Beli Persiapan Sekolah Anak di Hari-Hari | Murah dan Berkualiti

Tahun ini, saya perlu menyediakan pakaian seragam sekolah rendah untuk Sara yang kini bersekolah tahun 2. Sebenarnya, dalam kepala dah tidak fikirkan kedai lain. Hanya yang melintas dalam fikiran adalah Pusat Pakaian Hari-hari yang terletak di cawangan Jalan Tun Ismail, Kuantan. Manakan tidak, tahun lepas pun saya membeli-belah disini juga.



Beli Persiapan Sekolah Anak di Hari-Hari | Murah dan Berkualiti

Hai, korang sekejap betul dah memasuki bulan Disember 2019. Maknanya tak lama lagi musim persekolahan sesi 2020 dah makin tiba. Ha.. berdebar pula rasanya Ina sebagai ibu bapa yang punyai anak yang bersekolah. Persiapan sekolah anak-anak macam mana yea korang?

Bukan apa, saja je tanya korang ni. Nak cerita pengalaman membeli persiapan persekolahan anak. Sebenarnya ina baru sahaja membeli belah di Pusat Pakaian Hari-Hari yang terletak di cawangan Jalan Tun Ismail,Kuantan.

Hari - Hari Jalan Tun Ismail Kuantan, Beli kelengkapan sekolah di Hari hari, Back To School 2020
Hari - Hari Jalan Tun Ismail, Kuantan 


Harga Mampu Milik serta Berkualiti di Pusat Pakaian Hari-Hari



Memang dari dulu lagi dah jadi pilihan Ina membeli belah disini. Start dari adik – adik sekolah lagi. Di sini lah pilihan kami . Kini tiba giliran Ina pula menyambung tradisi membeli belah di sini. Harga pun mampu milik. Bagi yang kurang berkemampuan dan bijak berbelanja, sini lah tempatnya korang patut membeli belah kelengkapan sekolah. Segala keperluan Back to School turut dijual.

Contoh barangan keperluan sekolah anak- anak ialah Baju sekolah, kain sekolah , stokin , baju singlet , tudung , beg sekolah , alatan tulis dan kasut. Korang kalau nak cari baju sekolah KAFA pun ada. Antara jenama pakaian sekolah yang dijual adalah Jony & Jeny dan No Problem.

Jony & Jeny Jenama Berkualiti serta tahan lasak


HAri- hari, Beli Online kelengkapan Back to Shool di Ehari.com, kain sekolah Jony & Jeny , Kain sekolah cotton tebal
Jony & Jeny Jenama Berkualiti serta tahan 


Kain sekolah berkualiti dI Hari -Hari
Kain sekolah Jony & Jeny berkualiti di Hari- Hari 


Ia bukan sahaja harga mampu milik malahan kualiti yang digunakan adalah sangat bagus. Selesa betul kata Sara yang berumur 8 tahun tu. Kain sekolah yang di cuba dalam fitting room tadi tu, kata Sara lagi pinggang kain tak terlalu kemas getahnya kerana ia campuran getah dan juga pengeras di bahagian pinggang. 

 

pakaian seragam sekolah rendah



Tengoklah tu, jenis kain tebal serta tahan. Jadinya, dapatlah guna lama sikit . Jimat duit dan betul-betul berbaloi dengan harga mampu milik.



Harga untuk kain sekolah Sara berharga RM 21.90 . Manakala baju sekolah RM 15.90. Berbaloi sangat harga serta kualiti yang ditawarkan itu. Tudung sekolah putih pula Sara memilih tudung jenis sarung sahaja, jenis cotton. Memudahkan dia lagi nak menggayakan tudung tu nanti ketika di sekolah. Harga pun baru RM 11.90 Saiz L, jenis labuh.




back to school 2020, Hari - hari murah gila, beli persiapan sekolah anak
Sara sedang menggayakan baju sekolah dari Jony & Jeny 



Itu untuk size Sara, tapi untuk size paling kecik kurang dari RM65 dah dapat full set baju seragam, seluar, kasut dan stokin.


Murahnya Shopping di Hari- hari, Beli kelengkapan Back to school di HAri Hari,



Kalau korang nak cari selain kelengkapan sekolah yang lain turut dijual seperti pakaian harian baby, kanak – kanak , dewasa dan persiapan raya iaitu baju melayu , baju kurung dan songkok pun ada.




Staff Mesra Pelanggan



Mesra pelanggan staff Hari - Hari, Hari - hari shopping, Hari-hari Gila Sales
Staff mesra pelanggan di Hari - Hari 



Yang ni, kat tempat lain memang takde macam Pusat Pakaian Hari-Hari. Setiap pembeli yang menjejakkan kaki di sini. Semua staff akan mengucapkan “Selamat Datang” dan “Terima Kasih” kepada pelanggan yang keluar masuk ke kedai ini. Wahh, setiap kali pergi ke sini, memang rasa seperti dihargai betul. Ada staff yang sibuk dengan kerja-kerja mereka , masih sempat lagi mengucapkan ucapan keramat itu tau kepada pelanggan. Emm, buatkan rasa nak datang lagi ke sini.


Bukan itu saja, selain dari ucapan keramat tersebut. Setiap pelanggan akan dilayan bak raja. Apa pelanggan cari dalam kedai tu.Pastinya korang akan dilayan dengan sopan. Jadi tak hairan lah Pusat Pakaian Hari-Hari ni menjadi pilihan ramai. Staff pun ramai di sini.



susunan barangan  kemas dan teratur di Hari -  hari , HARI - Hari mempunyai staff yang mesra
Keadaan dalam kedai yang kemas dan teratur susunan barang


Selain buatkan layanan dan harga mampu milik. Susunan kedai pun kemas. Mudah je nak cari setiap bahagian. Takde yang berselerak pakaian di rak – rak kerana staff disini amat rajin. Kalau korang tak jumpa apa yang korang cari dalam kedai tu. Staff akan cari. Itu sebab Nampak kemas dan rapi tersusun.

Hari-Hari mempunyai  86 cawangan seluruh Malaysia. Boleh layari www.hari.com . Serata Malaysia ada. Sekarang di kedai ada FREEGIFT Calendar, Stokin Putih, Kasut Putih untuk pembelian dari RM30 sehingga RM150. Dan lagi buat pemegang Kad Debit/Credit CIMB boleh dapat discount 15% dari 1/12 sehingga 31/12. Untung kan?




eHari Tawarkan 15% Diskaun



harga baju sekolah di hari-hari, hari-hari di kuantan, Jenama Jony dan jeny, baju sekolah murah di Hari-hari,




Untuk pengetahuan korang juga, Pusat Pakaian Hari-Hari juga telah melancarkan jualan secara online yang menawarkan 15% diskaun untuk semua kelengkapan barang sekolah kepada pengguna platform eHari di https://www.ehari.com . Bukan itu sajaha, free shipping untuk pembelian minima RM50 . Website pun mudah di layari oleh sesiapa sahaja.



Akhir kata , untuk pengguna yang bijak. Disarankan membeli belah segala persiapan ‘Back to School’ anak – anak korang kat Pusat Pakaian Hari – Hari sahaja. Bukan sekadar pakaia sekolah rendah sahaja, bahkan seragam sekolah menengah dan sekolah Fardhu ain pun ada disini. Semuanya di bawah satu bumbung. Jimat masa dan tenaga korang. Duit pun dapat jimat, sebabnya memang mampu milik. Setiap negeri mempunyai cawangan tau. Jadi mudah lah korang nak dapatkan. Platform online pun ada juga disediakan.





Maklumat lanjut layari :






























type='text/javascript'>