Tangan Melecur Teruk , Akibat Terkena Rebusan Daging | Hari Jumaat pertengahan bulan February 2021, tangan saya terkena air rebusan daging yang panas dari Pressure Cooker yang di beli di platform S. Akibat insiden tersebut, periuk tersebut saya sudah buang.



Mungkin sudah ditakdirkan allah, allah menghantar ujian yang besar bagi saya. Bagi saya lah.  Air rebusan dari Pressure Cooker yang saya  gunakan itu telah melimpah keluar serta terkena tangan saya. Mujurlah tangan kiri yang banyak terkena, jari kanan hanya ibu jari sahaja. 

 

Bayangkan saat saya terkena air rebusan tersebut. Semasa periuk pressure di buka, saya sudah biarkan tempat udara tu keluarkan angin / wap selama beberapa minit. Saya tinggalkan . Kemudian saya ke dapur semula, dan saya bukakan tudung periuk tersebut. Oh, lupa nak mention. Pressure Cooker ni saya beli yang murah dahulu, sekitar RM 50 sahaja. Made In China. Saya beli sebab mak saya pun menggunakan periuk jenis begini, cumanya berlainan brand. 

 

Brand saya beli ni, dari CHINA. Konon nak beli buat sementara sebelum duit mencukupi untuk beli pressure cooker yang berharga RM 800 tu. Ya lah, tekak saya ni teringin betul nak makan sup tulang sebenarnya. Jadinya, saya beli yang murah terlebih dahulu.

 

Saat air rebusan yang panas menggelegak itu terkena tangan saya. Ya allah! Meraung saya. Menjerit kepanasan saya pada waktu itu. Namun saya bersyukur, air rebusan tersebut tidak terkena ke arah muka saya. Masa tu , saya menjerit di dapur. Dan kebetulan saya membuka pressure cooker tu di atas lantai. Sebab periuk sukar di buka di atas dapur.

 

Anak sulung juga terkena, tetapi tidak lah teruk. Cuma terpecik 2 3 titik sahaja kearah kakinya. Semasa saya terkena air rebusan tersebut, hari itu adalah hari yang paling ganjil bagi saya.

 

Seakan anak-anak sudah tahu, tiga orang anak kecil saya iaitu Soffea 6 tahun,Furqan 5 tahun dan Yusuf 1 tahun semuanya berada di ruangan tamu. Sedang ralit menonton televisyen. Alhamdulillah.. Kebiasaannya, mereka akan turut ke dapur melihat saya memasak. Tetapi hari itu, tiga beradik ada di ruangan tamu. Mungkin allah lindung yang masih kecil.

 

oh, mungkinkah ini hadiah anniversary saya setelah berkahwin selama 10 tahun. Sempena bulan FEBRUARY. Saya Redha..

 

 

MERAUNG KESAKITAN

 

Saat saya meraung, suami pulang untuk makan tengah hari. Kebetulan suami baru sahaja sampai di rumah. Dan suami berlari , sejurus mendengar saya meraung di dapur.  

 

Saya bertindak di luar jangkaan saat tangan saya kepanasan. Lantas meluru ke tandas bagi meredakan kesakitan tangan. Allah! Saya ketika ini, betul-betul saya meraung kesakitan. Apa suami saya buat? Dia pun panik! Cari Kit Aid pun tidak jumpa. 

 

Jadinya, saya membasuh dengan air paip secara terus tanpa henti. Tangan saya ketika itu sudah menjadi kemerahan. Tangan saya sudah menjadi kecut. Dan apabila saya berhentikan membasuh tangan di bawah paip air. Dalam hati saya terdetik, ini baru panas dunia. Belum lagi panas di akhirat! Menangis-nangis saya ketika ini.

 

"MAMA, JANGAN PERGI"

 

Saya tidak boleh berkata apa-apa melainkan airmata saya mengalir laju. Anak nombor tiga, Furqan yang berusia 5 tahun dia bertindak spontan. Dia berlari ke bilik, membentangkan sejadah. Terus menerus solat. Tidak pasti solat apa. tetapi 2 rakaat sahaja. Dia berdoa, minta kepada allah supaya angkat segera kesakitan saya ini.

 

Dan anak sulung saya pula, iaitu Sara yang berusia 9 tahun. Dia lontarkan dialog ini kepada saya ..

 

"Mama, nanti kakak tolong basuh berak mama ya dan tolong mandikan mama"..

Lagi laju mengalir airmata saya saat ini. Alhamdulillah.. seolah tangan yang sakit itu berkurangan sekejap. Allahuakbar!

 

 

kisah rezeki dan ujian, pressure cooker

 

 

DEMI GEL ALOE VERA

 

Suami  ketika itu, tidak ke masjid untuk solat jumaat. Suami pergi ke farmasi bagi mendapatkan gel aloe vera untuk tangan saya itu.Dianggarkan 20 minit berlalu , saya menahan kesakitan tanpa sebarang ubat.

 

    Sempatlah saya menelefon abah, memberitahu bahawa tangan saya terkena air rebusan dari pressure cooker yang meletup itu. Saya menangis saat bersembang dengan abah, sakitnya hanya allah yang tahu. Saya minta abah bawakan sebarang ubatan untuk redakan kesakitan saya selain menunggu gel yang sauami carikan di farmasi itu. 

 

     Saat saya sedang lena di waktu malam, saya terjaga. Alangkah sakitnya tangan. Di kawasan yang melecur itu terasa berdenyut. 2 kali juga sakitnya datang menyerang. Aduh~ menangis saya dalam hati saat ini. Ingin di kejutkan suami, dia pula tidur. Malas menganggu waktunya. 

 

    Saya hanya  membiarkan kesakitan itu berlalu pergi. Alhamdulillah, tiada lah sakit sangat jika tidak melayan masalah tersebut. Saya kira ia melibatkan emosi juga sakit ni

 

 

    Walaupun kesakitan akibat melecur, parut di tangan boleh di hilangkan dengan mengamalkan peria katak. Kerana peria katak Plus mampu memperbaiki masalah kulit yang rosak serta memperbaiki masalah luka lambat sembuh akibat kencing manis . Sila rujuk artikel sini

 

 

SAYA RASA, NIKMAT SAYA DI TARIK ALLAH BUAT SEMENTARA

 

Ya, saat saya diuji dengan kesakitan ini. Saya rasakan ia hanya lah satu ujian dari allah. Mungkin sebelum ini saya tidak menjadi orang yang bersyukur pada setiap hari. 

 

Seolah saya menjadi 'cacat' sementara. Saya dah tidak kuat untuk melakukan kerja-kerja rumah lagi. Saya tidak boleh menguruskan baby yusuf yang berusia 1 tahun. Saya tidak boleh memasak. Tangan saya tidak kuat untuk memegang, walaupun ia tangan kiri. Tangan saya sudah tidak boleh menggenggam kuat lagi. 

 

Ya allah! Masa ni saya menangis~ sebak sangat. Nak uruskan diri untuk membasuh buang air besar dan kecil rasa terseksa. Tangan ni langsung tidak boleh terkena air. Jika terkena juga, maka  menjeritlah saya. Tetapi dalam saya kesakitan, solat 5 waktu saya masih tunaikan. Ya lah, mana lah tahu jika nyawa saya allah rentap semasa saya di uji ni kan? Bersedia sentiasa. 

 

 

MISTIK!

 

Susulan dari kejadian kes pressure cooker ni menghasilkan letupan semasa penutup periuk di buka. Pada awal pagi jumaat itu, selepas mandi saya ada menggunakan satu minyak kijang kasturi. Saya beli daripda ustaz yang ubatkan anak saya pada bulan lepas. 

 

Feedback pertama selepas beberapa saat saya guna ialah terasa sakit. Saya fikirkan kemungkinan di sebabkan alkohol dalam penggunaan perfume. Jadi, saya abaikan sahaja. 

 

Kemudian, jantung saya berdegup sangat kencang. Entah kenapa. Rasa macam tak sedap hati pula selepas menggunakan perfume tersebut. Jam 12 tengah hari insiden buruk berlaku . Tangan saya terkena air rebusan. Saat periuk pressure dibuka, air rebusan yang panas tadi melimpan keluar. Semasa buka tu, penutup berbunyi 'pop' dengan perlahan. Tetapi memang ngeri sangat waktu itu. Air melimpah-limpah keluar seolah berebut terjun ke arah tangan saya. 

 

 

FOBIA DENGAN MEMASAK

 

Selepas kejadian tersebut, saya menjadi fobia untuk ke dapur. Bukanlah sebab malas memasuki dapur.  8 hari saya menjadi trauma ke dapur. Dapur tidak berasap! Sepanjang 8 hari itu, 3 kali sehari saya membeli makanan siap di masak untuk keluarga kecil. Allahuakbar! Mujurlah, selama  situasi tersebut suami saya memahami. 

Selepas kejadian, keesokan harinya bukannya saya tidak memasak. Saya cuba! Tetapi entahlah. Sedikit aneh bagi saya. Apapun yang saya masak, semuanya nak meletup. Huhuhuhu~ menangis saya waktu tu mengadu pada suami. 

 

Suami urusakan anak-anak. Dan kerja rumah di uruskan oleh suami dan anak anak. Kemungkinan allah hantarkan ujian dalam bentuk begini, supaya kami saling bergantung antara satu sama lain. 

 

 

SAKIT SELEPAS ASAR

 

 Di sebalik kejadian ini juga. Keesokan harinya, selepas tangan saya melecur. Anak nombor 3 pula mengalami masalah kulit. Secara tiba-tiba, ekzema menyerang. Tidak pernah hayat hidupnya mempunyai ekzema sepanjang 5 tahun hidup. 

 

Pada mulanya dia mengadu gatal-gatal. Saya fikir, mungkin alergik sabun Dettol. Tapi salah tekaan saya. Kulitnya semakin bertindak balas. Dia sakit dan mengalami kegatalan semasa azan asar dan tengah malam sahaja. Dua hari selepas itu, perubatan tradisional sudah di cuba, cuma tidak serasi. Kemudian pergi ke Klinik Putramedic Kuantan. Berbekalkan ubatan krim sapu 2 jenis beserta consultation doktor RM 75 dibayar. Maka, selesai sudah masalah anak. Alhamdulillah, ekzema menyerang satu badan termasuk di kawasan alat sulitnya itu dengan izin allah pulih segera. 

 

 Disaat saya rasa down, saya ada kawan-kawan yang baik bertanyakan khabar di facebook dan juga whatsapp. Alhamdulillah, walaupun tidak pernah bertemu empat mata sekalipun, kalian memang prihatin bertanyakan khabar saya semasa saya sakit. Saya sentiasa doakan kalian di limpahi rezeki yang halal lagi berkah. Aamiin Ya Allah, Ya Mujib.

 

link :  https://www.facebook.com/ina.norazlina/posts/3876558055725778

 


Nota : 

Yang menjadi persoalan, mengapa selepas saya melecur kemudian anak pula yang terkena penyakit kulit? Ada 2 orang kawan saya berkata, kemungkinan sebab saya pergi berubat dengan ustaz. Kemudian Berlaku tindak balas. hurmmm~~ apa-apa lah.  Apa pun ujian dari allah swt, saya redha.


Kini, sudah 3 minggu tangan saya begini. Dan kini beransur pulih. Alhamdulillah, dengan izin allah. Allah juga menurunkan ujian, dan DIA juga memulihkan. Disebalik kisah sedih saya di berikan ujian. Saya juga mendapat satu projek menulis novel sebagai ghostwriter. Alhamdulillah~ syukur sangat Ya allah!