Akhirnya sudah berjaya Potty Training Furqan

Bebas Pampers, dah tak perlu gunakan pampers lagi (Potty Trains)| Furqan tak perlu gunakan pampers lagi dah.


Alhamdulillah, Furqan di umur 3 tahun 4 bulan sudah bebas dari pampers.Berbanding Kakaknya Soffea awal pada usia 2 tahun 6 bulan. Sara pula agak lewat iaitu 5 tahun.


Sebenarnya, nak ajar anak tak pakai pampers ni tak perlu paksa pun. Anak lelaki Ina kali ni, agak senang.


Tips Ajar anak Potty Training

1. Beli underwear kegemaran anak.
Seperti Ina beli gambar kartun kereta yang cute. Terus dia tinggalkan pampers.

2. Setiap 5 minit sekali ajak anak ke tandas.

3. Puji anak setiap kali dia berjaya membuang air kecil atau air besar di tandas. Secara tak langsung, anak-anak akan lebih seronok untuk membuang air kecil di tandas.

4. Beli tandas untuk kanak-kanak. Last choice ni. Tapi kalau takde bajet macam Ina ni, guna jelah tandas yang ada di rumah tu.

Yang penting, korang sebagai mak kena rajin la luangkan masa bersama anak-anak. Kerapkan bertanya anak samada mahu ke tandas ataupun tidak.

Teringat masa di awal training Furqan. Habis terberak di dalam seluar. Hahahah.  masa ni beberapa hari training. Kelakar pun yea juga. Dia nak cuci najisnya sendiri pun geli ketika ini. Akhirnya Ina paksa juga dia basuh sendiri,gunakan tangan kirinya sendiri. Kemudian barulah Ina pula double check tahap kebersihan yang dia cuci itu.



Akhir kata, ini lah cara Ina mengajar anak-anak untuk potty training iaitu bebas dari penggunaan pampers.


bebas pampers, potty
potty training berjaya

type='text/javascript'>