Ikan Masin Talang,Menggamit memori




 Ini adalah lauk ikan masin,lauk orang susah.Tapi itu satu masa dahulu.Zaman kini,tak tahulah.Ermm,mungkin ada orang-orag kampung jer yang makan lauk ikan masin ini.


 Ini adalah kali pertama Ina masakkan lauk ikan masin ni sepanjang 9 tahun perkahwinan.Sehinggakan anak-anak kehairanan.Tanya Sara,Mama,ni  ayam ke? Ahh,sudahh! 

  Sebab setiap hari,suami belikan ikan,udang,sotong dan ayam.Bukan apa,Ina rindu sangat tau.Iye,memang akui,Ina dari seorang yang susah.



Mengimbau kembali berlaukkan Ikan Talang



  Bila makan ikan masin talang ni,memori berlegar di fikiran.Teringat dulu-dulu,zaman kanak-kanak.Mak masakkan lauk ikan masin ni lah.Lauk standby,tengah sesak.Menghitung gaji waktu itu.

 Walaupun ketika itu berlaukkan ikan masin talang goreng dan talang masak pedas.Percayalah,memang berpinggan asyik menambah.Heaven betul lah masa tu.Hihihi.. Mak masakkan,iyerlah.Darjah 5 kot.Mak tak percaya lagi nak biarkan Ina memasak.Hahaha.Tugasan Ina waktu ini hanyalah memasak nasi aje.



ikan masin talang,cerita ikan masin,ikan talang
Ikan talang


Ikan talang ni beli di kedai,RM 6 jer.Banyak lah juga untuk saiz itu.iNA SENGAJA PILIH yang ada tulang sekali.HIhihi~ Simpan untuk bulan puasa nanti.Suami memang takkan makan Ikan masin,risau tekanan darah tinggi dia naik.


 Sewaktu zaman remaja pula,setiap hari Isnin memang mak pesan beli di pasar malam.Buat stok..untuk tengah bulan katanya. 



Takkan lupa asal usul



Yup,setiap hari.Memang akan Ina ingatkan anak-anak yang mama dia pernah susah satu ketika dahulu.Iskhhh~ 

 Banyak juga lah pengalaman Ina dulu-dulu.Menetap di rumah papan.Siap runtuh lagi,rumah papan kami dihempap pokok kelapa.


 Sentiasa Ina ingatkan anak-anak supaya jangan menghina mahupun mengejek apatah lagi pandang geli dengan mereka yang berkemampuan.Sekarang ni pun,Ina bersyukur (walau takde kereta mewah pun,memadai lah kereta second hand) menumpang rezeki anak-anak dan perkahwinan kami.Alhamdulillah..






type='text/javascript'>