Salam Ramadan 1439 H

Rasa nak teriak semua sekali lahh.. macam mana lah jika satu hari nanti putus bekalan Wifi sedunia.Heeeehhh. Tapi janganlah minta begitu kan? Banyak kerja sangkut nanti.Teheheeh..

Okay..harini kita sudah menyambut 1 Ramadan bersamaan 1439 H.Alhamdulillah.. Semoga kita semua berpuasa dengan sihat dan bertenaga hendaknya.



Perbezaan Puasa Tahun Lepas dengan Sekarang


Pada tahun ini,Ina berpuasa bersama 3 orang anak.Ehehe.Syukur juga.Dan tahun ini juga,agak sedikit mencabar lah.Sebab Ina masih menyusukan Baby Furqan.Kikikiki..Baby tak Baby pun,Furqan kini sudah memasuki umur 1 Tahun 7 Bulan pada bulan ini.

Jika di bandingkan pada tahun lepas,Ina berpuasa semasa mengandungkan Furqan.Super energetic masa tu.Sehinggakan tak terasa bahawa Ina ni mengandung.Teheheeh.Yang paling best,sudah tentu lah.Berpuasa penuh pada tahun lepas.



Agak Mencabar Puasa 2018


Kali ini,Ina menyusukan Furqan.Moga-moga sentiasa kekal bertenaga hendaknya ina.Iya lah kan,menyusu ni cabaran dia sangat besar.Apapun,demi anak.Memang masih menyusukan.Sebab itu memang sudah berniat ingin menyusukan Furqan selama 2 tahun.


Pernah semasa menyusukan anak sulung pada tahun 2015,Ya Allah.Rasa betul-betul nak pitam ni.Angin naik ke kepala masa tu tau.Masa tu berlaku lagi 20minit nak berbuka.Ina bernasib baik,tak pitam jer time tu.

Sahur pagi tadi,sangat gamat.Yang kecil pun,ikut sama nak bersahur. Kejut bangkit anak yang sulung.Ni siap semua anak-anak yang lain bangun.Heeehhh.Rakyat ni kan.Memang telinga lintah betul. 


berpuasa dan bersahur bersama lazz,susu kambing untuk bersahur,susu kurma,lazz delivery pantas,susu ibu menyusu,susu untuk anak-anak yang alahan
lazz susu kambing,teman ketika sahur dan berbuka

Bersahur dengan Susu Lazz Kambing


Pagi tadi,semasa bersahur.Sempat Ina bancuh segelas Susu Lazz Kambing Perasa Susu Kurma.Alhamdulillah.Anak yang sulung Ina,Sara.Harapnya dapat puasa penuh untuk hari ini.

Tahun pertama nak ajar dia berpuasa penuh.Minta-minta lah takde kawan dia kat sekolah tu bawa bekal ke ape..ehehe.

Oh,,nampaknya Ina kena Order stock lagi ni tau.Maklumlah,Ina ni jenis yang minum minuman panas waktu berbuka.Kali ni nak order favourite Ina iaitu LazzCafe.Ina suka ni..Ehehee.Cuma anak-anak jer dan suami suka minum yang perasa Original.


Bagi yang berminat nak Order Susu LAZZ Kambing,boleh terus pergi ke laman website ini : http://www.lazzdelivery.com/ Penghantaran terus ke pintu rumah korang.


Selamat berpuasa kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam.. Perbanyakkan membaca al-quran dan jangan lupa,Solat Terawih.
type='text/javascript'>