Assalamualaikum.. Entri harini nak kongsi petua bagi mereka yang sedang dalam TTC (Trying To Conceive) iaitu mencuba untuk hamil.


Boleh dikatakan, dulu Ina pun dalam kategori TTC tau. Cuma yang berbeza, ttc Ina tak lama sangat, 11 bulan sahaja. Tetapi itu pun dikira agak lama bagi diri Ina sendiri.Huhuhu~ Hari-hari menangis tau.


Emosi terganggu

Bila dalam kategori TTC ni, emosi agak sedikit terganggu. Yup. Emosi memang sensitif. Tak boleh tengok orang mengandung, Ina dah sedih. Bukanlah apa, jadi macam ni pun adalah disebabkan umpatan dan mulut-mulut busuk yang asyik berbunyi di belakang. Seperti contoh : Si A kahwin baru sebulan,tup tup dah mengandung. Tetapi rakan sekerja sudah pandai mengumpat dan berbunyi katanya Ina ni macam-macam (mandul dan sebagainya). Dikelilingi dengan suasana staff lelaki, jika korang nak tau. Mulut lelaki lebih teruk dari makcik bawang tau.Dan paling sedih, Big boss sendiri pun sindir Ina.Stress kan??  Setiap hari Ina balik kerja mengadu pada suami.Sedih sangat tau..


Law Of Attraction (visualize) sewaktu TTC



Alhamdulillah, setiap kali waktu makan. Suami selalu sebelum makan, bercakap pada Ina macam ni.

Suami : Ni kerusi untuk Along, angah dan Abang Teh. Nanti nak makan juga.

Ina : Terlopong kejap. Sebab suami berkata begitu. Sambil tergelak lalu berkata pada suami. "ehh abang ni, ada ke cakap gitu".

Tips positif seorang TTC, TTC selama setahun, emosi TTC
Setiap kali waktu makan, Ina selalu ingatkan suami. Beberapa tahun sebelum mempunyai anak, meja makan ni menjadi saksi perbualan seorang TTC.



Suami : Dah dah.. jom kita makan. (baca doa).


Dan... selepas 11 bulan perkahwinan, Ina disahkan mengandung. Alhamdulillah.. kuasa allah. Bulan 12 2011 Ina mengandung dengan tanda awal kencing kotor. Syukur sangat! Berakhir TTC selama ini.


Tips Lain bagi TTC 


1. Ina mengambil supplement dari BioDex
2. Suami kena ambil vitamin E untuk Sperma.
3. Jangan Stress
4. Berurut naikkan peranakan.
(cara menaikkan peranakan/ rahim)


Dan..,, sekarang pada tahun 2019. Ina mengandungkan anak yang ke-4 pula.


Sebelum disahkan mengandung kali ini, banyak betul keajaiban dari allah.

1. Dapat Produk review Nursing Bra terlebih dahulu. (Yang ni bole digunakan semasa berpantang dan ketika menyusu baby)
2. Kakak berikan seluar mengandung,alhamdulillah. Tup-tup betul mengandung.Syukurrrrr...


Jadi, pesan Ina kepada mereka yang sedang dalam TTC. Yang ingin hamil.. korang boleh cuba tips seperti Ina. Lakukan macam kita ni sudah mengandung yeeea. Tanamkan dalam mindset..,yeahhh aku sihat dan boleh mengandung. Pasal rezeki jangan risau. Allah hadirkan rezeki bersama anak-anak yang dilahirkan. Insyallah.