Objek Pelik Dalam Hidung Soffea




  Objek pelik dalam hidung Soffea | Patutlah mata kiri asyik berkedip sahaja start dari khamis. Orang tua cakap,benda buruk nak terjadi.Eh.. kalau korang tak percaya,jangan percaya.Dengar jer lah cerita dan pengalaman Ina ni.


Allah berikan deria istimewa kepada Ibu


  Selepas menunaikan solat zohor semalam, terdetik di hati nak cek telinga Soffea.Memang setiap hari jumaat akan check kuku samada panjang atau pun tidak.Selain itu, telinga pun dalam senarai rutin pembersihan anak-anak.


 Selepas telinga sudah dibersihkan.Kuku dah siap potong pendek,kini tiba kawasan hidung pula.Bila Ina nak check hidung Soffea,baru jer sentuh sikit.Soffea sudah mengalihkan kepalanya yang sedang berbaring di atas peha Ina.


Ina : ( dalam hati,kenapa pula dia ni ..)

Soffea :  Tak nak mama (sambil menangis).

Ina :  ( Pelik sangat budak ni sambil berseloroh dalam hati ).


 Dengan kadar segera,Ina sempat tangkap Soffea.Dan alangkah terkejutnya,sesuatu bersinar didalam hidung.


Belek hidung dia.Tak puashati,takkan tahi hidung kot yang bersinar.Setelah diamati,Ya Allah! Ini biji mutiara shawl yang Sara gunting.


Menggigil ketakutan dan panik



  Bila situasi macam ni,Ina dah mula panik.Tangan dah menggigil ni.Mujurlah suami baru pulang dari solat jumaat.Jika tak,tak tahu lah macam mana.Sebab tangan dan kaki Ina dah mula menggigil.Dalam kepala dah macam-macam fikirkan tentang Soffea.Kalau drive ke klinik ni,tak tahu lah macam mana kan?

 Menjerit Ina masa tu tau.Panggil suami suruh sahkan samada betul atau tidak apa yang Ina nampak pada lubang hidung Soffea itu.Suami dengan pantas,bergegas bawa Soffea ke klinik.


 Setelah hampir sejam berlalu.Soffea pulang dengan muka tersenyum bersama sebungkus pisang goreng.Alahai anak,memang menguji betul lah awak ni.Hadiah awak ek,sempena ulangtahun kelahiran pada hari kelmarin.Mama belum lagi belikan hadiah,tetapi kamu sudah dapat hadiah awal.


kanak-kanak, kecuaian ibu bapa,penjagaan anak
Soffea dan Furqan




Soal siasat anak



 Jenuh lah juga soal siasat Soffea yang berusia 4 tahun tu.Namun tiada jawapan yang tepat.Tetapi apa yang Ina perasankan,Soffea macam tersumbat hidung kelmarin.Dia benafas macam tak lepas.Hmmm,apa-apa pun syukur sangat.Takde sebarang kecederaan serius berlaku.Alhamdulillah.

 Kini shawl penyebab segalanya telah berjaya dibuang.Dah tak selamat,erm.terpaksa lah dibuang.Tak nak lagi merisikokan anak-anak.





type='text/javascript'>