Ramai sangat , orang nak jadi content creator. Tapi tahu ke cara? Macam mana? Apa tu content creator? Isu ciplak? Copy paste content? Bagaimana nak atasi? 
 
Tenang-tenang sahaja ya. Okay, untuk pengetahuan rakan-rakan saya. Content creator adalah individu yang menghasilkan content . 
 
 
 
Content boleh sahaja terdiri daripada secara penulisan mahupun video.Secara penulisan iaitu di facebook, twitter, Instagram , dan Blog. Manakala content jenis video ialah Youtube dan juga TikTok.
 
 
 

 
 

Content yang dihasilkan mestilah mempunyai 'nilai' atau faedah kepada pembaca atau penonton.
Pastikan content dan idea adalah ORIGINAL . Dan bukan lah content yang di copy paste atau content yang di tiru sebiji dari karya asal pemilik content. 
 
 

Macam mana nak dapat idea untuk content :
 

#1. Banyakkan membaca.
  Baca buku, majalah mahupun artikel di google.
 
#2. Peka isu semasa. 
Keadaan sekeliling kalian. Kes semasa.
 
 
#3. Rajin FB walking, IG walking, Blog walking, Tiktok walking. Itu semua mendatangkan idea buat kalian.
 
Jangan sombong untuk 'walking' di social media rakan-rakan. Itu pun salah satu teknik marketing sebenarnya. Cuma kalian jer yang sombong, tak ambil peduli.
 
 

Jika Korang TIRU atau COPY PASTE content orang lain?

 

 
 Pastinya rakan followers kalian akan dapat 'hidu' kegiatan kaliam. Seterusnya, akan di unfollow, setelah mereka membacanya. Mesti mereka akan berkata "eh, tadi aku dah baca benda ni kat page lain lah".. 
 
 
Seterusnya, bila content di tiru atau COPY PASTE. Pastinya engagement kalian jatuh.
 
 
 

Nak TIRU juga CONTENT Orang Lain??

 
Ambil idea orang dan tambah baik. Maksudnya, kalian mesti TAMBAH NILAI, mana yang content itu kekurangan. Buat sebaiknya. Kupas dengan lebih details. Faham?


tapi, nak jadi CONTENT CREATOR di YOUTUBE, kalian jangan lah pula curi video orang betul Dan Re-upload di channel kalian ya? Ini salah! Views memang tinggi, tapi tak boleh buat duit pun. Sebab menyalahi undang-undang youtube.
 
 

NASIHAT SAYA yang juga penulis content:



Bagi sesiapa yang content di tiru atau di copy paste tanpa izin. Belajar Redha ya. Dan TAHNIAH juga kerana content kalian di TIRU orang. Ini bermaksud, kalian hebat. Kalian mempunyai minda yang kreatif sehingga ada yang meniru. Dan, insyallah. Lapangkan dada. Pastinya Allah akan datangkan lagi idea-idea hebat buat kalian.


Sekian sahaja, tips buat mereka yang nak jadi content creator. Semoga kalian dikurniakan Idea mencurah-curah untuk content, sama ada content di Youtube, content facebook mahupun content di TikTok.