Pengakhiran Hidup Disini?

pusat jagaan warga emas



Cuti Hari Malaysia baru-baru ini.Ina berkesempatan bercuti ke Selangor,sambil menghadiri family day (Farm In The City)  di sana.Dan melawat ibu saudara suami yang kini tidak berapa sihat.



ZACC Seksyen 9


Puas lah juga nak mencari taman perumahan yang ibu saudara suami menetap
 tu.Maklumlah,kawasan tu memang kami tak pernah pergi lagi.Erm..,ibu saudara menetap di pusat jagaan warga emas di seksyen 9.

Pada mulanya,kami silap pergi ke pusat jagaan ZACC di seksyen 11.Rupanya disana ialah pusat jagaan warga emas lelaki.Bukanlah untuk wanita.Nasib baiklah,kami pergi petang selepas solat asar.Jika malam..,tak tahu lah jumpa ataupun tidak.Ehehehe.. Ni sebab guna google maps yang tak di update lahh.Hahhh...Punahhh!

Kami ni laki bini suka buat keputusan last minit..ehehehe.Pergi pun tak di rancang ni semua.




Hati Tersentuh


Di Rumah jagaan Warga Emas ZACC ni.Hati betul-betul terasa sayu,bila melihat penghuninya uzur belaka.Terdetik di hati..,macam mana lah aku dah tua nanti.Adakah di sini tempat aku?? Pengakhiran kehidupan di Pusat jagaan Warga Emas juga?


Sebenarnya ada banyak sebab warga emas ini di letakkan di pusat jagaan Warga Emas ni.Antaranya kesibukan anak-anak yang bekerjaya (selalu outstation sana sini dalam dan luar negara). Faktor lain yang memerlukan Ibu atau ayah dalam jagaan rapi.Yang juga mempunyai masalah kesihatan 
penyakit yang berisiko tinggi iaitu ubat kena makan ON time.Ini antara salah satu faktor utama.



Penyakit ibu saudara suami ni ialah Parkinson.(1 dalam sejuta perempuan yang terkena penyakit ini)
Yang memerlukan jagaan rapi,setiap minit pun tak boleh ditinggalkan.Kata doktor pakar lagi..,penyakit ini juga boleh membuatkan otak mengecut dari semasa ke semasa.Dan menyebabkan pergerakan sedikit terbatas.




Ciri-ciri penyakit PARKINSON



Tremor 

Gegaran bermula pada kaki atau tangan, walaupun jari. Salah satu sifat Parkinson adalah pergerakan tangan yang tidak terkawal ketika santai.

 Pergerakan perlahan. 

Seperti masa berlalu, kemampuan anda untuk bergerak akan berkurang. Anda juga perlahan bergerakbergerak. 

Otot menjadi kaku. 

Kekakuan ini boleh berlaku di mana-mana bahagian badan. Otot sengit ini akan menghadkan pergerakan anda dan juga boleh menyebabkan rasa sakit. 

Masalah postur dan keseimbangan. 

Tubuh anda akan mengalami perubahan postur, menjadi bengkak, dan kehilangan keseimbangan. 

Gangguan pergerakan 'automatik'. 


Anda mungkin mengalami penurunan keupayaan untuk menggerakkan badan yang harus berlaku secara automatik tanpa berfikir terlebih dahulu, seperti berkelip, tersenyum, atau mengayunkan lengan anda ketika berjalan.

 Terdapat perubahan cara bercakap. 


Anda mungkin rasa bersuara lembut, cepat, dan teragak-agak sebelum bercakap. Atau nada suara anda akan membosankan. Kurangkan kemahiran bertulis. Anda akan mendapati kesukaran semasa menulis dan penulisan anda akan berubah atau menjadi kecil.


Okaylah..kita yang sihat ni.Jagalah kesihatan dari awal.Rajin-rajinkan bersenam dan makan makanan sihat untuk kesihatan akan datang.Sekurangnya..,kita boleh kurangkan.


type='text/javascript'>