Ini 5 Tips Padu Sebelum dan semasa menjual

 Di minggu terakhir bulan January 2021 , sungguh. Waktu saya sangat sesak! Seolah tiada ruang untuk bernafas. Saya perlu menyiapkan projek antologi kisah hidup yang dateline nya pada minggu ini , di mana pada akhir bulan. Allahuakbar! Saya menerima segala ujian kali ini, bertubi-tubi kerja saya mesti siapkan pada saat akhir.

tips sebelum menjual dan semasa menjual
Tips padu sebelum dan semasa menjual





Di waktu ini juga, saya perlu menyiapkan juga 600 patah perkataan berkaitan pelancongan. Yang mana, client datang pada last minit. Saat ini, berjurai peluh dapat saya rasakan. Ingin membuka whatsapp dari client pun takut-takut. Saya perlu menyiapkan kerja-kerja diatas terlebih dahulu. Apapun, saya masih beryukur. Client masih menunggu saya, sedangkan client masih boleh mencari individu lain.

Dan satu lagi, saya mesti menyiapkan satu draf ebook untuk sesi perbincangan client bersama partner nya. Alhamdulillah, client ni pada awalnya datang daripada servis menulis copywriting seterusnya melarat pula menyambung servis menulis artikel, beliau meminta saya menulis 10 artikel bertulis yang panjangnya dengan 500 patah perkataan bagi setiap satu artikel. Alhamdulillah, selepas siap hantar 10 artikel tersebut, client  sambung pula dengan servis menulis ebook.

Kali ini, saya merasakan satu keajaiban berlaku. Dengan kuasa allah, bertubi-tubi masuk rezeki menulis. Hanya dengan seorang client yang sama sahaja. Allahuakbar!

 

Tips yang saya amalkan ialah :

Tips Padu sebelum dan semasa menjual 

 

 #1. Set Minda sebelum menjual

Saya YAKIN dan pasti , mesti ada individu yang ingin menggunakan servis menulis saya. Memang ada, ada sahaja whatsapp yang masuk bertanyakan servis menulis. Dari sekecil-kecil servis menulis description di platform shopee, translate artikel, penulisan artikel sehinggalah job menulis ebook.


#2. Percaya ada orang akan menggunakan servis 

Alhamdulillah, saya positif setiap hari. Awal pagi saya bangun dan terus bersangka baik kepada allah. Saya tahu rezeki saya ada dalam penulisan. Saya percaya, di zaman pandemik covid19 ini, masih ramai yang perlukan servis menulis.


#3. Niat ingin membantu

Sentiasa saya niatkan ingin membantu orang ramai dengan servis menulis saya. Kadang tu, orang bisnes atau individu yang inginkan servis menulis copywriting

 

#4. Buat sehabis baik

Satu yang saya pegang dengan kalimah ini : ALL OUT. Dari sini lah, saya bermula. Dari seorang client kini semakin bertambah. Ada juga dari mouth to mouth yang sampaikan servis menulis saya. Alhamdulillah! Syukur punyai client yang baik-baik dan juga rakan-rakan dari kelompok positif. 

 

#4. POSITIF Ketika menjual

Saya sentiasa positif ketika menjual. Andai kata, prospek tidak mahu menggunakan servis menulis saya, saya TIDAK PAKSA mereka. Seterusnya saya REDHA. Ya, saya tahu.. jika redha allah akan datangkan lebih banyak lagi rezeki buat saya sekeluarga. 

 

#5. Bersyukur

Ini paling asas sebenarnya. Kita mesti bersyukur setiap hari. Bersyukur itu kan, tanda kita berterima kasih kepada allah. Sebagai contoh, kita bersyukur pada hari ini kerana mmpunyai rumah sendiri. Dah tak perlu bayar bulanan lagi. Masih tak faham?

 

Saya bersyukur saya masih bernafas pada hari ini

Saya bersyukur saya mempunyai keluarga.

Saya bersyukur kerana saya di lapangkan dada, berjiwa tenang.

Saya bersyukur kerana work from home, dapat menjaga anak-anak depan mata.

Saya bersyukur kerana saya mempunyai komputer untuk saya lakukan kerja-kerja. 

Kalian cuba senaraikan seberapa banyak kesyukuran yang kalian miliki sekarang. Insyallah, allah akan tambah lagi rezeki kita. 


Baca : Servis Menulis Ghostwriter


Diharap penjelasan diatas, dapat membantu kalian dapat menjadi positif. Positif dari segi pemikiran sebelum menjual dan semasa menjual. Ikuti 5 Tips padu saya sebelum dan semasa menjual.

 

type='text/javascript'>