Melekat kat Youtube,penangan NAAGIN 3!

assalamualaikum..


Penangan naagin  punya pasal,gigih sambung tengok di youtube pula.Hihiihi.Di kaca televisyen cerita Naagin 2 sedang rancak dimainkan.Di channel astro tak pasti lah,mungkin dah masuk Naagin 4 pula kot.Cerita Naagin ni berkenaan ular jadian.


Sekarang ni,Ina tengah duk gila tengok Naagin 3 kat channel youtube.Heeee. Dah macam ketagih pula bila tengok cerita naagin ni tau.Dari Naagin pertama lagi,pastu sambung ke-2 dan yang ni pula naagin 3.



NAAGIN,NAAGIN 3,CERITA ULAR JADIAN,COLOURS TV,AADAA KHAN




Naagin 3



Naagin 3 ni berlainan sedikit dari Naagin 1 dan 2.Pelakon pun sudah bertukar.Naagin pertama shivanya balas dendam terhadap pembunuh  ibu bapa nya.Naagin 2 pula shivangi menuntut bela atas kematian ibunya,shivanya dan macam biasa,berebutkan batu pertama (nagmani).


Berlainan dengan Naagin 3,iaitu episod kali ini lebih moden.Ramai pelakon wanita dan sedikit mix.Hmmm,bolehlah,pada mulanya sangkaan Ina macam tak best je cerita naagin kali ini.Sebab nampak pelakon pun muka campuran,mix mat saleh.Dah macam bukan cerita hindustan pula.. 


Tetapi sangkaan Ina salah! Mujurlah jalan cerita dia menarik.Selain fokus utama cerita berkisarkan perebutan batu permata yang mempunyai kuasa (nagmani ) dan juga misi membalas dendam tak berkesudahan itu.Hahaha... papepun memang seronok ditonton,walaupun ada beberapa babak yang membosankan.


Antara babak yang membosankan bagi Ina adalah,mereka ni asyik berparti.Macam setiap hari pun ada.Haihh! Annoying betul. Pastu bab watak yang dah mati,mesti akan hidup kembali.Heeee,penat lah macam tu.Tapi best lah juga layan ni.. kalau tak,takde lah layan pagi,petang dan malam drama Naagin 3 ni kat youtube. 



Korang nak tengok drama Naagin 3 boleh ke youtube channel : COLORS TV



type='text/javascript'>