Contraction acah-acah ( BRAXTON HICKS) semasa kandungan 30 minggu |

Contraction acah-acah ( BRAXTON HICKS)  semasa kandungan 30 minggu | Yeah! Gitulah kisahnya. Tengok tajuk okehh. Hahaha~ Contraction main-main aje semasa kandungan 30 weeks kandungan kali ke-4 pula.


Entahlah,sejak kandungan memasuki 28 weeks lagi dah ada contraction. Cuma waktu itu takdelah kuat macam semalam iaitu kandungan sudahpun mencecah 30 weeks. Ini bermakna kandungan Ina sudahpun memasuki fasa ke-3 trimester iaitu trimister kehamilan yang terakhir. 


Braxton Hicks 





Main acah-acah sakit orang tua kata lah. Dalam english dipanggil Braxton hicks. Kali ini, braxton hicks datang menyerang secara kasar pula berbanding dari sebelum ini. Hari itu sakit macam nak senggugut je tau. Tetapi sudah lega. 


Kandungan ke-4ni asyik menyerang waktu malam aje.Sewaktu ingin melelapkan mata. Mula lah sakit-sakit seperti sakit pinggang, sakit di celahan pelipat ( berdenyut pun yea juga) dan berakhir lenguh-lenguh sebelum terlelap. Baby memang cukup pergerakan.


Apabila sudah berhari braxton hicks ni menyerang malam. Tak sangka pula sakit ni menyerang sewaktu Ina keluar ke bandar semalam. Kami pergi ke Mydin je. Satu bangunan je mall tu. Mungkin juga Ina berdiri terlalu lama dan asyik berulang naik dan turun tangga mall tersebut. Maka, berlakulah braxton hicks tersebut.




Kali ini Braxton Hicks Menyerang Siang




Terkejut juga braxton hicks kali ini datang menyerang pada waktu siang berbeza dari sebelum ini. Sakitnya pun selama 30 minit ia berlaku. Memang tahap sakit sangatlah. Dalam julat 8/10 kadar kesakitan tersebut. 


Masa tu, nasib baiklah barang-barang yang nak dibeli sudah siap pilih. Tinggal barangan dapur je nak dibeli. Jadinya suami aje uruskan seorang. Sakitnya memang Ina ni dah tak boleh bercakap langsung lah. Berjalan pun dah macam penguin. Perut pula asyik mengeras ketika itu cumanya tidak kerap mengeras. Hanya sakit sahaja.. dari pinggang sehingga ke bawah. Macam nak senggugut paling kuat!


Kebetulan di kaunter bayaran, suami kena beratur panjang. Makanya, dengan kadar segera lah Ina membawa anak-anak keluar bagi mencari tempat duduk. Bila dapat duduk ni, terasa lega sangat. Alhamdulillah.. 30 minit menahan sakitnya. 



Bila di rumah pula, sakitnya masih ada. Cuma tak terlalu kuat seperti di mall. Yang merisaukan Ina adalah banyak cecair putih seakan lendiran putih telur yang keluar. Risau pula masa tu, bukanlah apa, kot keluar sekali dengan ketuban secara sedikit-sedikit.Manalah tauuu.. pengalaman mengandung ni semuanya tanda berlainan nak bersalin. Kalau dulu, anak pertama ketuban pecah semasa 35 weeks.. 


Pengalaman yang paling ngeri adalah semasa mengandungkan anak no 3, sakit sangat-sangat.Asyik nak membongkok je badan. Sebab tengah sakit, yealah masa tu serviks baru nak membuka kan? Itu yang sakit sangat-sangat. Pergi ke hospital dah buka 4cm. Ketuban darah.. tetapi jalan memang cepatlah buka..



Lendiran tersebut keluar sehingga malam hari. Pagi ni bangun ada sedikit aje. Bukan keputihan.. Selagi takde keluar tanda dan pergerakan baby mencukupi 10 pergerakan, Ina tak mahu lah berulang ke hospital.



braxton hicks, kontraksi semasa 30 weeks, Contraction 30 weeks
masa ni tengah melayan Contraction dah 30 minit


type='text/javascript'>