Lagu Tema Ejen Ali The Movie ( LIRIK LAGU ) 


masih tak boleh nak Move On lagi dengan Ejen Ali The Movie ni, satu- satunya filem animasi Malaysia yang boleh dikatakan bertaraf antarabangsa. JAlan cerita dah gempak, mestilah ada lagu tema yang bersesuaian dengan ceritanya, tanpa lagu tema, hambar lah cerita tersebut.
Review Ejen Ali The Movie 
Tanpa lagu tema dalam sesebuah filem memang takkan lengkap.Ibaratnya filem tersebut kurang umphh! Dalam filem animasi Ejen Ali The Movie menggunakan lagu tema dari Altimet iaitu Kita Jaga Kita.






OST ejen ali, lagu tema Ejen Ali The Movie, OST EJEN ALI THE MOVIE
Lagu tema Ejen Ali The Movie ALTIMET 




Lirik Lagu Kita Jaga Kita 

Penyanyi : Altimet , Malik Abdullah, & Cuurley


Lirik Oleh : Altimet & Bo Amir Iqram




Kini diriku tidak bersimpati,

Masa depanku kabur tetapi,

Mataku cerah kian menyala,

Semua halangan tak bermaya,

Semangatku,
Membara (Membara)

[Chorus:]
Laungkan suaraku memanggilmu,
Bersama lalu jalan berliku,
Walaupun tiada yang bersudi,
Ku akan tetap berjuang sendiri,
Sentiasa!

Kita jaga kita!

Mereka tiada masa untuk kita,
Cuma kita berjasa untuk kita,
Mereka tak tahu rasa hati kita,
Sama-sama kita,

Kita jaga kita!
Kita jaga kita!

[Altimet:]
Siapa lagi kalau bukan kami,
Orang luar jangan kecik hati,
Siapa lagi kalau bukan kami,
Jemput datang kalau berani,

Aku saing untuk menang,
Cakap terang orak tenang,
Kalau pagi patah sayap,
Petang aku cuba terbang,

Campak aku dalam hutan,
Semua rimau aku serang,
Ikat tangan masuk gelanggang,
Aku masih boleh tendang,
Belakang aku tak lengang,

Kalau nampak jangan cengang,
Kalau kacau bendang kami,
Nanti dengar gendang perang,
Lepas tawan yang di sini,
Lawan yang seberang.

Bukan kami tak kenal tempat,
Tuah kami kurang jadi lebihkan Jebat,
Walaupun satu dua kerat,
Kami tetap kejar,
Kejayaan yang semakin dekat.

Bukan kami tak pandai lihat,
Yang atas makan besar,
Bila bawah yang bergiat,
Jadi kami pasang niat,
Baikkan keadaan semua yang terlibat.

[Chorus:]
Laungkan suaraku memanggilmu,
Bersama lalu jalan berliku,
Walaupun tiada yang bersudi,
Ku akan tetap berjuang sendiri,
Sentiasa!

Kita jaga kita!

Mereka tiada masa untuk kita,
Cuma kita berjasa untuk kita,
Mereka tak tahu rasa hati kita,
Sama-sama kita,

Kita jaga kita!
Kita jaga kita!

[Altimet:]
Siapa lagi kalau bukan kami,
Orang luar jangan kecik hati,
Siapa lagi kalau bukan kami,
Jemput datang kalau berani.



Dengan adanya lagu tema di dalam sebuah cerita / filem seperti Ejen Ali The Movie dapat membantu menghidupkan serta mengukuhkan  lagi cerita tersebut. Makanya taklah bosan penonton ketika menghayati filem.