9 Cara Kekal Kurus Selepas Bersalin


9:33 AM
Mesti ramai ibu-ibu di luar sana ingin kekal kurus selepas bersalin ni kan? Kita golongan wanita ni banyak yang nak kena jaga tau. Haaaa.. jom teruskan pembacaan di sini.





Apa yang Ina nak kongsikan kali ini ialah Cara nak kekal kurus selepas bersalin.Ini memang kena kongsi bersama wanita di luar sana sebabnya ada beberapa orang kawan Ina sendiri yang bertanya kan akan hal ini.Badan kekal kurus dari zaman bujang sehinggalah menjadi ibu kepada 4 orang cahaya mata. 



Baca :      Kenapa Isteri Cepat Nampak Tua dan Gemuk!






 Waktu Makan 


1. Jangan skip makan pagi





Ina makan jer apa yang ada.Cuma elakkan minuman manis. Kang diabetes pula menyerang.Walaupun takde, tetapi Ina sentiasa beringat. Nak minum manis pon hanya sekali sehari selebihnya banyakkan minum air suam.



2. Makan Tengahari 



Yang ni, kebiasaannya makan 1 pinggan sahaja. Nasi jika dah habis sepinggan, memang takkan menambah lagi. Ingat! Jangan makan bersulam air yea. Bukan (sulam bedak ek) 




3. Makan Malam 




Macam biasa makan nasi juga.Cuma malam biasanya tak ambil nasi. Petang tu sebelum malam (7 malam dah siap makan kenyang)




4. Jangan Bersulam Air Semasa Makan





Yang ni memang sudah terbiasa. Setiap kali makan, sila  makan sehingga habis.Kemudian barulah minum air.Tetapi kalau korang tercekik tu, minum lah air tu walaupun nasi masih belum lagi habis.



5. Yang ni Part Paling PENTING!





I) Pastikan korang semasa makan tu, pastikan kunyah secara perlahan-lahan kemudian barulah telan makanan tau. Jika tidak! Mampos  tercekik pula nanti. Macam pelahap jer. 

II) Lagi satu minum air masak tu jangan minum yang sejuk. Sila minum air suam. Minuman berais pun tak boleh.



6. BERBENGKUNG






Alhamdulillah, walaupun Ina sudah merdeka 44 hari berpantang ni. Bengkung memang tak pernah miss lagi tau. Bengkung ni memang Ina gunakan dalam tempoh berpantang hari ke-2 sehinggalah sekarang. Dari selepas mandi dan semasa tidur pun, bengkung kekal di perut. 






Sebab bagi Ina sendiri, jika perut dah buncit.Agak sukar lah sedikit jika ingin kembali kempis. Bukannya tak boleh kempis, cuma ambil masa begitu lama. 






7. Bersenam di rumah







Yeah. Walaupun hanya duduk di rumah bersama anak-anak. Tak terikat pun jika ingin bersenam di rumah. Janji dalam diri tu ada kesedaran untuk hidup sihat. Istiqamah! 




Senaman yang biasa Ina lakukan adalah plank,monkey kick dan squat. Buat pun mengikut keselesaan diri.Jika tak larat,Ina akan stop dan tak pernah sesekali paksa diri.Yang paksa tu akan menyebabkan kita akan jadi malas untuk bersenam di rumah.



Medium yang Ina gunakan adalah dengan menonton tutorial di Youtube.  ON youtube dan search mengenai segala senaman yang ada. Jika Ina sendiri, suka follow Marcie  . Workout fokus pada bahagian tertentu wanita. Seperti punggung, perut , lengan dan pinggang. 





8. Bertungku 




Dari berpantang Ina amalkan bertungku selepas makan. Bertungku di kawasan perut dengan lama.Itulah aktiviti selepas makan. 


9. Minum Air Suam 


Yang ini ramai pandang sebelah mata sahaja. Nampak macam pelik.Betul ke minum air suam ni dapat kurus? Bagi Ina yess.Memang betul. Perut tak buncit dan menggelebeh. Badan pun sihat bila minum air suam.



Berkat dari mengamalkan tips Kekal Kurus Selepas bersalin tersebut, dari anak pertama sehingga lah Ina melahirkan anak yang ke-4 tahun 2020. Pinggang tak berubah saiz 27.Syukur sangat dah! Seluar jeans dari zaman bujang pun masih boleh pakai sebenarnya.


 Jika korang nak kekal kurus selepas bersalin, bolehlah cuba tips diatas. Jom cantik dan sihat sama-sama. Sekian perkongsian ..






 tips dan petua kekal kurus selepas bersalin, cara untuk kurus bagi wanita yang punyai anak,
gambar semasa mengandung pun kurus





13 comments:

  1. Wow!!! Kekal slim gitu..
    Memang menjadi impian ibu-ibu lepas bersalin untuk sentiasa slim dan cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.Idaman setiap ibu. Tapi nak kekal kurus agak payah. Perut sentiasa buat hal waktu malam.Lebih2 lagi ibu yang breastfeeding.

      Delete
  2. good tips. thank you akak.

    ray dah masukkan akak dalam biters list hehe

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. boleh war-warkan tips ni yea.. terima kasih baca

      Delete
  4. yes..betul..paling penting, kena elakkan minuman manis/bergula..banyakkan minum air putih/air suam...

    ReplyDelete
  5. wow... mmg dasyat la sbb ms preggy pun kurus.. aduhh liez ni anak baru dua tapi badan hmmm susah nak kabooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom workout. Kat rumah je pun bolehh.. #kitajagakita

      Delete
  6. Selepas 1 thn bersalin hingga kini. Badanku spt di pam pam huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena rajin workout. Bila workout, keinginan makan yang manis dapat kurang.

      Delete
  7. huish~ tips mudah, tapi susah nak buat... T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kena mulakan juga,jaga kesihatab ni. Kalau tak, badan merana.Jaga demi kesihatan je. Slow2 amal.

      Delete

Powered by Blogger.