JAMU INSERT PENYEBAB KANSER


Ternampak post di Facebook lalu lalang di wall.NAHHH! kan dah mendapat.Akibat penggunaan sesuka hati Jamu Insert.Ishhh~ Jika ina sendiri.Memang tak lah guna.Takut weeeiii. Rahim perempuan,ada satu jer dan tiada galang ganti pun.Ini berani pula main sembarangan insert yea..


Jamu Insert MERBAHAYA!

Katanya,jamu insert ini mampu merapat,membersihkan rahim,mampu menawan cik suami lahh dan pelbagai lagi.Adudududu~Skill ayat memujuk untuk membeli tu yang buatkan ramai perempuan terpedaya.


Bagi pendapat ina sendiri lah,apa guna sembarangan produk untuk vagina.Miss Vagina lah,satu-satunya anggota yang paling sensitif.Bukan setakat insert jamu,semburan pun tak boleh.Ini salah satunya yang menyebabkan golongan isteri kurang subur (sebab cecair kesuburan tu dah takde)


SEkarang,apa boleh buat? Rahim sudah dibuang. Seller yang suruh insert? Dah larii laa. Mesti akan salahkan si pengguna antara alasannya tak membeli daripada penjual yang berdaftar ataupun produk tiruan.



Jamu insert penyebab kanser rahim



SENAMAN KAGEL



Bagi korang yang nak ketat tu,apa kata korang amalkan senaman kagel.Tetapi nak kena rajin lah.Kena amalkan setiap hari.


Baca entri : Cara naikkan peranakan

Caranya ialah dengan mengemut seperti tahan kencing.Tetapi kena pastikan dulu otot mana yang patut dikemut. Pastikan kemut otot yang betul dan bukan otot punggung (anus).

Cara-Caranya:


1.Kemut perlahan-lahan 20 kali otot faraj dan otot punggung dalam keadaan peha dan kaki dirapatkan.
2.Tahan nafas selama 5 saat semasa mengemut dan lepaskan nafas dan kemutan perlahan-lahan secara serentak dan ulang sebanyak 4 kali.


Kelebihan Melakukan Senaman Kagel :


1.Menyempitkan pembukaan ruang faraj yang renggang dan longgar.
2.Membantu wanita mengatasi masalah mengawal kencing.
3.Menghalang angin dari masuk ke vagina yang mana boleh menyebabkan kentut vagina.
4.Meningkatkan kualiti dan mengintimkan hubungan suami isteri.
5.Menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan koyak pada perinium.


INFO penting: 


Disarankan melakukan senaman ini 3 kali sehari dan bila dah selesa lakukan sekerap yang boleh,lebih kerap lebih baik.

Digalakkan melakukan senaman ini pada setiap hari pada waktu terluang seperti semasa memasak, menonton televisyen dan sebagainya.

Untuk kesan yang lebih baik, lakukan 100 hingga 300 x kemutan sehari.

JANGAN lakukan kemutan ini semasa terasa mahu kencing. Lakukan senaman ini semasa pundi kencing kosong.

Kemutan ini boleh dilakukan dengan cara berdiri,duduk atau berbaring. Pastikan anda fokus pada otot yang berkenaan sahaja.

Biasanya, kesannya senaman ini dapat dirasai dalam masa 2 hingga 3 bulan, jika dilakukan setiap hari.

Keberkesanannya bergantung kepada kaedah yang betul dan ianya mestilah dilakukan secara konsisten.

Secara umumnya, senaman Kagel mampu mengembalikan 50 peratus kekuatan otot vagina, malah ada kes yang pulih 100 peratus


Sumber : Mingguanwanita