Pengalaman mentua uruskan Hartanah : Proses Jual Beli Hartanah kepada Developer Perumahan

 

Rumah yang kami duduki sekarang, adalah hasil jual hartanah arwah mentua kepada pemaju perumahan yang berdaftar. Namun begitu, dalam artikel ini saya mahu ceritakan pengalaman keluarga suami melalui proses jual beli hartanah kepada pemaju untuk perumahan yang dipercayai sehingga siap.

 

 

hartanah untuk perumahan

 

 

Seingat saya sewaktu kecil, tanah arwah mentua adalah hutan tebal yang masih belum diterokai oleh mana-mana pemaju lagi. Setiap petang, abah akan membawa kami adik-beradik bersiar-siar dengan motor di kawasan Pelindung, Kuantan Pahang. Pernah terdetik didalam hati saya, bahawa alangkah seronoknya dapat menduduki rumah taman. Sebaik melintasi kawasan perumahan sebelum hutan tebal ( tanah mentua ). Kini, sungguh tidak sangka saya berkahwin serta menetap di kawasan Pelindung yang dahulunya saya pernah terdetik berangan.

 

Proses menjual tanah kepada pemaju bagi tujuan perumahan

 

Selepas saya selidik mengenai proses jual beli tanah arwah mentua. Akhirnya saya mendapat jawapan yang kadang-kadang berlegar di fikiran. Suami menceritakan serba sedikit prosesnya.

 

Hartanah melibatkan ramai penama dalam geran

 

Tanah seluas 2 ekar lebih, dijual kepada pemaju (Developer ). Memandangkan status pemilikan hartanah tersebut adalah bukan status persendirian. Maka, dalam surat hartanah tersebut ada beberapa penama. Bahagian ini, mereka telah selesaikan bersama dengan persetujuan adik beradik. 

 

 

Proses menjual Hartanah

 

Suami saya juga mengatakan, dalam proses menjual hartanah juga dijadikan untuk perumahan bukanlah perkara mudah. Kerana banyak proses perlu dilalui antaranya ia melibatkan kelulusan PBT ( Pihak Berkuasa Tempatan ), Pejabat Tanah Negeri untuk proses menukar nama, menggunakan khidmat peguam dan lain-lain lagi.

 

Proses tersebut memakan masa selama 4 tahun. Selama itu jugalah, kami suami isteri duduk menyewa selama 5 tahun.

 

 

Developer Hartanah Perumahan

 

Pergi ke pejabat pemaju perumahan yang stabil dan dipercayai untuk proses jual hartanah. Sebelum proses jual beli hartanah berlaku, arwah sudah faham mengenai nilai pasaran hartanah tersebut, Apabila telah dipersetujui oleh kedua belah pihak, barulah proses seterusnya berlaku.

 

Dipendekkan cerita, proses ini developer yang kami pilih selesaikan. Sehinggalah Pejabat Tanah meluluskan pindah milik tersebut. Kami selaku tuan tanah hanya perlu datang ke pejabat untuk tandatangan sahaja.

 

 

Proses hartanah melibatkan PBT bagi kelulusan Perumahan

 

Apabila melibatkan kelulusan daripada PBT ( Pihak Berkuasa Tempatan ), proses memerlukan pelukis pelan yang professional bagi mendapatlan kelulusan perumahan tersebut. Pelan ini lah yang akan diperiksa dengan teliti oleh pihak PBT. Kelulusan inilah yang membolehkan sama ada rumah tersebut selamat diduduki mahupun tidak.

 

 

 Proses jual beli hartanah untuk perumahan melibatkan peguam

 

Proses ini paling banyak melibatkan peguam-peguam. Kami hanya tunggu sahaja proses seterusnya, yang melibatkan peguam penjual hartanah dan pembeli hartanah. Masa ni, kami semua tahu mahu proses tersebut berjalan lancar dan cepat prosesnya. Memandangkan penama dah uzur, jadi mahu atau tidak kami terpaksa push supaya rundingan menjadi cepat.

 

 

Oh ya, hampir terlupa. Saya sarankan kalian sebelum membuat urusan jual beli hartanah, pastikan kalian tahu nilai pasaran hartanah tambahan lagi apabila dunia bakal mengulangi PKP seperti tahun 2020. Jadi, boleh buat pengiraan disini untuk tahu kemampuan pinjaman melalui kalkulator estimating affordability 

 

Selama menanti rumah kami siap terdahulu, kami terpaksa mengikat perut dengan perlu menyewa rumah dengan belanja RM 500.00 sebulan, yang mana kami terpaksa hadapi pelbagai masalah rumah yang telah lama tidak mempunyai penyewanya. 

 

Selama 5 tahun, saya bersabar dengan gaji suami pada ketika itu hanyalah RM 1,200.00 sahaja diawal perkahwinan. Manakala, saya  dengan berpendapatan bersih RM 1,000.00 tanpa zuriat. Disamping itu juga, saya membuat pendapatan sampingan dengan menjadi agen jualan yang perlukan kerja-kerja COD kepada pelanggan sebelah malam bersama suami.

 

 

Akhir sekali, proses jual beli hartanah untuk dijadikan perumahan serba sedikit yang dapat saya bongkarkan daripada suami. Yerlah, benda privacy macam ni biasanya orang tidak suka bercerita kan? dapat ketuk cerita sedikit pun, jadilah ya?

 

 Al-fatihah buat arwah mentua, jika tanpa penjualan hartanah ini mana mungkin kami selesa memiliki rumah sendiri. Mungkin kami akan menetap di Indera Mahkota 16 sehingga sekarang. Walau bagaimanapun, apa berlaku sekalipun kami berjanji takkan menjual rumah ini dan jadikan pemberian ini sebagai hadiah daripada arwah. 

 

Lokasi perumahan kami adalah strategik yang mana ia berdekatan sekolah rendah, menengah, klinik, pantai, tasik dan berdekatan dengan bandaraya Kuantan.  Mungkin kami akan menambah aset yang baharu sebagai hartanah dijadikan pelaburan. Dengan penjualan hartanah tersebut, arwah mentua mendapat 6 unit rumah kos rendah. Alhamdulillah, kami berjiran dengan keluarga sebelah arwah mentua juga disini.

 

 

 

 

 

 

 

 

type='text/javascript'>