Selamat Pengantin Baru Adik Bongsu |  Alhamdulillah,akhirnya adik bongsu Ina telah selamat disatukan dengan pilihan hatinya hanya dengan sekali lafaz.Syukur sangat. Walau pun majlis diadakan secara kecilan tetapi tetap meriah dengan Pakej Berkahwin Secara beramai-ramai iaitu 'Moh Kahwin Volume 6' anjuran Nany Qish Dynasty




 
pakej murah kahwin, Moh Kahwin beramai-ramai, pakej jimat kahwin
Selamat Pengantin Baru! 



Pakej Perkahwinan
Kali ini, majlis perkahwinan untuk adik bongsu sedikit kelainan kerana mengambil pakej yang disediakan oleh pihak tersebut. Memudahkan bagi kami keluarga kedua belah pihak pengantin sebenarnya. Jika nak dibandingkan mengadakan kenduri di rumah pengantin,memang agak penat dengan memakan kos yang sangat besar. 


Pakej 'Moh Kahwin beramai - ramai ' ini harga yang dibayar adalah RM 3000.00. Itu sahaja harga pakej yang perlu dibayar oleh bakal pengantin. Harga pakej ini adalah termasuk malam majlis berinai , pelamin dewan , bunga telur , makanan untuk tetamu jemputan , photographer ( outdoor photoshoot pun ada ) ,  dan  turut menyediakan khidmat tok kadi bagi acara nikah di Masjid. Dan paling menariknya 'Moh Kahwin Beramai - ramai ' ini juga turut membuat Lucky Draw bagi pengantin yang bertuah. 



cabutan bertuah MOH KAHWIN, Menang at ke-2 cabutan bertuah, Lucky draw pengantin
TAHNIAH! Pemenang tempat ke-2 Lucky Draw 



Menang Lucky Draw 

Memang bertuah adik Ina pada majlis perkahwinan dia haritu.Mana taknya, dia telah memenangi dalam acara Lucky Draw. Walaupun tak dapat hadiah utama ( percutian ) tetapi dia menang tempat ke-2 Lucky Draw tersebut dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 1,000.00. Alhamdulillah! Terkejut juga Ina apabila nama adik di umumkan sebagai pemenang tempat ke-2. Siapa yang tak gembira kan? Bukan mudah nak menang duit sebanyak itu. Rezeki mereka sebagai pengantin baru.


Majlis bermula dari awal pagi dan berakhir pada jam 4 petang. Alhamdulillah,semuanya telah selesai. Nasib baik 7 Disember 2019 tu tak hujan. Orang kata musim banjir tu, akhir tahun. Pulang dari majlis tersebut , memang tak penatlah.Itulah kelebihan jika mengambil pakej berkahwin secara beramai- ramai ni. Pengantin pun dapat juga berjimat! 


Diucapkan selamat pengantin baru kepada adik bongsu Ina. Moga kekal ke Jannah. Aamiin.. 



AKAD NIKAH, majlis akad nikah, nikah di masjid besar Kuantan
bersama Tok kadi






swafoto, Majlis kahwin, Kahwin beramai-ramai
Bersama adik beradik serta Ibu saudara




swafoto adik beradik  kakak ipar
Bergambar kenangan bersama adik beradik serta kakak Ipar.