranjang agar komuniti Rumah Transit dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan mengeratkan tali silaturrahim di kalangan mereka.

Catat Ulasan

49 Ulasan

sitirohaida berkata…
Ringanlah beban pasangan yang baru berkahwin ni..
Cekgu Norazimah berkata…
Bagusnya program ni, untung orang Wilayah
AZ berkata…
Suka part bila bayar 800 tiap tiap bulan, tapi 300 daripada jumpah tu disimpan dan akan dipulangkan bila dah mampu nak beli rumah nanti...
Māmy Syu berkata…
Terbaik info!
Itulah peranan blogger ~ create awareness.
Pasni lebih ramai anak muda akan tahu pasal rumah ni..pastu boleh la mohon.
Papaglamz berkata…
Alhamdulillah. Semoga kemudahan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat. Khasnya yg duduk sekitar KL.
azlina ina berkata…
betul tu.. rezeki pengantin baru ni
azlina ina berkata…
memang beruntung,dorang kena grab cepat2 lah
azlina ina berkata…
insyallah
azlina ina berkata…
program Rumah Transit shaja.Kat tempat lain,memang takde macam ni punya peluang
Mrs Pip berkata…
program yg menarik utk golongan belia muda...
Shalimar Yusof berkata…
aah.....elok juga diperluaskan ..setuju dengan pandangan ina tuu
Fieza Sani berkata…
adik sepupu dpt sewa rumah transit ni di salah satu PPR area KL..lega dia sbb sblm tu menyewa,boleh tahannn...
Nina Mirza berkata…
Beruntungnya belia zaman sekarang ni kannn.... Banyak benefit yang ada. Kena ambik tahu dan mohon, rebut peluang yang ada. Kita dulu tak de gini. ..
Tengkubutang berkata…
Bagusnya ada program macam ni.. dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan, namun cara memohon tu senang tak? ke kena lalui bermacam-macam syarat?
Miza Talib berkata…
rezeki untuk warga wilayah
Ciktie berkata…
Alhamdulillah, dengan adanya program camni sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan
el berkata…
bertuah dpt kemudahan mcm ni..
Nadia Johari berkata…
bagus ada mcm ni..bantu orang muda nak memiliki rumah..orang muda kena ambil peluang ni..syg tak ambil
apekinahdotcom berkata…
Bayar RM800 dan akan dipulangkan menarik tu. Kiranya bolehlah menyimpan untuk deposit beli rumah sendiri nanti
KAVITHA SHAN berkata…
Very useful info...I didnt know about this...will share with my friends. Thank you so muc for sharing
Zayani Zulkiffli berkata…
Seriously bagus usaha kerajaan macam ni. Bukan semua orang mampu beli rumah zaman sekarang.
Fara Lumière berkata…
Bagus.... Memudahkan psgn
::EIDA:: berkata…
berbaloii juga ehh. murah je sewa, boleh kumpul duit dulu hehe
Cik Nor berkata…
bagus ada program mcm ni. Senang buat budget masa depan.
Shafyqah Azahar berkata…
bagusnya rumah transit ni
Sayidah Napisah berkata…
betul betul. harap lah dapat diperluaskan lagi program ni :D
sHaRiNa eLyaNa berkata…
untungnya warga WP
iuzira berkata…
bestnya murah juga sewenya, rasa nak kawen sekarang je takde la beban duduk KL walaupun pendapatan sikit
Inani Hazwani berkata…
Wahhh bagus sangat ni. Harga pun mampu milik.
Blair Villanueva berkata…
This is very helpful and thanks for your updates and tips! Sharing this to my friends.
kak gojes berkata…
bertuahnya warga KL..ni salah satu kemudahan yg dapat membantu pasangan baru yg belum memiliki rumah
Noor Akma berkata…
Bagus sangat ni... seronoknya warga KL ada inisiatif macam ni... :)
safurara berkata…
Sgt membantu kan!
Em berkata…
What an awesome housing initiative by the government. It really does help the younger generation to own their first house. Too bad I do not qualify.
Luqman Zakaria berkata…
Sangat sangat bagus! sewa berpatutan lepas tuh dapat menyimpan lagi. thorbaiklah.
Bagusnya program macam ni terutama kita yg berpendapatan rendah dan memerlukan kediaman mampu milik terutamanya pasangan muda yg baru berkahwin
Eintan Nurfuzie berkata…
ooo. de simpanan dari bayaran sewa tu.. bagus la #hebatkannegaraku
Aliza Sara berkata…
Sejujurnya, mmg bagus program macam ni. Harap harap ada la keluarga yang dapat rumah sendiri sebagai tempat tinggal untuk membesarkan keluarga walaupun tidak berkemampuan.
Aliza Sara berkata…
Bagusnya program macam ni. insyallah dapat tolong orang golongan muda untuk berdikari untuk dapat rumah sendiri dgn program ini
Auni Muthal'lib berkata…
Hopefully rumah transit ni dapat diperluaskan di tempat lain juga.
Sharon Lee berkata…
I love this kind house program! Nowadays with the economy not really good, I don't mind apply for this and get one house for myself =)
Sharon Lee berkata…
I love this kind of house program by government. With economy not really good, I can easily afford a house by joining this rumah transit!
marshalizadotcom berkata…
Pasangan baru berkahwin tak yah pening kepala dah
khatyaiman berkata…
peluang yang bagus ni, ye la kan, nak beli rmah zaman sekarang pun susah juga.
Cik Puan Ena berkata…
Pengurusan kewangan yg sgt bagus ntk pasangan muda. Sambil menyewa sambil menyimpan.
azlina ina berkata…
yeahh!! gunakan platform sosial media dengan betul.
azlina ina berkata…
wah..alhamdulillah.. rezeki dia
azlina ina berkata…
syarat telah dinyatakan seperti diatas
azlina ina berkata…
iya..betul.simpanan akan datang