Sara Menangis | Terlupa Bawa Duit Poket pada Minggu Pertama Persekolahan


11:48 AM
Assalamualaikum..


Hari ke-3 sesi persekolahan Sara darjah satu pada tahun 2019.Hari ni juga baru sempat update entri pada tahun 2019.Fuhhh~ Agak sibuk sedikit sepanjang minggu pertama sesi persekolahan.



Terlupa bawa Duit Poket ke Sekolah


 Pagi ini,entah macam mana abah terlupa nak bagi duit poket awak.. Sara.Jadinya,mama datang ke sekolah jam 9.30 pagi tadi.Huhh~ Ingatkan dapat pergi ke kelas dia untuk hantar duit poket.Tetapi guard di sekolah tidak izinkan masuk sebelum jam 10 pagi.Huhuhuhu~ Makanya,mama dan dua orang lagi anak iaitu Soffea dan Furqan menunggu lah di pondok guard.Jenuhhh dan berpeluh lah juga.Hihihhih.. Dengan dua orang anak tu. Kalau tak Ina jadi tarzan,memang tak sah lah.Hahaha..




sesi sekolah darjah satu 2019
sesi persekolahan 2019


Aduhh! Nak luruh jantung,pabila anak-anak orang lain dah keluar rehat.Sara? Jenuh lah juga mencari.Nak heret lagi dua orang anak lagi yang kecil tu ( Soffea 4 tahun dan Furqan 3 tahun ).

 Akhir sekali,Ina pergi ke kelas dia.Semua pelajar di dalam kelas tu kosong.Yang tinggal? Hanyalah cikgu kelas sahaja.Bila tanya cikgu.. katanya semua pelajar dah turun ke kantin 10 minit yang lalu.Gulp!! Perasaan panik sudah menyerang.Rasa nak menangis pun ada juga ni,sebab tak jumpa anak sendiri kan? Duit pula Sara tak bawa ke sekolah.Macam mana dia nak makan nanti.. Ahhh,pelbagai soalan yang berlegar dalam kepala Ina waktu itu.



Beli makanan untuk Sara 



   Sebelum waktu rehat habis begitu sahaja.Sempatlah Ina beli bungkus ayam goreng 3 ketul yang setiap satunya beharga RM 1.00. Ermm,fikir Ina.. Jika betul tak jumpa Sara ketika di kantin.Nak pergi bawa ayam goreng ni kepada Sara je nanti.

 Selepas selesai membeli ayam goreng tadi,Ina terpandang botol air hijau diatas meja makan di kantin.Pada mulanya dah cam sangat.Familiar betul akan botol air itu.Mujur lah ada tertulis nama 'Qhaisara' pada botol tersebut.Yahhh! Itu anak aku.. perasaan  itu seolah nak melompat lah pula bila dapat jumpa dah anak.Tetapi mana lah pula Sara ni..



Perbualan Ina bersama pelajar lain


Ina: Dik,kenal Iman Qhaisara tak? Mana dia? Botol air ade kat sini

Pelajar : Ohh,Iman. Dia basuh tangan. Dia menangis tadi..

Ina : Hahh? Iman tak bawa duit tu.

Pelajar : Ohhh,, Tu dia makcik.


Alahai.. kesian pula tengok Sara.Menangis jer.. mata bengkak. Ada dua orang penjaga tadi bertanya kepada Sara mengapa menangis.







sesi sekolah darjah satu
menangis


Airmata pun tak sempat lagi kering tu. Masih merajuk lagi.. perut dia lapar.Jadinya,Ina menyuruh Sara makan dengan kadar segera.Risau tak sempat makan jer tu.



 Bukan apa.. kes hari ini berlainan sedikit.2 hari sesi persekolahan baru-baru ni,Ina bekalkan Sara makanan.Tetapi pagi ni tak memasak sarapan,Abah pula tak bertanya kepada Sara ada duit poket ataupun tidak.


 Okay.. selepas ini,memang kena bawa bekal lah.Tak payah lah lagi nak membeli.Lagipun makanan pun takde yang kena selera Sara.Ehehehe.. Harap istiqomah lah mama nak memasak untuk sarapan pagi.Heeehh! 



1 comment:

Powered by Blogger.