Assalamualaikum



Hari jumaat baru-baru ini,sangat lah sakit kepala.Sakit kepala disebabkan masalah silau mata asalnya.Sempatlah Ina siapkan satu tutorial bagi meredakan sakit kepala tu di channel youtube azlinaina


Tak dinafikan,selain kita mengamalkan makan supplement dan ubat ubatan.Urutan juga dapat mengurangkan kesakitan 



Urutan ini sangat mudah dilakukan.Korang cuba perhatikan di  mana point-point penting yang Ina fokuskan itu bagi masalah sakit kepala.Urutan ini hanya fokus kepada muka sahaja.


Terpulang samada ingin menggunakan apa untuk melancarkan urutan ini pada muka. Seperti Ina sendiri,Ina tak letak sebarang minyak pada muka yer.Ikut keselesaan masing-masing yer.





urutan sakit kepala,teknik urutan dengan betul,massage,headache releif




Langkah demi langkah urutan bagi memulakan urutan meredakan sakit kepala  



1. Gunakan 2 jari telunjuk dan letakkan di dahi.
Mulakan di dahi dengan letakkan 2 jari telunjuk seperti video,posisi 2 jari itu menarik ruangan dahi tengah ,tarik keluar.Lakukan sebanyak 3 kali.

2. Dengan menggunakan kedua jari telunjuk tadi,tolak ke bahagian point tepi mata secara keluar. Iaitu ke bawah kantung mata.

3. Dari tepi hidung dan tolak keluar.

4. Kawasan atas bibir pun,ulang lakukan seperti langkah 2,3, dan 4 diatas.

5. Kemudian di bahagian dagu pula,urut sebanyak 2 kali  dan tolak keluar  dan urutan naik ke bahagian rahang pipi.( Tak faham,boleh rujuk video di bawah )

6. Di bahagian pipi pula,tolak keatas sebanyak 2 kali.

7. Tolakkan dengan menggunakan 2 jari telunjuk tadi,dari bahagian tepi mata ke bawah kantung mata.Tarik biar ia tegang.

8. Okay, point penting seterusnya ialah di bawah dagu. Sila gunakan jari telunjuk yang di bengkokkan ( seperti dalam video durasi ke 0.51 saat ).

Jika korang ada banyak angin,memang akan keluar ataupun seolah terasa nak sendawa. Ulangi sebanyak 5 kali urutan dibawah dagu yea.Urut menggunakan seperti yang Ina bagitau kat no 8.

9. Bahagian hidung pula, urutan membulat dengan menggunakan kedua jari telunjuk kiri dan kanan hidung.

10. Urut di bahagian batang tepi hidung seperti video.

11. Tolak di bahagian batang tepi hidung dan tolak ke tepi serta naikkan urutan tadi ke pipi seterusnya ke bahagian tepi mata. ( rujuk video )

12. Dengan menggunakan 2 Jari telunjuk iaitu kiri dan kanan telunjuk urut secara membulat sebanyak 10 kali.

13. Ulangi langkah 2,3 dan 4 tadi.



Okay, untuk langkah seterusnya.Lebih baik korang rujuk terus video tutorial di channel youtube Ina ni yee. Sebab kalau nak taip nanti,korang tak faham.Payah pula..


Selamat menonton! .. diucapkan ribuan terima kasih kepada viewers sekalian.







Segala komen  mengenai tutorial ini,boleh komen di video tersebut. Dan bagi korang yang nak request tu,boleh juga komen di situ.



Jangan lupa subscribe channel youtube : www.youtube.com/azlinaina