Kancil dah siap TINTED! Nampak smart pula




Kereta dah tinted Alhamdulillah,akhirnya bertinted (cermin gelap) juga kereta kancil yang Ina gunakan ni.Ahaks! 


 Belum sampai seminggu lagi kereta kancil yang Ina gunakan setiap hari hantar dan ambil anak dari sekolah tu.Syukur! Ikutkan,memang tak perlu pun. Tetapi disebabkan Ina ni mempunyai silau mata.Makanya,suami pun segera hantar ke kedai untuk di tinted.


 Pandangan pertama selepas suami bawa kereta kancil ni balik? Sudah tentu lah gembira tak terkira.Ehehehe.. rasa nak melompat bintang pula dah. Seronok sangat sebab kereta dah nampak macam baru.Ehh, silap. Bukan nampak seperti baru,tetapi nampak la sedikit smart kereta tuu.



kereta kancil,kereta kancil auto,tubo kancil,tinted
Kereta kancil auto




Flash back ketika zaman bercinta sekitar 2009


 Errrr, tiba-tiba teringat kisah zaman bercinta dulu tau.Hihihih.. kalau korang nak tau,kereta kancil ni lah yang menjadi lambang cinta kami.Walaupun suami pernah suarakan nak jual kereta kancil ni kan,tetap sayang nak jual.Huhuhu.. kenangan terlalu banyak disitu.


Baca sini : Diintai JODOH!


 Ini lah kereta pertama suami ketika itu.Susah payah bersama dengan kereta kancil.Keluar dating,brake tak makan semuanya dengan kancil purple ni tau.Hahaha.. 


  Kancil ni juga,buatkan Ina nyaris nak putus hubungan dengan suami.Mana tidaknya,kancil dengan kuasa turbo L2.Adeii,memang taubat dah nangis-nangis tak mahu naik lagi kereta turbo ni tau. Jantung semua macam nak tercabut masa duduk di seat sebelah driver. Tapi seronok juga sebenarnya.. ahaks! 




 Selepas berkahwin..



Kancil tu dah di cabut enjin turbo kepada enjin asalnya.Sedih pula. Tapi kalau tak cabut enjin turbo tu,agaknya memang tak pandai lah bawa kereta sampai sekarang.Hihihihi...


  Enjin pun dah ditukarkan kepada automatik,bukan lagi manual.Sempat 5 kali sahaja gunakan manual.Kos tukar manual ke automatik enjin pun lebih kurang menelan belanja hampir 2 ribu ringgit. Jenuh nak cari enjin lagi..




Ehh,,terlebih flash back lah pula. Akhir kata, bila dah bercermin gelap ni.Seronok lah sikit.Kereta tak terlalu panas,aircond tu macam kuat sedikit rasanya.Ada kaitan ke erk?? Okay,lepas ni nak beli HKS pula jika ada wang tabungan lebih.





type='text/javascript'>