Beryls Chocolate Murah Di Seri Kembangan




Sakan kan cuti-cuti ina kali ni.Dah alang-alang ke Selangor..,tanpa di rancang.Tayar kereta sempat lah bergolek sampai ke Kilang Coklat Beryl yang terletak di Seri Kembangan.Haaa..,dah kebetulan kan  ada event blogger di Farm In The City



Bila sampai jer di kilang tu.Ina tak masuk lah kilang tu.Depan tu ada satu kedai Coklat Beryls.Coklat fresh lagi tauu..Cuma orang panggil kilang Coklat sebab di sini memang keluarkan chocolate jenama Beryls. Emmmmm...nampak tak kat depan tu ada replika buah koko.Besar gedabak macam tu? Eheheeh...,dah terliur ina nak terkam keda coklat tu tau.Hihhihi.



Masuk jer dalam kedai ni.Wooowww! Bukan budak-budak kecil jer yang seronok.Ina dan suami pun sama,tumpang seronok juga sebab kat sini ada pelbagai pilihan coklat.


JENIS COKLAT



Lagi rambang mata bila tengok sendiri pelbagai aneka coklat.Pelbagai  perasa seperti Coklat Tiramitsu,Coklat Strawberi,Orange, dan tak lupa juga perasa Durian.Ina nak beli perasa durian..tetapi was-was lah pula.Bukannya apa.. risau tekak ina tak boleh telan.Lagipun suami memang tak makan durian.Silap-silap pengsan suami bila terbau perasa durian dalam kereta tu..hahha.Dah susah nanti,siapa pula nak drive nanti.Ina surrender kalau kereta manual.Huhuhuhu...


Bentuk coklat pun ada pelbagai saiz.Ada bulat,petak,tigasegi dan juga berbentuk hati.Auwwww! 



Packaging



Coklat di sini pun bungkusan sangat menarik.Sesuailah jika nak hadiahkan kepada seseorang.Warna-warna bungkusan serta kotak pun nampak mewah serta ekslusif.Jangan sangka mahal tau! Tengok terlebih dahulu harga di setiap bungkusan coklat tu,kemudian barulah buat keputusan sama ada nak beli ataupun tidak.



Harga Kilang


Harga coklat serendah RM 4.50 jer.Terlampau murah tau..ishhh,geram jer nak beli borong masa tu.Errr...bukan untuk di jual tetapi untuk makan sendiri jer pun.Tapi yang tak best..,tak sempat ina nak bawa pulang ke Kuantan,anak-anak sudah habiskan.


Jika korang nak jual dari luar kawasan selangor ni tak kisah.Sebab harganya sangat murah pun.Lagipun coklat ni sudah tentu ramai peminatnya dari pelbagai peringkat umur dan jantina.








Tu ina tengah pilih coklat untuk di bawa pulang ke Kuantan.'No sugar added' itulah yang penting.Hihihihi.. beli untuk mak saudara suami.Oleh sebab mak saudara ni Fan coklat,jadi.Mestilah kena beli yang ini.Dan yang dalam botol gambar atas tu banyak juga borong untuk buah tangan keluarga di Kuantan ni.


  
Maklumat lanjut :


Facebook Page : Beryls Chocolate

Website : Beryls Chocolate


Alamat :

No. 2, Jalan Raya 7/1,
Kawasan Perindustrian Seri Kembangan,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
T: +603 8943 6136
F: +603 8943 6021

Waktu Operasi:
Mon – Fri, 8:00am – 5:30pm


Notakaki : Jika korang cari tak jumpa Beryls Chocolate ni.Boleh taip di Waze Kilang Coklat Seri Kembangan.




Beryls-coklat

type='text/javascript'>