gambar : sumber google
Inisiatif Pogram Rumah Transit 1 Malaysia
Program ini bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan kepada pasangan muda yang berkahwin dan berumur 30 tahun dan ke bawah. Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkeluarga.Syarat Kelayakan Rumah Transit 1 Malaysia
Syarat kelayakan bagi mendapatkan Rumah Transit ialah isi pendapatan rumah mestilah RM 5000.00 dan ke bawah.Pemohon hendaklah bekerja di kawasan / negeri rumah transit yang dipohon,keutamaan akan di berikan kepada pemohon dan pasangan warganegara malaysia,berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun semasa memohon.Dan paling penting pemohon tidak pernah memiliki kediaman di kawasan mahupun negeri yang dipohon itu.
Petikan dari Utusan..
“Rumah transit dengan kos pembinaan sebanyak RM300 juta melibatkan kawasan seluas lebih dua hektar kini 30 peratus dalam proses pembinaan dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti dewan, surau, parkir dan gelanggang futsal.
Kadar Sewaan Bulanan Rumah Transit
Penyewa hanya perlu membayar kadar sewa RM800 selama lima tahun kepada DBKL iaitu RM300 daripada jumlah itu akan simpan untuk mereka dan akan dipulangkan semula sebagai deposit apabila mereka sudah mampu beli kediaman sendiri melalui Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) kelak.
Jenis Rumah Transit
Buat masa sekarang, Rumah Transit yang ditawarkan adalah berbentuk rumah apartment ataupun Flat.
Luas kediaman pula terhad namun dapat menampung keluarga yang kurang berkemampuan untuk memiliki sebuah rumah di bandar ataupun dimana-mana tempat yang besesuaian dengan konsep Rumah Transit.
Pandangan
Pada pandangan saya, jika Rumah Transit dapat diperluaskan juga di tempat yang lain yang bukan hanya bertumpu pada kawasan bandar/ malah ditempat yang mempunyai penempatan yang ramai atau berpusat seperti kawasan perindustrian, kampung dan lain-lain tempat yang dianggap bersesuaian.
Rumah Transit juga diharapkan mempunyai rekabentuk yang lebih moden dan juga berkonsepkan rumah jenis Teres berkos rendah mahupun sederhana dimana golongan berkeluarga dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa berbanding rumah jenis Flat atau Apartmen.
Disamping itu juga, diharapkan pihak pemaju dapat membina mini taman permainan untuk kanak-kanak dan juga court bola tampar atau bola keranjang agar komuniti Rumah Transit dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan mengeratkan tali silaturrahim di kalangan mereka.
49 Ulasan
Itulah peranan blogger ~ create awareness.
Pasni lebih ramai anak muda akan tahu pasal rumah ni..pastu boleh la mohon.