Pengalaman Bercerai Susu


Nak berCERAI Susu |  Ikutkan memang sudah terlebih usia dia ni menyusu badan atau breastfeeding.Kali ini, anak yang bongsu bujang lelaki mama ni sudah pun memasuki ke usia 2 tahun 6 bulan pada bulan March 2019.Alhamdulillah..



Erkk,bila mak sendiri yang bertanya kan tentang status Furqan tu yang masih breastfeeding. Sebab jika boleh,nak Furqan atau Muhammad arif Furqan ( MAF)  berhenti sendiri menyusu badan.Hermmmm.





"Walaupun dah bercerai susu badan, anak anak kita masih perlu teruskan minum susu formula untuk memastikan badan mereka mendapat zat yang mencukupi. Rujuk sini untuk list brand susu anak yang popular di Malaysia."



Flashback Proses CERAI Susu 


Seingat Ina lah,anak sulung iaitu Sara breastfeeding pun ketika usia dia 3 tahun.Itu pun sebab Ina mengandungkan anak no 2.Hihii..Terlebih usia pula dia ni breastfeed ekk.

Ermm, tetapi ketika itu berhenti mengejut.Akhirnya Sara pula demam,sebab tak dapat menyusu.Puas juga lah nak berCerai susu.Pelbagai petua dah cuba,termasuklah meletakkan cecair sirap di breast.Ahaks! 


  Mental mesti kena kuat time ni.Hihihi~ maklumlah,anak buat drama airmata setiap kali dia tak dapat breastfeed tu.Pernah satu malam tu,Sara meraung menangis.Kesian sangat,terpaksa pisahkan dia tidur di bilik lain.Tengah malam tu,dia datang menyelinap masuk ke bilik.Keesokan paginya,nampak Sara tidur di hujung kaki Ina.Kesian kan? Tetapi sebelum tu,dah pujuk dia tidur dan upah susu sebelum masuk tidur.Minum dalam cawan jer.


 Lastnya,tokki dia pujuk Sara.Katanya,baby kat dalam perut mama.Barulah Sara tak menyusu dah.




CERAI Susu dengan Serbuk Nescafe 


Anak no 2 pula,bercerai susu dengan NESCAFE.Hihihihi.Bunyi macam pelik.Bukan lah Ina bagi anak minum air nescafe yer.Tetapi  dengan cara menyapu serbuk nescafe yang telah dijadikan paste keatas nipple tu.Heeee.Yupp! Kelakar ke? 


  Dah nak mencari batawali tak tahu dimana ketika itu.Makanya,serbuk nescafe pun jadilah.Sebab ia bersifat pahit. Hari ke berapa entahlah,tak pasti sangat.Akhirnya Nur Wardina Soffea give up untuk breastfeeding.Ahaks! Misi berjaya juga. 



Tahun 2019 BerCERAI susu Furqan 



Kali ini, Ina tak guna mana-mana petua.Cuma,setiap malam jer.Selalu bisikkan di telinga Furqan supaya berhenti menyusu badan.Dan lain-lain lagi,duk berbisik di tepi telinga semasa dia tidur malam.

  Sekarang dah hampir nak berubah.Bila Ina pelawa untuk breastfeeding.Dia dah tak mahu.Siap cakap, "Eeeeeee,,,uwekkk".. Hahahaha. Apa nak kata lagi? Siang dah tak berani minta untuk breastfeeding lagi.Malahan,baru-baru ini pun semasa di dalam pawagam pun dia tak nak breastfeeding dah.Ina hanya tepuk je punggung dia untuk tidur.Tidur malam pun sama,sebelum masuk tidur.Ketiga-tiga anak Ina bancuh susu dahulu.Mereka minum dalam cawan sahaja.



kids,parenting,anak-anak,cahaya mata,zuriat,adik beradik,children
Anak-anak ,kids













type='text/javascript'>