Sesekali BURNOUT Juga Sebagai Seorang Penulis


 Sesekali BURNOUT juga sebagai Penulis Upahan| Kerja terlalu banyak, tetapi tak tahu mana nak siapkan dulu. Dalam kepala jadi serabut. Bukan tamak dengan kerja-kerja menulis pun. Tetapi itulah hakikat nya, permintaan menulis sebagai penulis upahan melebihi segalanya. 


  Sebagai seorang penulis, saya bukan sahaja menerima tawaran menulis content di sosial media pelanggan. Malahan turut menerima upah menulis manuskrip buku , ebook, Copywriting , juga artikel. 

 

 Cuma kebelakangan ini, slot copywriting saya agak terhad. Hanya client tetap content sahaja saya menulis copywriting. Bukan lah saya tak kerja-kerja menulis dengan rakan-rakan ghostwriter lain, ada pro dan kontra juga.


 Nak pass job pun, saya kena tengok dahulu apa skill mereka. Tak boleh sembarangan. Sebab kebanyakan prospek yang datang , kepada saya pun adalah kerana mereka dah percayakan saya. Terus terang saya pernah pass kepada prospek kepada team. Tetapi, prospek kecewa sangat. Terus CANCEL Projek! Prospek berharap saya yang menulis untuk brand mereka. Ya lah, saya pun job dah penuh masa tu kan. Takkan saya nak ambil lagi. 


  Sesekali, saya buat content di Tiktok juga untuk naikkan branding di sana. Terus terang saya cakap, untuk naikkan branding bukan sehari dua. Malahan mungkin berbulan untuk bina trust antara prospek dengan saya. Begitu juga di platform LINKEDIN, hampir setahun bina content di sana. Kini baru lah prospek yakin untuk menggunakan servis menulis saya. 

 

 RAMAI YANG MINTA JOB sebagai Ghostwriter

 

Ya, ikutkan saya nak sahaja cari pembantu. Nak rekrut ahli untuk team ghostwriter saya. Tetapi itulah,  ramai yang salah faham. Job perlu di cari. Bukanlah menunggu orang offer job tau. Sebab itu saya risau, jika ada yang berniat masuk team saya untuk dapatkan job. Job sebenarnya, client akan pilih. Sebab itulah kena rajin buat personal branding. Seperti saya, setiap kali ingin reccommend seseorang client nak lihat terlebih dahulu social media individu tersebut. Jadi macam mana saya nak bantu kan? 


 Pernah ada individu, meminta saya menulis teks ucapan POLITIK tau. Ehehehe~  Tetapi saya memang tak buat.

 

 Okay, tiba masanya saya nak  fokus siapkan manuskrip ( 150 muka surat ) yang masih berbaki ni. Manuskrip berkisarkan kisah kehidupan seorang wanita yang teraniaya. 

 
 3 Cara Merawat Writer Block :


Bagi mengatasi masalah ini, idea akan datang melalui 3 cara :


1. Sewaktu mandi yang lama

 

Perasan tak,  semasa mandi juga pelbagai idea hebat datang. Mencurah-curah ideanya, macam tak sempat dah nak save dalam memori.


2. Membuang air besar 

 

Bila mana anda berada lama dalam tandas,  idea berkualiti akan keluar tak berhenti begitu juga sama proses anda membuang air besar. Hahaha.

 

3. Memandu di jalan yang sama setiap hari. 

 

Perasan tak, bila prgi kerja awal pagi. Idea macam ni pula keluar, nak buat itu ini untuk kerja-kerja harian anda.


3 keadaan ini akan menjadikan kita mempunyai banyak idea-idea kreatif yang datang. Ia dipanggil monotonous. 


Monotonous adalah satu keadaan dimana fikiran kita kosong. Badan akan memetik suis auto pilot. Ia berlaku dalam keadaan tubuh badan dan minda kita tidak perlukan fokus.
Tanpa sedar, fikiran kita akan menerawang terbang kepada fikiran tanpa batasan.
Monotonous atau bahasa yang mudah di fahami ialah mengelamun.



tonton video TIPS HINDARI KREATIF BLOCK 

kreatif block

 

  Buat masa sekarang ni, saya nak off dahulu social media. Selepas siap kerja menulis, baru lah saya muncul ya di sosial media.  Assalamualaikum~




type='text/javascript'>