Bila Baby di NICU..

Baby dah Discharged dari NICU |  7 hari baby di tahan di wad NICU. Emosi Ina ketika ini tidak stabil.


Baby dipuasakan.. baby tidak boleh menyusu disebabkan ada cecair kuning didalam perut.Makanya, doktor terpaksa korek keluarkan sehingga perut baby bersih. Dan ketika ini, baby On antibiotik. Baby dimasukkan air. Baby hanya duduk didalam court bukan dalam incubator. 


 Selepas beberapa minit Ina selamat melahirkan baby yang ke-4. Lantas baby dikejarkan terus ke NICU.


Tanpa skin to skin, muka baby Ina tak tengok pun. Hanya sempat cam gender baby sahaja. Sedih sangat ketika ini. Emosi sangat tak stabil. Nasib baik ada rakan-rakan blogger, kawan sekolah beri kata-kata semangat. Alhamdulillah.. Terima kasih korang.



Hari ke-3 Ina discharged dari hospital

Ketika ini, emosi tak menentu. Asyik nak menangis aje. Mak abah dah mula risau. Suami hanya 3 hari sahaja cuti,maklumlah kerja dengan orang kan.


Bernasib baik sangat bila ada keluarga yang datang membantu di ketika Ina macam ni. Terima kasih kepada mak abah dan adik bongsu. Yang banyak membantu menguruskan anak-anak Ina dan menjaga orang berpantang.


Bengkak Susu



Adehh, dari hari ke-4 lagi breast dah mula membengkak. Sakitnya hanya allah yang tau. Ketika ini, Ina tak beli lagi breast pump. Sebab memang bajet nak direct breast feeding aje. Tetapi bila baby dah di masukkan ke dalam wad NICU. Susu memang kena pam keluar.


Yup! Kawan-kawan nasihatkan agar pam susu untuk selesaikan masalah bengkak susu. Tetapi pam dan direct breast feeding ni memang tak sama. Jika pam susu, breast tu masih membengkak lagi berbanding direct breast feeding.Breast akan jadi lembut.


 Breast membengkak keras, hampir nak demam. Apa nak buat?


1. Panaskan batu bertungku. Tuamkan di sekeliling breast supaya breast tadi jadi lembut.

2. Bila breast sudah lembut, ketika ini memang mudah kerja-kerja mengepam susu untuk keluar.

3. Kerapkan mengepam.

4. Jika susu tidak keluar, urutkan breast tadi supaya aliran susu lancar keluar. Gunakan kaedah marmet. Boleh la google..

Alhamdulillah, selepas 7 hari di NICU. Baby dipindahkan ke wad SCN. Disini wad khas baby jaundice. Hospital call, minta Ina datang untuk duduk sekali bersama baby. Hanya semalaman sahaja Ina di hospital. Ahad dah boleh bawa pulang baby.

18 jam di labour room semasa proses bersalin. Kini,dalam berpantang pula Allah gantikan pula dengan baby Yusuf behave sangat. Salin pampers pun tak menangis, lapar susu pun tak menangis cuma dia bunyi je perkataan “ek”. Ina nak pergi mandi dan makan pun mudah. Yusuf tak ganggu mama.

Menangis pun takdelah kuat sangat.Baby boy kan.. slow je menangis, itu pun sekejap. Mama takdelah panik bila baby start meragam.




Next appointment Monitoring baby weight



Disebabkan Yusuf lahir tidak cukup bulan iaitu pada 35weeks. Makanya, akan ada appointment di wad SCN pada minggu ke-2 pula. Doktor nak monitor berat baby. Asalnya baby lahir 2.5kg, selepas dimasukkan ke NICU berat baby susut kepada 2.48kg. Dan alhamdulillah, 2 hari selepas pulang ke rumah. Berat baby Yusuf dah capai 2.5kg.


Tetapi walau bagaimanapun, doktor tetap nak pantau berat baby. Checkup weekly di klinik. Appointment selepas 2 minggu dan repeat di Paed seterusnya bulan March 2020.

Alhamdulillah, sekarang ni Ina dan baby tak perlu berulang ke klinik lagi untuk checkup jaundice. Baby bebas jaundice pada hari ke-7. Syukur sangat ya allah! Mudah-mudahan dah takde lagi jaundice. Sebab baby Yusuf ni memang kuat sangat menyusu dan berak. Mungkin sebab itu kot, baby cepat hilang jaundice.


appointment baby premature, paed, monitoring weight baby
next appointment baby yusuf dan masalah baby



type='text/javascript'>