Persiapan Baby 2020 |  Sekejap sahaja waktu berlalu. Hari berganti hari, tup-tup sudah ke penghujung 2019. Ini bermakna tak lama lagi Ina dah nak bersalin. Tetapi due date pada bulan March 2020. Persiapan baby pun masih belum neli lagi.


Selepas menyelesaikan kerja-kerja memasak untuk makan tengahari semalam. Terdetik di hati ni nak check baju-baju baby boy Furqan lama dulu. Hampir kebanyakan sudah tidak boleh digunakan lagi. Bermakna kena lah keluarkan modal sikit bagi menyambut baby boy ke-4 ini pula. Yup, kali ni betul-betul confirm kandungan ke- 4  adalah baby boy. Details scan pun sudah dibuat sememangnya jelas nampak pistol dan telur.Hahaha. Alhamdulillah, cukuplah mempunyai anak 4 orang ( 2 lelaki dan 2 perempuan ). 


Bila diperiksa barangan keperluan baby dan mama nak bersalin nanti. Banyak lah juga nak kena topup barang ni nanti. Antaranya barut baby, bengkung Ina, set mandian baby , minyak angin mama dan baby, set bersalin serta towel baby. 










Bila di geledah almari pakaian baby, banyak romper baby perempuan. Yang ni je sehelai baju baby boy. Sebab tak sangka nak dapat baby boy dulu masa kandungan ke - 3. 


Bengkung Ibu Bersalin 



Yup, bengkung ibu bersalin ni sangat penting tau. Ina bersalin dari anak pertama sehingga ke -3 memang gunakan bengkung. Dan bersalin ke- 4 pula memang nak kena cari satu. Sebabnya bengkung dahulu sudah ada, cuma kualiti kain pula tak best. Jadinya ketika berbengkung, dia lari. Haihhh~ akibat dari insiden tersebut. Rasa kecewa sangat tau. Bengkung yang digunakan itu tidak kemas. Jadinya perut dah jadi sedikit menggeleber. 


Kali ini, Ina akan cari bengkung lilit jawa lah. Yang mana ia sangat kemas lilitan. Sebab anak pertama sehingga ke -3 gunakan bengkung lilit jawa. Sedap betul masa tu perut kemas diikat.Sangat selesa. Jadinya perut jadi kempis. Boleh kembali ke saiz pinggang yang asal. Saiz pinggang dari bujang sampai sebelum mengandung  tetap tidak berubah iaitu 27. Alhamdulillah.. Bagi Ina yang part ni paling penting tau. Bengkung tu boleh cover part perut dan pinggul. Itulah yang kaum wanita mahukan. Betul tak?




Barut Baby 



Kali ini, barut baby pula bakal di jahit oleh mak. Barut yang lama sudah ada. Tetapi kecil pula. Hmm, nanti guna beberapa hari dah tak boleh gunakan lagi. Cadangnya nak beli secara online sahaja.Tetapi mak pula dah offer nak jahitkan, jadinya terima sahaja.Kang merajuk pula mak Ina tu. Excited betul mak Ina tu tau, macam lah nak sambut cucu pertama. Adehhh.. sabar jerlah. 


Barut baby kali ini, nak minta mak jahitkan sedikit besar. Biarlah sampai boleh digunakan sehingga baby berumur 4 bulan. Anak pertama dulu guna sekejap je barut hanya beberapa minggu dalam pantang,lastnya baby jadi perut buncit. Kesian pula tengok.. 


Set Mandian Baby 



Yang ni kebiasaannya beli masa dah hampir  nak bersalin. Tetapi kelam kabut lah. Dengan tak larat nak berjalan lagi tu. Biasa beli brand di pasaraya sahaja. Tetapi kali ini nak cari secara online sahaja. Banyak brand yang menarik perhatian. Tetapi kalau boleh nak yang organik dan mesra guna oleh baby.

Minyak Sapu


Minyak sapu ni pun penting tau bagi ibu dan baby. Minyak sapu untuk ibu bersalin sangat perlu. Kiranya item penting. Tapi tak boleh bawa ke hospital pun. Paling best sapu pada betis dan tapak kaki. Dulu kenal brand Afiat je. Afiat minyak panas. Semasa bersalin kali ke -3 hampir bentan. Menggigil satu badan.Mujurlah cepat sapu minyak panas tu dan urut. Kalau tak, habis bisa- bisa badan ni.



Minyak baby ni Ina gunakan balm sahaja. Sapu pada belakang badan baby dan sekitar tapak kaki baby supaya baby tidur nyenyak. Lakukan urutan manja sahaja pada baby tu.


Batu Bertungku


Bertungku bagi Ina sangat penting bagi ibu selepas bersalin. Banyak angin dapat di keluarkan dari badan. Badan pun ringan selepas bertungku. 3 tahun yang lepas, silap pula beli batu bertungku di kedai. Adehh, tak tahu lah berap berapa,agaknya 1.5kg kot. Berat tau besi tu. Sudahnya jadi malas nak bertungku. Berdasarkan pengalaman bersalin anak no 1 dan 2 dahulu, batu sungai menjadi pilihan. Hmm, okay. Kali ini Ina nak cari dalam online sahaja. Batu sungai memang puashati. Panas pun lama batu tu dapat bertahan. 

Set Bersalin 


Set bersalin masih lagi tercari untuk bersalin kali ini. Hmm, sebabnya setiap kali bersalin tak makan set lengkap bersalin. Baby jaundice. Paling lama baby ke-3 dahulu. Sebulan juga kuning, habis berpantang pun masih kuning lagi.Tetapi nasiblah tiada masalah baby tu.

Hari tu pun hanya minum air simpang kederam, dan air kunyit bagi masalah dalaman tu. 



Sekarang ni pula asyik terfikirkan nak cari tukang urut bersalin. Tok Ina sudah tak larat nak mengurut. Jadinya nak kena cari bidan bersalin nanti. Jika ada yang pakej sekali mandian, bertungku kan sedap. Ehehehe..



Barangan keperluan lain baby dan ibu  :



1. Towel baby 
2. Minyak telon
3. Tissue wet
4. Pampers newborn
5. Pad wanita bersalin 
6. Detergent Baby cloth
7. Baju cardigan jenis tebal ( ibu )
8.Manjakani  ( bantu cepatkan luka bawah  Ibu sembuh )
9. Stokin ( Ibu )
10. Bedung baby ( bagi baby tidur tidak terkejut )





Baiklah, sampai sini jelah antara list keperluan persiapan barangan ibu dan baby yang masih perlu di beli.Ikutkan banyak lagi nak kena beli ni tau. Hahaha~ macam lah nak sambut baby first. 


Psst : Kalau ada yang nak bagi review product di alukan. Product yang direview akan ditulis secara details di ruangan blog.  Boleh emel Ina di norazlinaina323@gmail.com