Check-Up 7 bulan Ibu Mengandung | Alhamdulillah, kandungan pun sudah membesar. Kali ni appointment di Klinik Kesihatan sewaktu kandungan 7 bulan ialah repeat scan dan dapat result bacaan gula pada tempoh hari yang kena minum air gula tu.


Berdebar juga sebenarnya bila nurse bagitahu result minum air gula haritu keluar. Ehehe.. sebabnya akhir-akhir ni tekak asyik dahaga. Suami cakap, petanda orang yang ada kencing manis macam tu. Huhhh! Suami taulah, sebab history family dia pun ada kencing manis.


Appointment hari Khamis lepas pada jam 9 pagi. Lega lah sikit, tak rushing sangat.Tak terlalu pagi.Anak-anak pun okay je tak meragam kena tinggal. Ahaks! 3 orang tu duduk di rumah aje.


Alhamdulillah, result bacaan gula haritu ialah 4.7 ( sebelum minum gula ialah 4.3 ) , gula dalam darah melepasi tahap ( bukan pesakit kencing manis ). Satu kelegaan disitu ( sebab macam - macam hal ni).  Minuman caffein 3In1 pun tiap hari Ina minum, risau lah juga kot sangkut ke kan? Tapi Alhamdulillah sangat takde tersangkut.



Repeat Scan 28 weeks, Baby Songsang!!




breech, baby songsang semasa 29weeks,
breech pulak! 


Rasanya scan kandungan pada 28weeks wajib la kot. Sebab doktor nak tengok keadaan baby macam mana. Lagipun, haritu doktor cakap uri Ina berada di bawah semasa kandungan 20weeks. Itu yang kena repeat scan.


 Dan kali ini, scan jantina baby pun jelas nampaknya.Berbanding haritu, baby asyik sorok pistol dan telurnya.Ahaks!

Kali ni pula, doktor bagitahu uri sudah berada di kedudukan atas. Manakala, baby pula breech (Songsang) pula.. kaki berada di bawah, bukannya kepala baby. Alahai baby, suspend betul awak ni yea.


Kata doktor lagi, baby akan berpusing semula sehingga kandungan 36weeks. Lega lah sikit bila doktor cakap begitu. Minta - minta lah baby berpusing kepala ke bawah. Nak bersalin normal juga.Hihihi.. Kandungan sebelumnya 3 orang semua bersalin normal.


Lepas tau daripada doktor cakap macam tu, terus Ina mencuba dengan senaman bagi membetulkan baby songsang.Kata doktor lagi, jangan pergi berjumpa bidan pula betulkan baby yang songsang dalam perut tu, sebab banyak risiko nanti pada baby dan ibu.



Dah start mengira pergerakan janin




carta pergerakan janin,  start kira baby kick mengandung,
Carta pergerakan janin dalam kandungan



Maknanya dah tak lama lagi la Ina ni nak bersalin. Trimester ke-3 dah masuk rupanya. Baby menendang pun dah kuat. Malam je dia paling aktif menendang. Siang pun menendang juga, cuma tak terlalu kuat.Mungkin juga faktor persekitaran bising dan sibuk dengan aktiviti diwaktu siang kan.

 Dikala ini, perut Ina pun dah mulai berat ke bawah dan perasan perut dah turun bawah. Itulah yang menjadikan ia berat dibawah. Duduk lama-lama pun sakit pinggang ni. Dah tu mula la datang contraction On/Off. Huuuu.. sakit!  Tapi taklah sesakit macam sakit nak bersalin tu yang non-stop.


Mengira pengerakan janin ni penting, untuk menentukan keadaan baby didalam perut tu.Start kira dari jam 9 pagi dan berhenti mengira bila dah cukup tendangan 10kali boleh lah tulis pada buku jam berapa habis.


Kandungan ke-3 Ina dulu, baby tak cukup tendangan. Terus lah ke hospital masa tu. Rupanya dah nak bersalin hari yang sama juga. Diiringi contraction yang kuat rasa macam nak putus dua pinggang dengan badan ni semua. Sakit! Paling sakit setakat ini semasa mengandungkan baby boy, lendir bercampur darah.


Artikel lain : Bersalin 35 minggu 


Kandungan kali ini, menginjak ke 29weeks je pelbagai contraction datang. Kali ni lebih awal. Siap sakit-sakit lagi pinggang. Macam nak bersalin dah. Hihi.. Beg hospital pun dah standby. Risau berulang lagi bersalin awal. Paling awal pun 35 weeks kandungan pertama dulu. Yang 2 lagi pada 36 dan  37 weeks.