Pada Suatu Malam..



Terpaksa kena cerita juga lah pengalaman ni.Errr,nak mula dari mana ekk?  Apa yang pastinya macam seram lah sedikit. Penampakan gitu, pada malam Sabtu baru-baru ini.


 Kami sekeluarga keluar makan selepas maghrib jam lebih kurang 8.15 malam. Dah keluar rumah, patah balik pula ke rumah.Suami terlupa nak ambil barangan yang dia nak jumpa kawan malam tu. Dah 10 minit membazir.Huhuhuk..


kisah seram,perkampungan bunian,lokasi kemalangan di beserah, lokasi beserah




Jam 9 malam juga kami sampai ke Restoran yang kami tuju tu setelah berhenti isi minyak dan keluarkan duit.Malam tu juga kebetulan tekak rindukan masakan Mee Tomyam Restoran ni. Kuahnya yang pekat dan pedas,itu yang buat Ina repeat ke Restoran ini,di Semambu.


 Lebih kurang jam 10.30 malam, kami beredar dari Restoran tersebut. Ehh,lupa pula Restoran tu nama apa.Tapi di tepi jalan jerlah.Ada pokok lampu-lampu macam pokok krismas haa.Jika tak silap berhadapan stesyen minyak di Semambu,Kuantan.


Singgah ke Bandar Kuantan. Suami nak berjumpa dengan kawan dia. Lama lah juga, bila orang laki ni bersembang. Boleh tahan juga,apalah yang dibawangkan tu sampai lama sanngat kami anak-beranak menunggu dalam kereta. 


Kemalangan Meragut nyawa


Jam 11.15 malam barulah gerak balik ke rumah. Dan bermula lah kisah seram.Dalam perjalanan balik tu, memang lah jalan utama melalui satu jalan yang berhadapan semak samun. Corner disitu memang  sedap jika bawa laju. Kebanyakan kereta dan motor yang melalui jalan tersebut akan memecut. 


 Dan jika nasib tak baik.Boleh mendatangkan kemalangan disitu. Banyak kemalangan yang meragut nyawa disitu. Pernah dengar satu kisah kemalangan kepala putus dari pada badan.Yang paling menyeramkan adalah waktu malam ia menganggu pekerja stesen minyak yang bekerja shif malam. Siap bawa kepala lagi tu.Huhuhuhuk..


Perkampungan Bunian,Beserah


 Untuk pengetahuan korang,aluan yang kerap kemalangan itu adalah penempatan orang bunian.Orang-orang lama di Beserah sahaja yang tahu akan cerita tersebut.


 Berbalik dari kisah Ina pula. Mata Ina dah nampak sebenarnya benda putih dari jauh. Tetapi buat tak tahu jerlah,kot kain banner kan? Yang terselit. Dan yang paling menyeramkan, dah lah melalui depan benda putih tu.Suami bawa slow lah pula.Jadinya, memang nampak lah apa benda putih tu. Menggigil lah sekejap. Mujurlah benda putih tu duduk mencangkung,tak nampak sangat.Benda tu membelakangi. Kalau tidak, haihhh. Tak tahulah.


 Sesudah sampai ke rumah. Lebih kurang 10 minit, Ina terasa perut memulas sakit sangat. Dan secara tiba-tiba ada bleeding, yerlah perut Ina masih tak kuat lagi di awal mengandung kali ini.Alhamdulillah, nasib tak berlarutan sampai ke pagi esok.







1 comment:

  1. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.