Bulan ramadan ini, selera makan asyik terliur nak makan apa sahaja kan? Pelbagai menu masakan yang ingin dicuba. Kali ini , boleh lah mencuba Aneka 20 Resipi Kuih Muih dan Dessert. Bazar ramadan tiada pun, anda boleh bikin sendiri di rumah dengan menggunakan resipi ini. 



kuih muih, dessert bulan puasa, aneka kuih





1. Kuih Nona Manis by Siti Awadah 



Antara kuih paling digemari oleh rakyat malaysia. Nak hasilkan Kuih Nona Manis tak sukar pun. Resipi Nona Manis sukatan cawan . Boleh ikut resipi lengkap di sini > Resipi Nona Manis


2. Kuih Kerbau Guling by CikTie 


Kuih ini pernah VIRAL satu ketika dahulu. Kuih Kerbau guling. Bukan kerbau yang terguling dalam tu. Itu hanyalah nama resipi sahaja. Kerbau Guling adalah antara  Popular di Kelantan. 
Baca resipi lengkap di sini > Kuih Kerbau Guling VIRAL


3. Lempeng Kelapa Manis Mudah  by MrsLiez


Lempeng adalah makanan melayu lama. Ia mudah disediakan oleh sesiapa sahaja. Menggunakan bahan utama seperti tepung gandum dan kelapa beserta bahan lain. Baca resipi lengkap di sini > Lempeng Kelapa Manis


4. Bubur Tepung Pulut by MimiAzirah 


Bagi penggemar bubur. Boleh mencuba resipi Bubur Tepung Pulut. Ia amat mudah disediakan. Paling penting, kalau buat ni confirm menjadi. Baca resipi di sini > Bubur Tepung Pulut


5. Masalodeh Simple dan Sedap by FiezaSani 


Masalodeh atau Vadey cara buat yang simple. Kuih yang berasal daripada kaum India. Penuh dengan rasa rempah. Boleh cuba resipi di sini > Masalodeh Simple dan Sedap


6. Churros Sukatan Cawan by Khalisahazrina 


Em,,sedapnya churros. Nampak macam mudah. Tetapi kalau tau teknik betul, confirm churros anda menjadi cantik. Hanya menggunakan sukatan cawan. Baca resipi di sini > Churros Sukatan Cawan


7. Donat Gebu Macam Kapas by Azlina 


Semua orang pandai buat donat. Tetapi nak hasilkan donat yang lembut macam kapas,ada rahsia besar. Anda boleh tengok di sini > 4 Rahsia Resipi Donat Macam Kapas


8. Seri Muka Versi Mak-Mak by Iradzahir



Satu lagi resipi legend. Kuih Seri Muka yang flawless. Resipi mak-mak kita dulu. Ada tips disediakan bagi menghasilkan seri muka yang flawless. Baca di sini > Seri Muka Versi Mak-Mak


9. Kueh Tradisional Netbak by Ilhamdini 


Kuih pemanis yang popular di Terengganu. Ia seperti kuih bahulu tetapi bukan. Kuih netbak nama di beri. Dessert yang sangat best dihidangkan ketika berbuka puasa. Baca resipi di sini > Kueh Tradisional Netbak


10. Agar-agar Bandung Cincau by Maria Firz 


Selain dibuat minuman,cincau juga boleh di jadikan antara bahan tambahan di dalam agar-agar. Agar-agar bandung Cincau. Cara pembuatan nya yang amat mudah boleh baca resipi di sini > Agar-agar Bandung Cincau


11. Resipi Kek Karamel Pelangi by Wawa 


10 jenis kek Karamel Pelangi mudah dan sedap boleh baca di sini > 10 Resipi Kek Karamel Pelangi


12. Cornflakes Nutella by Myarosli


Biskut raya paling mudah. Anda boleh lakukan aktiviti bersama anak-anak. Cornflakes Nutella  dengan rasa penuh coklat. Wajib ada dalam list raya anda. Boleh cuba resipi di sini > Cornflakes Nutella


13. Resipi Apam Susu by Kisah Dairy 


Bagi anda yang nak sangat buat kek,tetapi tiada alat timbang tu. Jangan risau. Boleh cuba Apam kukus Susu, buat ni gerenti jadi punya. Sebab ia adalah sukatan cawan. Baca resipi di sini >>Resipi Apam Susu


14. Puding Roti Kuah Kastard by Shalimar


Pejam mata pun masih boleh buat resipi ni tau. Baca resipi di sini >> Puding Roti Kuah Kastard


15. Bubur Butir Nangka by Fiza Rahman 

Rasanya ini lah resipi bubur paling mudah di sediakan. Cara penyediaanya pun tak rumit. Baca Resipi disini >> Bubur Butir Nangka


16. Resipi Roti Canai by ElDawerna

Nak dapatkan roti canai yang lembut? Boleh cuba resipi di sini > Roti Canai Lembut


17. Kuih Kaswi Gedik Comel by Nur Akma

Kuih popular yang mudah di sediakan. Sesuai di makan pada bila-bila masa. Baca resipi di sini >  Kuih Kaswi Gedik Comel


18. Resipi Ketupat Sotong by Marina Bashah 


Dessert yang berasal dari Kelantan iaitu Ketupat Sotong. Mesti ramai penggemar dessert ni kan? Baca resipi di sini > Ketupat Sotong 


19. Apam Balik by Kak Gojes 


Dulu nak makan apam balik, mesti kena tunggu pasar lambak. Kini tak perlu lagi. Semuanya boleh bikin sendiri. Baca resipi di sini > Resipi Apam Balik


20.  Puding Jagung Creamy by Bonde Zalifah 

Dessert paling best. Paling mudah dibuat. Puding Jagung Creamy beserta tutorial. Boleh baca di sini > Puding Jagung Creamy




Baiklah, kini bulan puasa tiada masalah lagi.Jika anda terliur nak makan juadah berbuka puasa seperti di bazar ramadan. Anda boleh lah mencuba 20 Aneka Resipi Kuih-muih dan  dessert . Yang pasti, anda buat ni gerenti menjadi jika ikut tips dan resipi yang telah diberikan.