Alangkah seronoknya, apabila suami makan bertambah-tambah masakan sang isteri. Bahagia betul rasanya. Kali ini, suami aku makan sehingga 4 kali tambah, sewaktu berbuka puasa semalam, 16 Ramadan 1443H. Biasanya cukup 1 lauk sahaja, oleh sebab aku bercuti selama 14 hari memasak akibat berpantang keguguran. Makanya, aku pun memasak pada hari semalam. Menu berbuka semalam adalah 3 jenis iaitu  Sayur Sawi Pak Choy, Chicken 65 Resipi Khairul Aming dan Kari Ayam. Resipi penuh baca artikel sehingga habis.

 

 

chicken-65-Khairul-Aming

 

 


    Chicken 65 by Khairul Aming 


Ayam sebelah ( Potong dalam bentuk sederhana )

6 Ulas Bawang Putih ( Tumbuk lumat )

Halia

5 Helai Daun Kari 

5 Tangkai Cili Hijau ( Dipotong )

2 Sudu Besar Yogurt Plain 

2 Sudu Besar Cili Boh atau Cili Serbuk

1/2 Sudu Besar Gula

Sedikit Garam

1 Penutup kecil Pewarna Merah atau Sirap 

4 Sudu Besar Tepung Beras

 2 Sudu Besar Black Pepper

 

Cara Buat Chicken 65 by Khairul Aming 

 

1. Masukkan ayam, bawang putih,halia, cili boh,black pepper, garam, gula, garam, pewarna merah dan Yogurt plain. Gaulkan sebati.

 

2.  Perapkan ayam bersama bahan-bahan seperti di nombor 1. Lebih kurang 30 minit atau lagi lama, ayam akan mesra dengan bahan-bahan tersebut. Lagi bertambah sedap.


3. Masukkan tepung beras dan gaul. 


4. Panaskan minyak. Dan mula menggoreng. 


5. Goreng ayam tadi sehingga garing. 


6. Tumiskan seulas bawang putih, masukkan cili padi. Goreng garing.


7. Masukkan ayam yang dah siap goreng tadi ke dalam nombor 6.


8. Siap! 


Alhamdulillah, siap menu Chicken 65 by Khairul Aming dari air tangan aku. Resipi ni pertama kali aku memasaknya, itu pun resipi khairul Aming asyik berlegar dalam tiktok aku. Jadi, aku pun mencubanya. Ternyata tak sia-sia aku habiskan masa menjenguk TikTok petang semalam. 



 Sayur Sawi Pak Choy macam di Chicken Rice Shop


Sayur Pak Choy 

5 Ulas Bawang Putih ( Dicincag halus )

2 Sudu Besar Sos Tiram

2 Sudu Besar Kicap Manis

2 cawan Air 

Bawang goreng untuk hiasan 


Cara memasak Sayur Pak Choy macam di Chicken Rice Shop 


1. Masukkan sedikit minyak dan tambah  air ke dalam kuali. 

 

2. Air menggelegak terus celur sayur sawi Pak Choy. Celur jangan lama. Pastikan sayur sawi di basuh terlebih dahulu ya. 


3. Agak-agak sayur sudah layu, tutup api dan tapis sayur tersebut. 


4. Masukkan minyak masak sedikit untuk menumis. 


5. Bawang putih di goreng sehingga sedikit garing. 

 

6. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Gaulkan ia. 

 

7. Terus masukkan air dan kacau rata. Apabila sudah menggelegak kuahnya, tutupkan api.

 

8. Tuangkan atas sayur sawi yang telah di atur ke dalam pinggan. Taburkan bawang goreng sebagai hiasan. 

 

 Resipi Kari Ayam, boleh tengok resipi Kari Kepala Ikan, sama sahaja resipinya. Ayam tu nak lembut, aku steam dahulu supaya isi ayam betambah lembut dan juicy.


    Alhamdulillah, siap lah menu berbuka puasa kami pada ramadan 16 semalam. Suami bertambah-tambah makannya. Ini yang aku suka sangat-sangat. Mudah je nak gembirakan suami sebenarnya. 


Petua menambat hati suami untuk pulang ke rumah awal 

 

    Jenis aku kan, mudah je nak suruh suami pulang ke rumah awal. Bila dah siap masak, aku akan hantar gambar masakan melalui whatsapp. Tak lama selepas tu, suami mesti pulang. Masya allah, ini lah petua aku pikat suami selama 11 tahun melayari rumah tangga. Kalian nak cuba guna petua ini pun boleh. Di persilakan..

 

 Resipi Chicken 65 by Khairul Aming, kalian jangan lupa mencubanya. Gandingkan pula dengan Sayur Pak Choy, dan kari ayam. Bertambah-tambah makan.