Happy Anniversary ke- 9

Assalamualaikum..


Sudah memasuki hari ke-5 dalam bulan Februari.Ini bermakna bulan anniversary Ina.Ehehehe.. Kali ini,anniversary kami jatuh pada hari Ahad 3.2.2019 yang lepas.


 Kami berkahwin pada musim cuti perayaan Tahun Baru Cina.Dan setiap kali Perayaan Tahun Baru Cina,memang akan ada sesi throwback ler di fikiran kami suami Isteri ni.Haaa..


Lucu pun ada,lagi-lagi beberapa lagi sebelum  majlis perkahwinan Ina.Macam-macam hal berlaku.Antaranya ialah mata hampir buta,mujur lah tak buta.Kalau tak,tatau lah macam mana sekarang,adakah ia berubah atau sebaliknya..Pffft.


happy anniversary,ulang tahun perkahwinan,parenting



Dugaan  Perkahwinan



Tahun ini adalah,tahun ke-9 perkahwinan kami.Alhamdulillah,banyak dugaan yang datang sepanjang kehidupan kami suami isteri.Ini kalau nak cerita,tak tahulah berapa malam nak habis.Hahahaha.. ada cerita seram,gembira, dan pelbagai lagi.Paling mencabar ialah tahun pertama perkahwinan dan tahun ke-5.Huuu.. 


Pernah dengar tak orang kata,memasuki usia perkahwinan sekian-sekian akan diuji dengan pelbagai ujian hebat dari allah s.w.t? Samada besar atau kecil dugaan nya. 


Bila diingatkan kembali fasa pertama tu,kami diuji dengan mulut orang-orang sekeliling mengenai zuriat.Sedih sangat.Boleh jadi kemurungan tau..,setiap hari dan setiap masa orang bertanya dan memerli hal zuriat.Hati pula begitu rapuh ketika itu.Hmmm..Tapi itu suatu ketika dahulu lah,di usia perkahwinan 9 bulan.



Tahun ke-5  Perkahwinan



Lagi dasyat,sedang mengandungkan zuriat kedua.Sehingga bleeding kandungan ketika itu.Angkara mulut seseorang,begitu sekali Ina diuji.Hmm,mujurlah Ina dekatkan diri dengan allah ketika itu Siang malam bersujud demi mencari kekuatan diri dan  keselamatan.Alhamdulillah..


Dan.. selepas kejadian tersebut.Setiap kali pregnant,mesti kandungan akan bleeding. Ina sendiri pun tak faham! 


Entahlah,bukan ingin berdendam.Tetapi siapa pun yang menyakiti kami sekeluarga,dengan doa.Agar bertaubat lah segera,sebelum perbuatan memakan dirinya.



Ps: 

Ermm... sejak dua menjak ni kan.Tekak asyik nak makan pekasam daging jer.Nak yang masam-masam betul pekasam.Goreng letak bawang dan cili padi ni...,mesti sedap kan? Alahaiiii..,kecur air liur dah ni. Errrkk,haritu beli dengan seller online tak menepati selera pula.Ehehehe,bukan apa.Pekasam tu rasa tawar,tak masam dan tak masin.Sedih tauuu! Kecewa sangat.. 


Weeii,korang.Anak-anak ina kat rumah ni pun dah semakin pelik.Yang bongsu siap merangkak nak jadi baby lagi lahh.Yang sorang tuu,asyik duk main baju-baju dan barut baby lagi tuu.Aduiiii~ sakit kepala mama nak,nak kena melipat lagi kain tuuu. 











type='text/javascript'>