Petua yang betul semasa memakai Krim atau Toner Wajah agar lambat munculnya kedutan di bahagian sekitar mata.

"Alahai,umur saya baru berapa tahun. Tetapi bawah mata sudah ada kedutan" 

Ini antara keluhan para wanita yang mengeluh disebabkan muncul nya kedutan di bawah mata sebelum usia emas. Artikel kali ini, saya ingin berkongsi petua menangani kedutan di bawah mata serta cara penggunaan toner dan krim wajah dengan betul.     



MATA LAMBAT BERKEDUT


Okay, berbalik kepada tajuk.Ingin saya berkongsi dengan anda mengenai kecantikan.Biarlah saya ini tak cantik.Tetapi tetap ingin berkongsi tips bagaimana  menggunakan Krim atau Penyegar muka dengan betul.Yup,mesti ada yang kata,Elehh,macam lah tak tahu guna krim dan toner tu kan? "Aku duk pakai setiap hari.Takkan salah kot.Ehhh,betul ke ni"? ada tak berfikiran macam ini? Ehehehe.



Penggunaan  dan Cara Salah Mampu Buat Kulit Cepat Berkedut



Sabar tau,penggunaan yang salah mampu membuatkan kulit wajah korang cepat berkedut terutamanya di sekitar bawah mata dan tepi bahagian mata.Haaaa..Takut tak??

Baiklah,Tips kali ini.Ina berkongsi langkah demi langkah penggunan krim atau Toner dengan betul.Bagaimana teknik yang betul.Supaya Kulit muka akan tegang dan lambatkan proses kedutan.



Baca artikel lain : 5 Tips penjagaan Mata elak dari kedutan 



Langkah demi langkah menggunakan cream dan toner wajah dengan betul agar kedutan di bahagian mata lambat terjadi .


Hasil penggunaan yang betul akan menjadikan kulit wajah yang tegang dan melambatkan kedutan di bahagian mata.

Perhatikan cara saya lakukan sapuan krim di sekitar mata.Boleh tengok di Channel Youtube  ini : https://youtu.be/oisbIUavf8Y


1. Letakkan krim muka di seluruh wajah iaitu di pipi,dagu,hidung,dahi serta dagu.Cukup hanya dot dot kan sekitar wajah. 

2. Ratakan seperti biasa krim tersebut.

3. Di sekitar bahagian mata,cuba tarik dari bawah mata.Mulakan terlebih dahulu mata kanan ( tarik dari kiri ke kanan..iaitu satu hala sahaja).Begitu juga mata sebelah kiri.. Tarik dari kanan ke kiri mata.

4. Tepuk secara perlahan-lahan di sekitar bahagian mata.Kawasan bahagian mata,adalah kawasan paling lembut.Jadinya,memang akan cepat berkedut di kawasan tersebut.

5. Bahagian dagu pula.. tarik dari bawah dagu.Naikkan ke atas.Jangan tarik ke bawah yer.. Ini penting! Tips ini agar kulit kelihatan tegang.

6. Di bahagian pipi pula,Urut secara perlahan dari tepi bahagian hidung kanan di bawa  ke arah pipi kanan.

7.  Di bahagian pipi pula,Urut secara perlahan dari tepi bahagian hidung kiri di bawa ke arah pipi kiri.(Urut dari dalam ke bahagian luar muka).

8. Di bahagian rahang pula,tarik menghala aliran atas.Teruskan selama 5 minit.


ps: Dan seluruh wajah itu,seeloknya di tepuk manja sahaja.Bagi percepatkan krim dan toner tersebut meresap dengan pantas.Jangan di sapu dan terus tinggal macam tu jer pada wajah.. baiklah korang jangan pakai.Hihihi




TUTORIAL DI CHANNEL YOUTUBE

Ehhh... Faham ke tidak?? ehehe.Tutorial bertulis? Jika masih tak faham.Korang boleh tengok di channel youtube tau.. https://youtu.be/oisbIUavf8Y  Kat situ ada caranya.Ehehee.. selamat menjadi cantik dan awet muda korang.Ehehee..sama-sama cantik.Kulit tegang dan awet muda. 

MATA BERKEDUT APA NAK BUAT

Tapi Jika korang sudah mempunyai kedutan di bahagian mata.Jangan risau yer,boleh cari krim mata yang di khaskan untuk hilangkan kedutan tu.Tapi jangan lupa,ikut tutorial Ina ni tau.


TIPS LAIN 


Korang jangan terlalu kerap menggosok mata tu..Sikit-sikit sudah lah.Ini sehinggakan,mata berair merah di gosok nya.Haaa.. Itu salah satu punca utama mata cepat berkedut.Huhuhuhu.. Jika tak percaya,korang gosok lah.Sampai mata tu tercabut pun tidak apa.Bukan mata saya pun.

Bagi korang sukakan barangan penjagaan wanita seperti peralatan make up berjenama, dan tempatan boleh lah ke HERMO . Ada banyak pilihan di website tersebut.






Cara menggunakan Serum dengan betul (video)
type='text/javascript'>