GERD dah tak menyerang lagi. Ini petuanya

GERD adalah gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut atau ada kala kandungan perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus (laluan antara mulut dan perut).

 

Serangan GERD berlaku 



Tahun 2014 ketika itu suami diserang Gerd. Ya Allah, rasanya nak gugur jantung. Pada masa itu Ina sedang mengandungkan Soffea. Dengan perasaan sedihnya, Ina menemankan suami bersama mak mertua ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Suami dikejarkan ke Zon Merah iaitu zon kritikal.Tiba-tiba juga teringatkan arwah pak mertua dikejarkan di zon merah juga sebelum habis nafas. Ketika itu hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan seorang isteri yang sedang mengandung dan mempunyai seorang lagi anak yang masih kecil. 


 Memang serangan Gerd kali ini agak membahayakan. Suami sesak nafas. Berpeluh badannya.  Sambil suami asyik mengatakan dia hidup last day pada hari tersebut. Yang paling menyedihkan hari itu juga segala wasiat telah diceritakan bawa segala nama telah ditukar kepada anak-anak dan Ina. Memang sedih sangat ketika itu.


 Agak lama menanti di Zon Merah, doktor bertanyakan samada  merokok ataupun tidak. Sebab simptom seperti serangan jantung.Lengan sebelah kiri kebas dan leher mengalami kesakitan.Maka prosedur pemeriksaan jantung , bacaan tekanan darah diambil. Dan ketika itu bacaan tekanan darah memang tinggi 190/90 (Iyelah kan, tengah sakit dan panik. Bacaan pun mendadak naik)


 Setelah selesai pemeriksaan dilakukan. Bacaan jantung normal. Cuma doktor bekalkan ubat gerd dan ubat darah tinggi. 



Berpantang Makan


Setelah mempunyai pengalaman di serang Gerd, Suami berpantang makan. Tak makan lambat, makan pagi tak skip dah. Dah tak makan sayur yang berangin lagi. Dan makanan pedas dikurangkan. Jika dahulu, suami memang hantu sambal belacan. 1 mangkuk habis dia bedal seorang. Dan makanan segera di kurangkan juga,jika dahulu setiap minggu boleh dikatakan pengunjung setia ke restoran makanan segera.Huhuhu.. 


Artikel lain : 9 Langkah hilangkan sakit kepala sebelah kanan melalui urutan


Cara elakkan Gerd dari berulang 


Makan lebih kerap. 



Salah satu punca peningkatan asid dalam perut adalah pola makan tidak teratur. Oleh itu, cuba makan setiap hari. Di samping itu, anda juga dinasihatkan agar tidak makan dua jam sebelum tidur kerana ia boleh mencetuskan asid untuk menenggelakkan tekak anda semasa tidur.

Elakkan snek antara makanan . 

Tabiat ini boleh membuat sukar untuk penghadaman untuk mencerna makanan yang terlalu banyak. Akibatnya, tubuh memerlukan masa yang lama untuk mencerna makanan.

Perhatikan bahagian makanan.

 Satu lagi cara untuk menangani asid perut ialah dengan memberi perhatian kepada bahagian makanan. Sebabnya makan sebahagian besar boleh menyebabkan refluks. Untuk mengelakkan kelaparan, anda perlu makan lebih kerap tetapi dalam bahagian yang lebih kecil.


Chew makanan dengan betul. 

 Walaupun ia kelihatan remeh, ini penting untuk diperhatikan. Sebabnya ini dapat membantu proses pencernaan enzim dan mencerna makanan lebih mudah dengan itu mengurangkan risiko peningkatan asid gastrik atau memperburuk gejala GERD yang anda alami.


Elakkan minum terlalu banyak air ketika makan. 

Minum terlalu banyak air di tengah-tengah makan boleh mencairkan asid di dalam perut dan membuat makanan yang anda makan lebih sukar untuk dicerna.


Petua merawat Gerd:



Sedar dalam tak sedar, last suami terkena serangan Gerd paling teruk pada tahun 2014 dan sehingga kini tahun 2019. Suami dah tiada lagi terkena serangan Gerd. Alhamdulillah.. ubat hospital memang dah tak makan lagi. 




Setiap pagi suami hanya amalkan minuman air limau kasturi
 sahaja. Dikuti malam juga segelas air limau kasturi. Alhamdulillah, tiada lagi serangan Gerd berlaku. Sebelum ini amalkan pelbagai petua semuanya tak serasi dan yang terbaik adalah limau kasturi. Harga pun murah. Dan mudah didapati, kini Ina sendiri tanam pokok limau kasturi tu tau.Berbaloi tanam sendiri dalam pasu.Oh yea, bersenam pun jangan lupa yea. Yang ni janganlah skip dalam kehidupan.




cara merawat GERD, petua gerd, makanan untuk pesakit gerd, bebas gerd dengan bahan buah tempatan



type='text/javascript'>