18 Jam dalam Labour Room,demi Yusuf | Kali ini, proses bersalin anak no - 4 paling menakutkan. 18 jam di dalam labour room, bayangkan macam mana.


Sambungan : 18 jam dalam Labour Room ( Bersalin Normal) 

Kronologi..
Rabu, 5 Februari 2020

Jam menunjukkan 3 pagi, ketika ini contraction datang secara kerap. Tahap kesakitan ketika ini mungkin skala 3. On Off contraction seperti sakit senggugut.


Selepas menunaikan solat subuh,bersihkan diri dan lebih kurang jam 7.30 pagi baru bertolak ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).


Sampainya di Hospital bahagian bersalin, terus doktor disana lakukan pemeriksaan bukaan bawah vagina ( open serviks). OS ketika ini adalah 3cm.. memandangkan kandungan baru mencecah 34weeks 5days, lantas Ina diberikan injection DEXA (matangkan paru-paru baby) untuk complete kan dexa, Ina perlukan 2 dos. Satu lagi dos berjaya complete pada hari Khamis.Ina dimasukkan ke wad. Demi baby, rela je kena inject. Memang sakit! Inject di punggung.


Tidur malam dah tak lena lagi, memandangkan contraction suka menyerang pada malam hari.Memang tak tidur langsung.


Khamis, 6 Februari 2020


Doktor tak benarkan cek OS (open serviks) terlalu kerap, memandangkan kandungan Ina masih pramatang.Risau infection. Lagipun injection masih baru lagi. Complete pada hari khamis malam.


Pandangan doktor disana, jika bole tak nak lagi Ina bersalin katanya.

Tengahari tu, contraction semakin kuat. Doktor lakukan OS dah buka 4cm. Terus tolak ke labour room. Sempatlah Ina makan tengahari tu.

Masa ni dah rasa excited sangat sebab nak jumpa baby. Tak fikir takut, rasa tak sabar je nak push. Ahaks~  jiran-jiran sebelah katil siap bole tegur lagi katanya boleh duk rileks jee atas katil. Tak macam orang sakit nak bersalin.



Labour Room, Wad Bersalin Berisiko Tingkat 1



Wad untuk ibu-ibu mengandung yang mempunyai risiko di tingkat 1.

Kali ni,Ina di  labour room 7... sejurus masuk ke sini. Doktor xxxxx offer Epidural bagi mengurangkan rasa sakit bersalin. Dengan kaedah cucuk bius di tulang belakang. Bius separuh badan..


Ikutkan Ina sudah bersetuju. Sebab sudah dah tak tertahan dengan contraction On Off. Contraction hanya datang pada malam hari. Walaupun OS sudah 4cm tetapi dinding rahim masih tebal.Itulah yang lama Ina berada di Labour room. Dan nasib baiklah geng nurse melayu bagitahu akan keburukan selepas mengambil epidural. Kesan jangka pendek dan kesan kekal akibat mengambil epidural.

18 jam dalam labour room, pengalaman bersalin
dalam wad



4 jam Sekali On Antibiotik



Entahlah, masa ni apa yang Ina tau kenapa dan mengapa On antibiotik ialah kerana ada tempoh tertentu doktor dan MO akan check OS (open serviks) . Dan OS tetap 4cm dari hari Rabu lagi. Masa ni Ina dah start stress.


Nak ke toilet memang tak dibenarkan langsung. Nak bangun dari katil pun tak boleh sama sekali. Nak kencing? Doktor keluarkan air kencing menggunakan tube yang disediakan. Amat perit dan pedih di bahagian situ. Azab betul!


Okey, buat sementara ni Ina ceritakan sampai sini sahaja. Next entri Ina akan habiskan cerita pengalaman 18 jam dalam Labour Room.