Gelagat Anak kucing Siam

kittens siam, anak kucing siam makan apa? , kucing siam bulu pendek, kucing siam bulu panjang
Cakkk!! Haii,saya kucing siam kesayangan tuan 


Alhamdulillah, anak-anak kucing siam yang Ina pelihara dahulu kini sudah membesar dengan sihatnya. Umur mereka sudah memasuki 2 bulan.


Kittens siam ni baru beberapa hari sudah pandai makan. Sedikit lega apabila kittens ni sudah pandai makan.Alhamdulillah. Bukannya apa, pernah satu hari tu. Kiki si ibu kucing tak mahu masuk sangkar, dia lari je daripada kittens ni.Kesian tau.Dahlah ketika ini kittens bergantung sepenuhnya menyusu badan si ibu. Tak tahu lah apa sebabnya dan  mengapa si Kiki layan anak-anak macam ni. Takkan nak mengawan lagi kot??  Ina yang geram tau, nak jer pass ke tuan baru si ibu ni.


Makanan Kucing Siam 



Kittens ni semuanya ada 4 ekor. Alhamdulillah, semuanya hidup semasa dilahirkan oleh si ibu Kiki. Dan kini kittens ni semua pandai makan. Seronok sangat tau. Kittens ni makan 2 kali manakala si ibu pula 3 kali sehari dia makan.


Seminggu sekali Ina akan ke pasar ikan di Beserah tu bagi membeli stok ikan segar untuk kucing siam kesayangan. Ikan yang digunakan adalah ikan selayang. Ikan selayang direbus serta dihancurkan bersama nasi. Untunglah kucing siam ni semua. Nasi pun guna beras FAIZA tau. Hahaha~ Dah kebetulan di rumah ni gunakan beras FAIZA. 


Kittens ni bukan semata makan nasi digaulkan bersama ikan selayang jer.Dry food juga ada diberikan. 


Waktu makan si ibu kucing ni pula adalah jam 11.30 pagi atau waktu tengahari. Waktu Ina memasak di dapur, time ni juga lah dia asyik mengiau minta makan.Hihihihi~ dah macam orang pula kan? Asyik mengiau aje di dapur. Kadangkala geram lah juga, Ina nak memasak untuk tengahari kami seisi keluarga.Dia sudah tak sabar lagi. Iyealah nak masak nasi lagi, kucing ni pun bukan makan ikan saje,nak digaulkan bersama nasi juga. 

Kittens ni pula tak kisah makan jam berapa pun. Tetapi kebiasaannya selepas waktu makan tengahari kami,barulah turn kittens ni pula. Nak bagi makan pada kittens ni pula, kena masukkan si ibu ni ke dalam sangkar tau. Sebab si ibu ni pun tamak juga. Sudah diberi makan, nak juga habiskan makanan kittens. Huiii~ geram betul dengan si ibu kucing ni tau. 



Gelagat kittens  siam 


Gelagat kittens ni paling mencuit hati. Masing-masing ligat. Pantang betul bila keluar dari sangkar. Bertempiaran lari.Eheheh~ Waktu bermain kittens ni pun tak lama mana,sebabnya Ina tak larat nak tunggu. Sakit pula perut Ina yang sedang mengandung ni asyik duduk bersila di lantai sambil memerhatikan gelagat kittens ni bermain. Kittens ni berlari, melompat serta suka sangat menyorok di celah tayar kereta kancil. Hihihi~ itu baru sikit tau.


Yang paling part meletihkan Ina adalah semasa nak masukkan kittens ni ke dalam sangkar. Yang dalam gambar atas tu ialah Pikachu,kucing kesayangan anak lelaki Ina. Paling susah nak masuk dalam sangkar tau.Jenuh kena kejar  asyik menyorok saja. Pikachu ni paling suka selfie.Nak snap gambar jer, dia duduk diam.


Pikachu ni macam manja sikit, waktu makan dia nak suap. Jika tak bersuap, pikachu tak makan nasi yang digaulakn bersama ikan tu tadi. Tak tahu lah samada kucing ni buta.Hurmm,takkan kot ek. Bermain dan bergusti boleh jeee.Takkan dia buta time nak makan kot. Dan jari Ina ni lah juga jadi mangsa pikachu.Sakit tau kena gigit. Gigi dia dah mulai tajam. 


Okaylah korang. Ini sahaja cerita Ina mengenai gelagat kittens siam yang Ina pelihara ni. Cukup lincah dan bertenaga. 


Nah, belanja sedikit gelagat kittens siam ni..Di channel youtube  Ina . Sorry yea, tak clear sangat kualiti. Tak guna kamera,tak sempat nak keluarkan sebenarnya. Aktiviti spontan.








Catat Ulasan

3 Ulasan

Ana Jingga berkata…
comeinyaaa :)
Dunia Zumal berkata…
Alahai cute la kucing siam ni
ina berkata…
haah, cute dan lincah.