Urutan (Massage) Bagi Kanak-kanak ( melegakan sakit lenguh badan )


9:34 AM

Assalamualaikum..

Agak lama Ina dah tak mengurut keluarga tercinta.Maklumlah,ketiadaan masa nak berlamaan mengurut.Urut ni bukan sekejap tau ambil masa.Tetapi dalam video youtube  ni Ina urutkan Soffea hanya fokus pada bahagian belakang badan sahaja,jadinya ambil masa selama 4 minit sahaja.





Urutan kanak-kanak,legakan lenguh badan dengan berurut



Masalah Hernia 


 Dari kecil lagi,Soffea ni ada masalah bahagian pusat.Iaitu hernia sewaktu ia dilahirkan.Dalam usia beberapa hari dilahirkan,pusat Soffea bermasaalah.Simptomnya,Soffea akan membuang air besar secara tidak normal iaitu pada malam hari sahaja sebanyak 10 pampers digunakan dan pada sebelah siang,begitu juga.Jadi,memang tak normal lah..


Dari segi fizikal ketika itu,pusat Soffea agak terkeluar.Apabila ditekan masuk pusatnya,seakan berbunyi seperti belon yang dihujung tempat tiup tu.Errrr,mungkin terkenan kot.Sebab sewaktu mengandung Ina suka main tekan belon macam tu.Sebab bunyi kan,asyik lah duk menekan.Tak sangka pula,terkenan pada pusat Soffea.


baca sini : Kisah Soffea Hernia Pusat


Alhamdulillah,bila berusia hampir ke 4 tahun.Soffea seperti kanak-kanak normal.Usia dia selepas 44 hari dilahirkan,pusat dia kembali normal.Syukur sangat masa ni tau.Tak perlu buat operate bagi masalah pusat dia tu.




Berurut Jadi Rutin



Disebabkan Soffea ada masalah begitu,setiap bulan tubuh badan Soffea perlu di urut.Ini bagi melancarkan aliran darah dan juga sakit lenguh badan.Ehehehe,walaupun dia masih kecil.Tetapi tetap nak kena jaga.Sape tak sayangkan anak kan? 


Pada sebelah pagi,selepas mandi.Ina urutkan Soffea menggunakan minyak herba vco tu.Lega lah sangat Soffea tu.Sampai terlelap dia tu.Ehehehe.. 


Urutan ini,Ina fokus pada bahagian belakang badan sahaja.Sebab tuan badan yang request gitu.Mama selaku tukang urut,hanya menurut perintah sahaja.Kemungkinan dia sakit pada bahagian belakang,kita orang dewasa mana nak tau. Ikutkan nak urut satu badan tuu,tetapi kang panjang pulak video nanti.Heee,jenuh nak trim video.



Urutan ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja.


Ps: Maaf,video pecah sedikit selepas diedit.Hehehe.. 













Jom subcribe channel youtube : azlina ina

Follow di Instagram : azlina6861

Facebook : Ina.norazlina


2 comments:

  1. sofea ni mmg sjak kecik pp dia dh pau..hehe

    ReplyDelete
  2. anak-anak kecil kalau kita urut terutama kaki bukan main suka lagi. lenguh agaknya bermain, melompat, berlari semua

    ReplyDelete

Powered by Blogger.