Kamera Digital Nikon COOLPIX A300


10:13 AM
a300,Kamera NIKON,Sot terbaik Nikon,

Hampir 2 minggu Ina menggunakan kamera dari Nikon Coolpix A300.. Suka sangat-sangat.Seronok juga ada kamera digital macam ni.Amat sesuai lah untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan Fotografi bagi yang kurang berkemampuan macam ina.Alaa...poket tak berapa nak tebal lahh,dalam masa yang sama,ina memang nak guna urgent untuk kerja-kerja ina.



NIKON Kamera Digital COOLPIX A300




WiFi


First ina jatuh cinta dengan kamera ini adalah satu satunya fungsi yang mempunyai WiFi.Ohhhhh! Best kan? Fungsi WiFi ni bertujuan memudahkan korang untuk Download gambar yang di ambil dari kamera nikon dan terus transfer ke smartphone korang. 


Dah tak perlu lagi korang guna wayar untuk cucuk ke smartphone untuk transfer gambar dari kamera ke smartphone.Yaaaay!

Psssst! kalau korang nak download gambar,pastikan korang memilih 2 MegaPixels yeaaaaa... 


Remote Photography



Double Yayyy! Mudah tau untuk korang berselfie nanti.Korang boleh control sahaja kamera korang tu dari smartphone sahaja.Dahhh boleh snap picture tanpa henti dan tak perlu lagi minta orang lain tolong snap kan.. ehehehe.




snapbridge,WIFI download



Apps SnapBridge Bagi Pengguna NIKON 



Oppps! Lupa lah korang.Excited sangat nak bercerita ni kan.Sebelum korang belum download sebarang pictures dari kamera Nikon COOLPIX A300 ni..,bukan sembarangan je boleh download pictures dari kamera tau.Dia ada apps tersendiri.

Korang pergi ke AppsStore di smartphone masing-masing dan terus download apps ini.Mudah bukan ?? ( Semalam selepas ina upload picture atas tu..ada seseorang bertanyakan kepada ina di Instagram tentang kamera Nikon COOLPIX A300 ni..macam mana nak guna).

Download apps 'SNAPBRIDGE' . Apps ini memang khas bagi pengguna NIKON sahaja.Dari model DSLR dan kamera Digital dengan pelbagai model lain selain Coolpix ini.



mood setting



Pilihan Setting 



Setting picture di kamera Nikon Coolpix A300 ini sangat banyak dan berpuashati.

Antara setting untuk gambar yang cantik ialah :

Backlight 
Indoor/Party
Beach
Dusk/dawn
Panorama
Landskap
Potrait
Foods
Snow
Night Mode 
Fireworks
Sunset 



GAMBAR MAKANAN,MENU TENGAHARI


Ini contoh Mode setting yang Ina gunakan jenis Foods. Sangat clear! dan dia memang auto Fokus untuk Foods.



`MEnggunakan kamera NIKON



Ni pula,gambar zoom.Ina ambil dari dalam rumah iaitu di dapur (melalui tingkap dapur).Dapatlah shot cantik ni.Tengok tu bulu kucing..macam real jer kan? Memang syok la guna.Ada satu lagi,gambar bunga.Ina snap dari dalam kereta dan bunga tu kat luar kereta,tetapi boleh nampak clear lahh.. bunga tu.

Boleh korang follow instagram ina : www.instagram.com/sang_aura
ada banyak gambar yang menarik


Ohhh,sebelum terlupa harga bagi Kamera Nikon Coolpix A300 ini adalah RM 580 SEUNIT.Pastinya berbaloi dengan kelebihan yang ada! 

Okaylah,,rasanya setakat ini sahaja perkongsian dari ina selaku pengguna Nikon Coolpix A300.Berbaloi! Setakat ini juga,ada beberapa dah blogger (whatsapp dan DM) yang berminat kamera digital macam ina guna ni.Eheheehe..rasanya.Cukup setakat ini sahaja perkongsian dari ina.(Oppsss! sorry..tak jual yea.Ikhlas review dari hati yang suci murni..ehehehe)


Korang berminat..teruslah terjah branch atau kedai-kedai yang menjual kamera Nikon  berhampiran yea.. 



baca entri lain : Hobi terkini bersama Mirrorless Camera dari Sony alpha a5000



5 comments:

  1. untung la dah ada kamera baru..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hasil menabung ni ciknor..ehehe. Alhamdulillah

      Delete
  2. dah lama teringin nak ada camera sbb suka ambik gambar. boleh tahan harga dia, berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh start menabung dik.Akak pun menabung asalnya.nak membeli sedebuuk duit..memang taklah.hihihh

      Delete

Powered by Blogger.