Selain aku menerima persoalan mengenai ghostwriting job yang aku usahakan dari tahun 2022, dan bergelar sebagai penulis blog tahun 2016. Sesekali, ada juga job menulis untuk penulisan di blog yang allah selitkan kepada ku. Adakala dalam Malaysia dan juga 'overseas'. Iaitu client overseas biasanya guest post article semestinya.


Q&A penulis upahan
Q&A Penulis Upahan




Bulan lepas, ada rakan penulis tanya aku..


"Macam mana nak dapatkan 'projek di blog?'
Dia tanya, sebab 'terliur' dengan screenshot yang aku sertakan di status WhatsApp ku. 


Guest Post Article
Guest Post Article




Jawapan aku ;


1. Biasanya, stranger berminat sebab blog aktif.

Artikel terbaru di  blog mesti dalam bulan semasa. Bukan artikel beberapa bulan yang lepas atau pun artikel tahun lepas.


2. Mempunyai  banyak artikel serta memberi manfaat kepada pembaca.


Kelebihan lain mempunyai artikel yang banyak juga bagus, ada segelintir client yang berminat untuk backlink artikel nya. Best tak? ini biasanya client dalam Malaysia sahaja. 


Namun, artikel English ada juga client yang berminat untuk backlink. 


3. Artikel tidak kisah jika ianya berbentuk syok sendiri. Namun, mesti ada pengisian. 


Perlu faham konsep blog personal. Iaitu ianya sekadar memberi pendapat daripada penulis blog. Jadi, menulis pendapat di ruangan blog tiada salah. Lagi pun,ia di ceritakan berdasarkan pengalaman penulis blog itu tadi.


4. Menulis artikel panjang.


 Melebihi 500 patah perkataan dan ke atas. Google paling suka menulis panjang. Tambahan lagi, jika artikel yang di tulis itu ada 'keyword' tertentu.


5. Jangan jadikan blog seperti majalah. 


Iaitu di penuhi dengan review. Banyakkan content personal anda. Client pun tidak suka macam itu ya.


6. Blogspot ke Wordpress


Perlu faham, blog mempunyai 2 jenis yang popular iaitu blogspot dan Wordpress.
Yang menjadikan, Blog itu pilihan client yang utamanya adalah ianya jenis DOMAIN berbayar.


Blogspot pun berbayar. Wordpress pun ada domain yang berbayar. Yang membezakan ianya adalah alamat blog tersebut.


Sebagai contoh :
www.azlina.blogspot.com
www.azlina.wordpress.com

 
Nampak tak 2 benda ni?
Ini adalah blog FREE iaitu PERCUMA dan ianya boleh di padam oleh Google pada bila-bila masa sahaja. 


Manakala blog yang mempunyai domain berbayar ialah;
www.azlinaghostwriter.com
www.ehbelogaku.com

 
Jadi, sudah tentu client nak orang yang serius dalam menulis di blog. Sudah tentulah yang mempunyai blog domain berbayar.


7. Usia blog


Jika blog lama, berkemungkinan besar ianya menjadi pilihan. Dan, blog baru jarang untuk client overseas berminat. Ianya berkaitan metrik blog iaitu DA (Domain Authority)


8. Pelbagaikan Niche 


Pelbagaikan Niche di blog, dalam masa yang sama masih dalam bidang tersebut. Line extension.. 


9. Kelajuan blog 


Ya, blog yang tidak mengambil masa lama untuk loading pun salah satu juga. Client suka akan hal ni, jadi tak perlu menunggu lama. 


10. Susun Atur


Keadaan blog dari segi susun atur template. Jika template blog tidak serabut, dan mudah untuk di baca tidak mustahil client sukakannya.
Mudah je kan nak faham?


Dengan mempunyai 10 perkara ini, pastinya client luar dan dalam berminat untuk jadi guest post di blog personal anda. 


Semoga persoalan ini menjawab kepada persoalan. Oh, sebenarnya aku dah jawab di WhatsApp tersebut. Tapi itu lah, aku lebih seronok huraikan di status wall facebook mahupun blog aku untuk lebih terperinci. 


Kerana aku tidak suka berlama-lamaan di WhatsApp, sebab bagi aku ada banyak kerja Ghostwriting yang perlu di selesaikan lagi. 


Dah baca ke status ni sampai habis? jika ya, komen 'sudah'..
Terima kasih.


"Idea Kreatif terus ke Penulisan."
N.A Writer

 

 

Ikuti aku di platfrom media sosial di bawah juga untuk info dan cerita :