ZOMEI 18' LED Ring Light : Beli untuk lighting cantik jee



Semalam on the spot, beli ring light.Opss! Tulah suami Ina, mula plan berkelah bagai. Akhirnya selepas makan tengahari tu singgah MegaMall.


Ehh, dulu pemikiran Ina ni kat situ jer. Sebab fikir, bila LED ring Light ni untuk MUA jer pakai. Erkkk, rupannya bukan lah. Untuk cantikkan video sebenarnya. Nampak lagi jelas dan cerah hasil video tu. 


Sebenarnya, props Ina selalu jer tak cukup untuk lakukan video dan gambar tau. Kadang tu, lighting tak cantiklah, malap. Video jadi sedikit hambar lah. Lampu bilik yang Ina gunakan di bilik tengah tu.. pencahayaan tak begitu memuaskan,walaupun bilik tersebut dicat warna putih. Entahlah, kadangkala boleh spoil mood tau. 


Akhirnya pada hari Ahad bertarikh 13.10.2019 ( mestilah kena catat tarikh beli ni kan.. untuk memory) dapatlah satu ring light bersaiz 14'. Besar tak agak-agak korang? Pada mulanya Ina berkenan betul dengan lampu siap ada kipas tu. Didatangkan sekali bersama pembias cahaya. Dan Ina pun keliru waktu itu tau. Yealah, Ina ni mana nak ada pengalaman dalam bidang begini. Apa nak guna dan apa untuk jadikan video dan gambar diambil tersebut nampak cantik.



Bila bertanyakan salesman di situ. Salesman berikut recommend yang berharga RM 1039 (jika tak silap brand GODOX) . Giler tak? Iyealah. Salesman tu ada tanya nak guna untuk apa. Terus terang jerlah bagitahu untuk lakukan video review. Itu yang salesman berikut recommend yang ribu terus.Katanya nak guna lamakan? Hihihiks.  Erkkk~ Ingat Ina ni produksi ke? Nak kena angkut yang mahal pulak dahhh. Terkejut tau..


Ada yang harga pertengahan tu, RM 500 lebih.Rasa macam nak ambil ni.Tetapi tidak datang sekali bersama stand. Ohoiiiii~ menangis airmata darah lah nak oii. Dengar macam tu pun, rasa nak lari keluar laju-laju  dari kedai tersebut. Hahahaha. Pastu sempatlah tanya yang harga murah sedikit. Dan salesman tersebut recommend kepada Ring Light. Alhamdulillah, kalau yang ni memang mampu beli lah daripada tadi tu. 



LED RING LIGHT ZOMEI 




RING LIGHT review, review ring light zomei, 18 inci ring light
RING LIGHT ZOMEI 18 Inchi 




LED RING LIGHT dari Zomei akhirnya menjadi pilihan Ina. Sebab pilih yang ini pun kerana ia didatangkan bersama stand.Okaylah.. lepas ni nak buat video pun nampaklah cerah sikit kulit. Ahaks~ dan tak perlu sangat nak mekap tebal pun.Huhuhuhu~ 



testing ring light di kedai, Review ring light , LED RING LIGHT
Sebelum beli testing dulu,, ehhh. Alaaa, LED ring light ni buat habis nampak muka Ina yang tak touch up ni.. erkkk




LED RING LIGHT ni masa beli tak diajar pun cara pasang.Memang bernasib baik baiklah ada tutorial di youtube. Jadinya, pasang ikut tutorial lah.Alhamdulillah.. selesai pasang tu. Terus testing .. 




Harga ring light besar, LED RING LIGHT harga, review harga ring light zomei, zomei ring light
Harga LED RING LIGHT ZOMEI 


Bila suami tengok harga Ring Light ni, terus dia cakap. Wahhh,, sanggup beli ek harga macam ni? Ina? Ehehehe, yup. Bukan selalu pun nak cuci poket ni. Untuk jangka panjang job ayang juga ni. 

Oh yea.., LED RING LIGHT dari ZOMEI ni berharga RM 299. Beli secara spontan pun adalah disebabkan ada job untuk video. Jadinya, terus sambarlah satu unit ni.Dengan menggunakan wang simpanan, dapatlah beli satu. Orang kata mengumpul sikit-sikit jer dulu untuk props. Tak rugi pun sebenarnya beli ni semua, ia adalah satu pelaburan jangka panjang Ina dalam bidang blogger. Memang tak rugi langsung. 


Spesifikasi LED RING LIGHT ZOMEI

  1. mempunyai 4 tombol untuk laras ketinggian serta ketatkan stand agar tidak longgar supaya ia berdiri kukuh.
  2. Adjust ketinggian stand adalah sehingga 5 kaki stand. Tinggi kan?
  3. Ring Light bersaiz 14 Inchi.
  4. Brightness mempunyai 4 kawalan pencahyaan : Low, medium, separa medium dan paling terang. 
  5. Mempunyai cord sambungan wayar. Plug In 2 pin
  6. Mempunyai holder untuk letak smartphone di ring light ini.
  7. Ada warranty untuk LED RING LIGHT ini. 
  8. Terdapat beg yang sangat cantik. Kalau nak bawa ring light ni pun mudah sangat. Seperti beg bimbit gituu.


Belakang Ring Light, zomei ring light, Lighting ring light, adjustable brightness ring light
Adjust brightness di tombol kiri bahagian




kotak zomei, zomei ring light, Ring light
Besar juga LED RING LIGHT dari zomei ni yee





Bila sudah ada LED RING LIGHT ni, rasanya okaylah sedikit. Jadinya, bolehlah sambung buat tutorial lagi dan lagi di channel youtube : azlinaina


Ingatkan nak tambah microfon jenis berbulu tu.Tapi rasa macam mahal lah pula, hihi. next time lah pula beli yang tu.


Setakat ini amat berpuashati dengan LED RING LIGHT ZOMEI ini. 

Catat Ulasan

4 Ulasan

Fieza Sani berkata…
laa..tak terpikir ring light ni untuk cntikkan video gak..adeh..selama ni duk ingt untuk blogger/vlogger mekap buat video...
Dunia Zumal berkata…
Rasanya Zumal pun kena beli satu ni
ina berkata…
sila beli ring light please.. hihihiks
ina berkata…
kannn? berbaloi lah beli ring light ni pun. Dapat hasilkan video / gambar yang terang. Lighting cantik la sikit dari biasa