Rezeki awal pagi


Alhamdulillah.. seronok sangat.Pagi-pagi buka pintu dah ada haiwan yang menanti kami.Ececeh~ Kami laki bini macam tuan dorang dah tau.Ehehehe.Pets kami lah ni..pet yang orang panggil jinak-jinak merpati.Boleh tengok dari kejauhan sahaja,nak pegang..memang lari ayam-ayam ni.


Berkongsi Rezeki 


Pun rezeki ni..kami sama-sama berkongsi rezeki di awal pagi.Eheheheh. Syukur sangat.Kiranya dah macam binatang peliharaan kami dah.Setiap pagi,apabila kami laki bini buka pintu belakang rumah sahaja.2 ekor makhluk ciptaan allah ni meluru ke pintu belakang.Siap berkokok kokok lagi. Nak makan lettew.. ehehehe. Rezeki kami,kami tetap berkongsi bersama makhluk ciptaan allah ini.Kan dalam ceramah ustaz ada kata,dalam rezeki kita..ada juga bahagian yang lain.Tak semestinya berkongsi rezeki bersama manusia sahaja kan??



Rumah ke ZOO ni?



Walaupun rumah kami ni taman perumahan,tetapi masih ada lagi ayam dan kambing berkeliaran di sini.Jangan kata ini aja yang ada.Bunyi kicauan burung-burung.Babi hutan dan monyet pun ada sangat.Ehh,ular pun ada tau.Ehhh! dah macam zoo pula rumah ina ni dah kenapa pula yea??

Kawasan perumahan kami ini,asalnya hutan.Jadinya,banyak lah binatang yang keluar dari hutan.Itu belum lagi makhluk halus.Opsss! hahaha.Taklah.. 


Suasana  Perumahan


Syukur sangat.Kami dapat juga pulang ke tempat masing-masing.Terdahulu,kami laki bini hanya menyewa sahaja selama 5 tahun di rumah angker..huuuh! Pelbagai kisah seram kami laki bini.

Berbeza sangat bila kami berpindah di Pelindung yang terlalu banyak sangat kemudahan disini.Kejiranan yang tidak sombong..alhamdulillah.Rumah kami di jalan utama,berdekatan sekolah,berdekatan dengan tasik,pantai dan pendek kata..memang tak sunyi langsung.Kalau nak jual rumah ni,memang sayang sangat.Seronok sangat! Rezeki kami selepas menanggung pelbagai ujian hidup.

Yang tak bestnya,setiap kali ada musim perayaan atau cuti panjang.Taman perumahan kami ni jadi sunyi sepi..dah macam pekan mati pulak dahh.Hehhh.


balik kampung



Okay..ini bukanlah pemandangan dari rumah ina.Ni pemandangan di rumah mak saudara suami.Cantik tak ye?? Pagi-pagi boleh cuci mata dengan memandang tumbuhan hijau.Salah satu terapi mata bagi yang rabun.

Tips cerahkan mata Rabun 


Okaylah.. dah jam 11 pagi dah ni.Huhuhuh..bergegas ke dapur pula.Nak memasak untuk lunch ni.Maklumlah,Mr Z balik makan tengahari harini.