Urutan Bagi Mata Rabun

Setelah sekian lama tak On tajuk massage di blog.Pagi ni,selepas mandi baru teringat rupanya dah lama tak urut kawasan mata. Ermm, tambahan lagi mempunyai masalah mata rabun. Sesuai sangat, dengan  urutan mata rabun ini.
 
 
    Betul lah, orang cakap kalau nak sihat sila makan sayuran hijau. Jika nak mata terang, amalkan sayuran sihat ini bagi penglihatan yang jelas. Ada 5 kebaikan sayur-sayuran yang bagus untuk kesihatan. Rujuk sini untuk bacaan.  
 


urutan mata rabun
Cara betul urutan mata yang rabun









Cara Urutan Mata Rabun


 



1. Sediakan eye cream atau sebarang gel yang bersesuaian bagi urutan di kawasan mata. (Tujuannya ialah bantu memudahkan urutan berjalan lancar).
 

2. Pejamkan mata. Dan mulakan urutan di atas kelopak mata.Urut secara membulat secara lembut yea.. (Lebih kurang 30saat). Masa ni,kita akan rasa mata segar.
 

3. Setelah itu,urut bahagian bawah mata secara lembut.Tepuk-tepuk secara perlahan dan tarik arah mata ke bahagian luar penjuru mata.Ulangi 5 kali bagi setiap mata (diurut secara serentak mata kiri dan kanan)
 

4. Di hujung mata,iaitu di tepi kepala urut secara membulat selama 60 saat.
 

5. Di atas kening pula,urut secara perlahan-lahan sehingga ke hujung kening.
 

6. Di Kening,urut membulat secara lembut selama 30saat.
 

7. Di tengah antara 2 kening.. urut membulat selama 30saat.
 

8. Akhir sekali,urut pula di antara mata dan hidung iaitu titik tengah di batang hidung.Di sini,urut selama 30 saat.



Okay.. dah siap urutan. Apa yang korang rasa setelah lakukan urutan bagi masalah mata rabun dan silau ini? Harap korang amalkan selalu,setiap pagi selepas bangun tidur atau selepas mandi.



(pssst! jangan jadi macam Ina yea,jarang buat massage mata ni) 


Kebaikan daripada mengamalkan urutan mata ini ialah


1. Dapat menenangkan mata yang penat setelah  seharian menonton TV,komputer dan juga smartphone.
 

2. Mengurangkan ketegangan urat di kawasan mata.
 

3. Menyegarkan mata,jadi taklah mengantuk pagi di pejabat.
 

4. Memudahkan tidur malam jika di lakukan sebelum tidur ( yang ini,ina selalu lakukan pada suami.Setiap malam nak kena massage keseluruhan mukanya.Huuuu..)
 

5.Melancarkan aliran darah di bahagian mata.


6. Menjadikan kulit tegang di kawasan mata.. dalam erti lain,lambat lah kedut.Hihhihihi..tapi pastikan dilakukan secara rutin. Jangan malas..
 


Insyallah,ada kelapangan masa. Ina akan hasilkan satu video di channel youtube ina bagi urutan ini.


Baiklah,akhir sekali Ina nak berikan korang Tips lain untuk cerahkan mata yang rabun 



 Tutorial Urutan bagi mata rabun ada dalam video di bawah.. selamat menonton! 














type='text/javascript'>